OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Awal ibu negara Abbasiyah adalah di Hasyimiyah, berhampiran dengan Kufah.
Abu Ja'far Al Mansur yang menjadi Sultan ke dua Dinasti Abbasiyah telah membina satu bandar terancang, berbentuk bulat, dipagari tembok kukuh dengan empat pintu besar sebagai laluan utama.
Dinamakan dengan nama lain tapi akhirnya terkenal sebagai Baghdad, yang terbit dari kata Parsi.
Abbasiyah sedari awal lagi telah bergandingan dengan kaum Parsi, sehingga percubaan kaum syiah untuk menguasai istana banyak kali terjadi.
Namun sejarah paling dahsyat adalah penguasaan golongan rasional pimpinan Mu'tazilah.
Ia bermula dari tindakan Harun Ar Rasyid melantik ulama Mu'tazilah yang terkenal, Abul Hudzaih Al Allaf sebagai guru pada puteranya dari isteri berbangsa parsi bernama Marajil, iaitu Abdullah Al Ma'mun.
Harun Al Rasyid tidak mewariskan takhta pada Al Ma'mun, tapi kepada abangnya bernama Al Amin, yang lahir dari ibu berbangsa Arab keturunan sama dengan Harun, Zubaidah namanya.
Namun Al Amin wafat dibunuh oleh Al Ma'mun dalam perang perebutan takhta. Selepas itulah Al Ma'mun menjadikan aqidah sesat sebagai acuan agama negara.
Dari sinilah akhirnya seluruh wilayah Abbasiyah mempelajari Mu'tazilah sehingga dari ideologi inilah berkembang aqidah Asyaariyah.
Kedua-dua aqidah ini berkongsi masdar dan metoda. Dengan kuasa politik jugalah mereka berkembang, tak terkecuali menggunakan kekerasan.
Sebaliknya Umayyah si Andalusi masih kekal melazimi Mazhab Salaf, diteruskan sehingga sampai Dinasti Murabitun.
Hanya setelah pemberontak Al Muwahhidun ciptaan Ibn Tumart - anak murid Al Ghazali - menumbangkan Murabitun, mereka menerapkan hukum bunuh kepada penganut Mazhab Salaf. Maka banyaklah Salafiyun yang ditebas dan dibakar, atas fatwa Ibn Tumart yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment