Adakah Benar Kisah Jenazah Abu Ayub Al-Ansari?

OLEH: Taufiq Tuah

Abu Ayub Al Ansari merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW yg banyak berjasa dalam Islam. Beliau merupakan sahabat daripada golongan Ansar (penduduk asal Madinah) dan berperanan besar dlm hal-hal Al-Quran. Beliau juga banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Cerita telah tersebar tentang makam Abu Ayub Al Ansari yg terletak di Istanbul. Membuktikan bahawa beliau sememangnya berhijrah dan berdakwah sehingga ke tanah Konstantin itu.

Mutaakhir ini, tersingkap sebuah kisah. Dimana Sultan Muhamaad Al Fateh telah terjumpa kaki jenazah Abu Ayub Al Ansari yg kelihatan masih belum reput. Kemudian Sultan mengarahkan tentera-tenteranya untuk mencium kaki tersebut. Sehinggalah giliran Sultan (giliran yg akhir) , kaki itu tertarik sendiri masuk ke dalam tanah.

Kemudian Sultan berasa bersedih kerana tidak dapat mencium kaki sahabat Rasulullah SAW. Kemudian Abu Ayub hadir dalam mimpi Sultan dan berkata "janganlah bersedih. Bukannya aku tidak sudi. Hanya aku memikirkan siapalah aku untuk dibandingkan dengan mu yg cuba mencium kaki ku".

Kritikan kisah ini.

1. Kisah ini bukan daripada Al-Quran dan bukan juga daripada Hadis, maka tidak wajib untuk beriman atas cerita ini.

2. Bagaimana boleh Abu Ayub membenarkan tentera-tentera itu mencium kakinya? Ini telah bertentangan dengan sifat tawadhuk yg ada pada sahabat Rasulullah SAW. Malah, tidak pernah buat di kalangan sahabat mencium kaki Saidina Abu Bakar R.A, mahupun Saidina Umar R.A, ataupun Saidina Uthman R.A ataupun Saidina Ali R.A ataupun 10 sahabat yg dijamin syurga lainnya.

3. Bagaimana pula Sultan Muhammad Al-Fateh boleh menjadi lebih mulia daripada golongan sahabat Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik umat manusia adalah generasiku (sahabat), kemudian orang-orang yang mengikuti mereka (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang mengikuti mereka lagi (tabi’ut tabi’in).” (Muttafaq ‘alaih)

Kita dapat mengira jarak diantara zaman Sultan Muhammad Al Fateh dengan zaman salaf itu sgt jauh bezanya.

4. Bagaimana Sultan mensahihkan bahawa kaki yg dijumpai ialah kaki Abu Ayub Al Ansari? Mungkin sahaja itu ialah kaki syuhada yg lain memandangkn ramai umat Islam yg telah gugur di sana.

5. Kisah ini juga dinukilkan di bnyk artikel-artikel dn di buku2 novel sejarah. Kisah ini sepatutnya dihentikan penyebarannya dn diterangkn kecacatan dn keganjilan kisah ini.

Wallahualam


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Comments