Kata Canai Tidak Ada Kaitan Dengan Kota Chennai

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Kata 'canai' itu ada memiliki beberapa makna yang semuanya ada kaitan dengan melicinkan, meratakan, mengilat­kan sesuatu permukaan. 

Jika dalam Kamus Dewan itu memiliki banyak makna, manakala dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia hanya ada 1 maksud iaitu batu asah berbentuk bundar, dijalankan dengan cara memutarnya, digunakan untuk menajamkan atau menghaluskan sesuatu. 

Tulisan ini adalah satu usaha untuk mencanai fikiran - sesuatu yang menambah pengetahuan atau memajukan fikiran seperti buku, pendapat dan lain-lain.

Contoh kata 'canai' adalah:

'Pandai canai' merujuk kepada tukang mencanai pisau. 

'Tukang canai' pula adalah tukang pengasah pisau dan lain-lain. 

'Batu canai' adalah batu yang diguna untuk mengasah sesuatu.

'Roda canai' adalah roda untuk mencanai (mengasah) sesuatu. 

'Papan canai' pula adalah papan untuk mencanai. 

'Roti canai' adalah nama untuk. Roti Parata, sejenis makanan dari Benua Asia Selatan yang doh roti tersebut perlu dicanai agar menjadi nipis. 

Jadinya kata 'canai' tidak ada kaitan sama sekali dengan kota Chennai di India.

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments