OLEH: Taufiq Tuah
Namanya kadang kala disebut Qathurah, Qathura قطورا dan juga disebut Qanthura قنطورا.
Sebelum membincangkan tentang benarkah Melayu dari sulbi Qathurah, maka harus dahulu dibincangkan tentang adakah benar Nabi Ibrahim A.S mengahwini Qathurah.
Qathurah ada disebutkan dalam Bible (Book of Genesis, chpt 25 vers 1-2) , dalam edisi Bible terjemahan bahasa Arab (al-Kutub al-Muqaddas. Cetakan ketiga, tahun 1994. Dar al-Masyriq, Beirut), menyebutkan:
وعاد إبراهيم فأخذ زوجة اسمها قطورة؛ فولدت له زمران ويقشات ومدان ومدين ويشباق وشوحا.
"Setelah Ibrahim pulang, beliau mengahwini seorang isteri yang bernama Qathurah. Lalu, Qathurah melahirkan untuk Ibrahim (anak yang bernama) Zimran, Yuqsyan, Madani, Midyan, Yisybaq, dan Syuha".
Al-Imam al-Thabari meriwayatkan kisah perkahwinan antara Nabi Ibrahim dan Qathurah, namun riwayat tersebut adalah dhaif. (Shahih Wa Dhaif Tarikh al-Thabari oleh al-Syeikh Muhammad Tahir al-Barzanji, jld 6 m/s 222. Cetakan pertama, tahun 1428 H/2007 M. Dar Ibn Katsir, Beirut)
Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa kisah perkahwinan antara mereka ialah kisah daripada Bible. Maka ia termasuk di dalam kisah Israiliat.
Tidak ditemui dalil yg kuat mengenai perkahwinan Nabi Ibrahim A.S bersama Qathurah. Maka tidak wajib bagi seorang Muslim beriman dengan kewujudan Qathurah.
Maka perbincangan tentang adakah Melayu bersulbikan Qathurah ialah tidak sesuai dibincangkan lagi.
Dini hari, pengkaji sejarah telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu dengan teliti. Banyak pendapat yg boleh diketahui, tinggal kita perlu menilai bahan bacaan yg kita telaah berdasarkan hujah dan bukti yg meyakinkan. Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment