Penyatuan Bangsa Nusantara: Malaya atau Indonesia?

OLEH: Taufiq Tuah

Indonesia dan Malaysia ialah dua negara terbesar di dalam Nusantara. Masing-masing mempunyai adat dan tradisi yang mirip dan jalan sejarah yang saling berkait. Namun di dalam Nusantara ini bukanlah ada satu suku bangsa sahaja. Di Malaysia sahaja ada beratus suku kaum bumiputera (pribumi) manakala di Indonesia pastilah lebih banyak lagi.

Namun perbincangan kali ini sebenarnya lebih ingin membincangkan tentang Nusantara pasca tahun-tahun hampir merdekanya Indonesian dan Malaya. Kita akan telusuri kaedah bagaimana penduduk Nusantara pada waktu itu berfikir dan memandang 'sosok' kemerdekaan selepas penjajahan.

INDONESIA
Indonesia ialah kawasan kepulauan demi kepulauan yang mana di dalamnya ada begitu banyak suku kaum. Malah di dalam pulau-pulaunya itu juga telah ada beberapa instritusi diraja yang belum tamat walaupun di saat penjajahan Jepun.

Pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah dan meninggalkan Malaya dan Indonesia dengan terburu-buru. Pada waktu itulah, sebilangan golongan Indonesia memainkan peranan untuk membentuk sebuah negara merdeka.

Soekarno Hatta bersama gerakannya merupakan antara yang terkehadapan dalam membentuk semangat merdeka. Antara idea yang dibawakan oleh beliau ketika itu ialah agar semua rakyat mengenepikan semangat kesukuan dan kenegerian, hanya melaungkan satu isyarat dan semangat iaitu 'Bangsa Indonesia'. Slogan ini dikehadapankan agar dapat mematikan semangat kesukuan yang hanya akan memecah-belahkan kesatuan ketika itu.

Namun ada juga golongan yang masih ingin mempertahankan nama bangsa dan tanah mereka sendiri dan tidak terus bergabung bersama Republik Indonesia. Antaranya ketika itu ialah Sumaterta Timur yang mana di sana masih ada institusi diraja Melayu. Mereka kesemuanya enggan bersama Republik Indonesia kerana gusar jika hak-hak rakyat di Sumatera Timur tidak terjamin. Adapun begitu, satu daripada kesultanan Melayu di Sumatera Timur bersetuju dengan rela hati meletakkan jawatan untuk membentuk negara Indonesia. Nama negeri itu ialah kesultanan Siak. Namun akhirnya semua istana diraja (selain Siak) diceroboh pada Revolusi Sosial 1946. Harta2 istana dirompak, keluarga diraja dihukum pancung malah anak-anak gadis sultan dirogol oleh Komunis di Indonesia.

Akhirnya yang dapat melepaskan diri, lari dan membuang sementara nama keluarga (marga) mereka. Kejadian pahit itu telah membawa kepada mudahnya perjalanan untuk membentuk sebuah negara Republik Indonesia hanya dengan satu slogan dan semangat penyatuan 'Bangsa Indonesia' tanpa semangat kesukuan dan kenegerian.

Maka kesatuan ini lah yang memudahkan lagi kerja-kerja menolak anasir Belanda yang cuba untuk kembali ke Indonesia. Merdekanya Indonesia dengan perjuangan rakyatnya bersama pada 17 Ogos 1945. Peristiwa Revolusi Sosial pula berlaku pada 1946.

Indonesia gah merdeka dengan slogan dan semangat 'Bangsa Indonesia'. Tanpa sebarang semangat kesukuan dan kenegerian ketika itu.

MALAYA
Malaya pula selepas daripada kekalahan Jepun telah melalui satu konflik perkauman. Hal ini kerana pada ketika itu, kaum Cina yang duduk di Malaya telah mulai menunjukkan belang mereka dengan menuntut hak-hak yang mereka tidak layak. Maka orang Melayu pada ketika itu merasakan ada bagusnya memanggil British bagi menyelesaikan isu ini. Pada ketika itu lah Malaya di bawah urus tadbir British Military Administration (BMA).

Pada ketika itu, semangat kenegerian Melayu di Malaya agak menebal. Sehinggakan jika ada pun NGO² Melayu, mereka akan menjadi NGO Melayu berbentuk kenegerian seperti Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dll. Berbeza dengan Indonesia yang telah menyuntik slogan 'Bangsa Indonesia' untuk mengekang masalah ini.

Pada 1946, Malayan Union diisytiharkan. Pihak British ketika itu memujuk-mujuk semua kesultanan Melayu di semenanjung untuk menandatangani persetujuan itu. Pada ketika itu juga telah tersebar ura-ura bahawa sultan-sultan Melayu ibarat bersetuju dengan Malayan Union. Padahal Malayan Union ini bakal menghakis hak-hak orang Melayu. Namun akhirnya pada majlis perlantikan Edw sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu.

Ada yang membawa idealogi sebagaimana Burhanudin Helmi yang lebih mahukan Malaya bergabung dengan tanah-tanah Nusantara seluruhnya. Burhanudin mengambil contoh sejarah Majapahit dan Srivijaya sebagai tauladan mengecapi kemerdekaan. Mengenepikan konflik Majapahit dan Srivijaya yang bergaduhan, tetapi hanya mengambil fakta di mana dua empayar ini lah yang hampir saja menyatukan seluruh Nusantara. Maka diajak lah agar bersama dengan slogan 'Melayu Raya' yang nantinya juga akan bergabung bersama Brunei dan Indonesia. Namun idea ini tenggelam dan kurang sambutan orang Malaya.

Satu siri kongres Melayu telah diadakan, memuncak dalam pembentukan parti nasionalis, UMNO pada 10 Mei 1946 di Kongres Melayu Ketiga di Johor Bahru. UMNO ialah gabungan daripada NGO² Melayu kenegerian yang sebelum ini dan membentuk sebuah persatuan yang anti Malayan Union. Kemudiannya usaha-usaha kemerdekaan dijalankan dengan menghantar legasi-legasi ke London untuk meminta kemerdekaan. Tanpa perlu slogan 'Melayu Raya' bagi membendung perpecahan. Kerana hakikatnya sama ada bersefahaman atau tidak ketika itu, merdeka tetap merdeka.

HAKIKAT PENYATUAN

1. Jika dilihat kembali, semangat dan slogan Bangsa Indonesia merupakan suatu kaedah yang sebenarnya tepat bagi menyatukan pelbagainya suku bangsa di pulau-pulau Indonesia. Namun hakikatnya penyatuan semua bangsa Nusantara agak sukar dikecapi. Selepas tertubuhnya Indonesia, beberapa tanah di Indonesia cuba berlepas diri daripada republik itu. Misal tertubuhnya Republik Maluku Selatan, munculnya kumpulan seperatis dari pelbagai kawasan Indonesia dan keluarnya Timor Leste dari Indonesia. Hal-hal ini berlaku daripada konflik tidak bersatunya hati-hati orang Nusantara. Belum termasuk jika dikira permusuhan sesama beberapa suku di Indonesia yang masih berlarutan hingga hari ini. Malah semangat persukuan yang tinggi di kalangan masyarakat umumnya terutamanya tentang kepentingan suku bangsa.

2. Malaya tidak mempunyai slogan pada awalnya. Namun menariknya sejak awal lagi, orang-orang di Malaya sebenarnya telah terhapus semangat kesukuan. Di Malaya, jika kalian ialah orang Jawa, Bugis, Makasar, Banjar, Batak, Minang, Boyan, Melayu atau apa saja bangsa Nusantara, kalian akan digelar 'MELAYU'. Orang-orang di Malaya tidak membezakan lagi kesukuan mereka namun tidak juga pernah lupa asal-usul mereka. Malah perkahwinan campur sesama suku bangsa ini akhirnya berlaku dengan drastik sehingga hampir sahaja semuanya telah bercampur aduk. Hampir semua orang 'Melayu' di Malaya sebenarnya jika ditanya asal darah, mereka akan cakap "Mak Jawa, Ayah Bugis" atau "Ayah Banjar Mak Siam" dan lain² lagi. Menunjukkan semangat persukuan di Malaya memang telah terhapus. Tinggal sahaja bagi mengekang pergaduhan sesama negeri-negeri Malaya. Hakikatnya negeri-negeri di Malaya itu tidak ada bergaduhnya lagi. Malah di sana ada raja-raja Melayu yang sering bersahabat sesama mereka. Sesama mereka itu juga mengamalkan perkahwinan campur. Maka agak sukar untuk sesama negeri ini bergaduh. Secara automatiknya, pergaduhan kerana semangat kenegerian ini terhapus juga sesama negeri Malaya kecuali pada bab-bab Bola Sepak. Ini membuktikan bahawa cara keadaan sosial di Malaya itu sangat terbuka dan tidak menjurus kepada pergaduhan kaum suku dan kenegerian. Dahulu pernah juga yang membangkitkan isu anak Peranakan Keling dan anak Peranakan Arab. Namun isu-isu ini telahpun selesai. Malah perpisahan Singapura dengan Malaya juga bukanlah disebabkan pergaduhan sesama suku kaum.



KESIMPULANNYA:
Soekarno Hatta sangat bijak kerana faham situasi di Indonesia yang sangat memerlukan semangat penyatuan. Maka kaedah beliau dalam slogan kan 'Bangsa Indonesia' ialah sangat perlu pada waktu itu. Namun kaedah yang sama tidak perlu di Malaya kerana masalah itu memang telah selesai tanpa disedari. Maka Malaya boleh fokus kepada permasalahan lainnya. Walaupun begitu, tetap lah jua menjadi impian kita agar Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Selatan Thai kembali sebagai satu negara bersama. Agar hati-hati Muslim di Asia Tenggara ini terikat dengan satu jalinan. Ini ialah impian yang besar. Namun jika pun kita tidak mampu satu bendera, harapnya kita sentiasalah harmoni sesama negara Nusantara. Wallahualam.

___________________________
Taufiq Tuah 

Comments