OLEH: Taufiq Tuah
Ada dakwaan baru-baru ini yg mengatakan bahawa Hang Jebat masih hidup. Dakwaan ini disertakan dengan ciri-ciri fizikal Hang Jebat secara teliti besertaka keberadaannya kini yg kononnya sedang berada di Johor. Adakah benar dakwaan ini?
1. Mengikut sejarah rasmi Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah di istana Melaka kerana Hang Jebat menderhakai sultan pada ketika itu. Mengiku sejarah ini, maka ia nyata bahawa Hang Jebat telah pun mati.
2. Ada teori berberapa peminat sejarah mengatakan bahawa Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat dalam peristiwa itu tetapi menyembunyikannya. Kononnya orang Melayu tidak akan sanggup membunuh saudaranya sendiri.
Hakikatnya, alasan orang Melayu tidak sanggup membunuh saudaranya sendiri itu tertolak apabila banyak sejarah lain yg bercerita tentang kerabat diraja membunuh kerabat yg lain disebabkan harta.
Malah, kesetiaan tinggi Hang Tuah pada sultan membuatkan ia tidak mustahil untuk Hang Tuah membunuh Hang Jebat. Namun adakah benar Hang Tuah benar tidak membunuh Hang Jebat itu masih boleh dibincangkan.
3. Jauhnya perbezaan zaman di antara zaman Hang Jebat dengan zaman kini membuatkan ia kelihatan mustahil untuk mendakwa Hang Jebat masih hidup.
Ada yang memberi alasan 'kun faya kun' jika Allah SWT berkehendak Hang Jebat untuk umurnya panjang, maka boleh lah panjang.
Persoalannya, di manakah Hang Jebat di kala zaman Belanda, Portugis dan British menyerang Melaka @ Johor? Adakah panglima Melayu bersembunyi dikala melihat tanahnya digondol? Sedang Hang Jebat berani menentang Sultan, mengapa pula diam ketika dijajah?
Jepun datang dan memancung sekalian kampung, di mana Hang Jebat yg kononnya 'hidup itu'? Bertafakur dan berzikir di air terjun?
Di mana nama Hang Jebat di dalam usaha membentuk Malaysia?
Pihak RMB secara yakin bersetuju bahawa Hang Jebat sudah tiada lagi dan dakwaan bahawa ditemui Hang Jebat di Johor dalam keadaan masih hidup ialah tertolak. Mungkin itu ialah Hang Jebat yg lain, bukan yg ada di dalam sejarah. Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment