Pengenalan Separa Lengkap Tentang Bahasa Melayu

OLEH: Taufiq Tuah

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang diguna pakai oleh orang-orang setempat di nusantara. Bahasa Melayu (BM) terbahagi kepada berberapa jenis.

1. Bahasa Melayu Rasmi
Sebagaimana Bahasa Melayu yang kita pelajari di matapelajaran sekolah-sekolah. Juga setiap perkataan yang dikemaskini di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun Bahasa Melayu Rasmi ini kadang kala sedikit berbeza dengan Bahasa Melayu Rasmi di negara lain. Walaupun begitu, perbezaan itu sangatlah sedikit.

2. Bahasa Melayu Dalam
Bahasa yang digunakan ketika di dalam Istana-Istana Raja Melayu. Juga digunakan ketika berbicara dengan ahli kerabat diraja.

3. Bahasa Melayu Loghat Negeri
Kebiasaannya diguna oleh anak jati sesebuah negeri. Contohnya, orang-orang Kelantan yang menyebut "Kawe" bermaksud "Saya" dan Kedah yang menggunakan "Hang" sebagai makna "Awak".

4. Bahasa Melayu Loghat Kaum
Sebahagian sub-kaum Melayu yang ada dialek tersendiri dalam berbicara. Seperti orang-orang Minangkabau menyebut "Jumaaik" sebagai "Jumaat" dan Jawa yang menyebut "Ito" sebagai "Kita". Namun, Bahasa Melayu Loghat Kaum ini tidak mempengaruhi Bahasa Melayu Loghat Negeri. Ini kerana, mungkin orang Jawa yang tinggal di Kelantan boleh berdialek Kelantan. Tetapi tidak semua orang Kelantan yang boleh berdialek Jawa.

5. Bahasa Melayu Lama
Banyak perkataan lama yang ditulis di dalam Jawi. Ketika tulisan rumi mula diperluaskan, maka tulisan jawi itu cuba dirumikan dalam cara ejaan lama. Seperti "Chantek" yang kini dieja sebagai "Cantik" dan "Chenta" yang dieja kini sebagai "Cinta".

6. Bahasa Melayu Pasar
Bahasa yang kebiasaan orang gunakan sebagai bahasa harian. Contohnya kegunaan perkataan "Ko kat ne skang?" yang membawa maksud "Sekarang awak berada di mana?" dan "Ko dah sampai blom?" yang bermaksud "Awak sudah tiba atau belum?".


BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan:
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.


BAHASA MELAYU DI REPUBLIK INDONESIA
Telah terjadi sebuah Kongres Pemuda Kedua pada 87 dan 28 Oktober 1928. Dalam salah satu isi Sumpah Pemuda tertulis bahawa pemuda dan pemudi Indonesia memutuskan untuk menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa pemersatu bangsa. Pada kongres ini juga Muhammad Yamin mengatakan bahawa ada dua kemungkinan bahasa yang bisa menjadi bahasa persatuan iaitu Jawa dan Melayu, dan Yamin berpendapat bahawa Bahasa Melayu yang akan menjadi bahasa pergaulan.


BAHASA MELAYU DI BRUNEI DARUSSALAM
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi Brunei Darussalam sebagaimana  sebagaimana Perlembagaan Negara Brunei 1959 Bab 82(i) iaitu : ‘Bahasa Rasmi Negara ialah Bahasa Melayu’ Pernyataan frasa ini dapat ditafsirkan bahwa Bahasa Melayu hendaklah dibina, dikembangkan dan didaulatkan sehingga dapat berperanan sebagai budaya yang tinggi dalam lingkungan geografi Negara Brunei Darussalam. 


BAHASA MELAYU DI REPUBLIK SINGAPURA
Pemerintah Singapura menjadikan empat bahasa rasmi di negara itu semenjak awal penubuhan negara itu lagi. Bahasa tersebut ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Perkara ini tidak pelik kerana pengaruh Melayu lebih awal bertapak di Singapura (Temasik) berbanding dengan pengaruh kaum selainnya. 


Di negara selain dari negara ini, masih ada pengguna BM yang lain. Tetapi BM di sana tidaklah diiktiraf sebagai bahasa rasmi.



BAHASA MELAYU DI SRI LANKA
Gambar orang-orang Melayu di Sri Lanka.
Sri Lanka mempunyai komuniti Melayu yang juga berbahasa dalam Bahasa Melayu.


BAHASA MELAYU DI THAILAND
Walaupun Thailand terkenal dengan kerajaan Siam, tetapi ramai juga penduduk di Selatan Thailand yang berbahasa Melayu. Kebanyakan mereka berdialek Melayu seperti mana Bahasa Melayu loghat utara dan Loghat Kelantan.


BAHASA MELAYU DI MADAGASKAR
Madagaskar juga mempunyai menduduk Melayu dan berbahasa Melayu.





Banyak lagi tempat lain yang menggunakan Bahasa Melayu secara tidak rasmi seperti di Filipina, Yaman dan Tanah Besar Cina.


Bahasa Melayu bukan lah Bahasa Antarabangsa pun pada hari ini, tetapi ia pernah menjadi bahasa pertuturan antarabangsa 'Lingua Franca'. Malah ada juga yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa keempat terbesar dunia. Hal ini dinyatakan oleh Wu Zongyu dalam kertas kerjanya, “Colloquium on Chinese Scholarship on the Malay World 2002” (Dewan Bahasa, Januari 2004: halaman 46). Menurut sarjana ini, bahasa Melayu berada di belakang bahasa Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Sepanyol.

Adapun begitu, mungkin kita boleh menyangkal kajian ini dengan logik akal kita. Memandangkan hanya ada empat negara sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Jika hendak dibandingkan dengan Bahasa Cina dan India yang lebih ramai penduduknya dengan kaumnya yang ada diserata dunia. Bahasa Inggeris yang digunakan oleh kebanyakan negara sebagai bahasa rasmi. Bahasa Arab yang digunakan oleh seluruh negara Liga Arab. Bahasa Afrika yang digunakan oleh pelbagai ras di tanah afrika. Maka mungkin juga tidak salah kepada yang mahu menyangkal kajian ini.

Walaubagai mana pun, Bahasa Melayu melalui revolusi bahasa yang banyak. Munculnya juga sudah lama. Malah tidak mustahil jika ada yang mewujudkan perkataan 'Melayu Kuno'. Kerana sejarah pendudukan Melayu juga sezaman dengan tamadun Hindu dan tamadun Mesir. Jika kita masih ingat tentang Srivijaya dan Majapahit yang juga merupakan rumpun dalam Melayu. Tidak lupa juga Kedah tua. Ada juga yang menambah empayar mitos 'Lemuria' yang sezaman dengan Atlantis sebagai empayar kuno Melayu. (Percaya atau tidak itu hak masing-masing). Maka boleh disimpulkan Melayu juga merupakan bangsa yang kuno. Begitu juga dengan bahasanya.

Walaupun begitu, perlu juga diterima hakikat bahawa Bahasa Melayu pada hari ini ialah gabungan pengaruh dari pelbagai bahasa.
Ia merupakan gabungan Bahasa Melayu Sub-Kaum Melayu dengan berberapa bahasa luar dari nusantara.

Contohnya seperti,

Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bhasa          =  Bahasa
Akasa          =  Angkasa
Samudhara  =  Samudera


Pengaruh Bahasa Jawa (Sub-Kaum)
Batoq          =   Tempurung kelapa
Limo           =   Limo
Rembulan   =   Bulan


Pengaruh Bahasa Cina
Popia     =  Nama kuih
Sempoa =  Alat kira-kira
Kekwa   =  Nama bunga


Pengaruh Bahasa Portugis
Padre  =  Paderi
Garfo  =  Garfu
Toalha=  Tuala


Pengaruh Bahasa Arab
Aqal        =  Akal
Waqtu     = Waktu
Hayawan = Haiwan


Pengaruh Bahasa Bani Israel
Abah      =   Ayah
Sawraw  =  Surau (tempat ibadah kecil)
Seelah    =  Soalan


Pengaruh Bahasa Inggeris
Bus   =  Bas
Taxi  =  Teksi
Apple=  Epal

dan banyak lagi pengaruh Sub-kaum yang lain.


Tidak salah untuk kita tahu serba sedikit tentang bahasa yang kita pakai.
Wallahualam.





"yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.


Comments