Hubungan Ulama Dan Umara

OLEH: Taufiq Tuah

Umara ialah pemimpin di sesuatu tempat. Samada Khalifah, Raja, Sultan, Presiden, Perdana Menteri, Ameer atau apa sahaja gelarannya asalkan  mereka adalah ketua pemimpin di sesebuah negara.

Ulama pula ialah seseorang yang alim di dalam hal-hal agama dan diiktiraf ilmunya oleh rakyat setempat mahupun kerajaan.

Di zaman kini, hubungan di antara umara dan ulama adalah sangat perlu bagi memastikan sesuatu negara itu terpayung dengan ajaran-ajaran Islam.

Ulama selayaknya menjadi penasihat bagi umara dan  umara pula dengan akal yg waras dan adil perlu meneliti nasihat yg telah diberikan. Oleh itu, ulama juga memainkan peranan penting dalam institusi kerajaan.

Misalnya , keuntungan ekonomi kerajaan banyak mendapat hasil daripada import dan export arak dan rokok. Maka ulama memainkan peranan untuk menasihati umara agar tidak membiarkan rakyat-rakyatnya terdedah dengan kancah dosa dan menghentikan export import barangan haram.

Juga ulama memainkan peranan dalam membantu menyemaikan kehidupan Islam di dalam kerajaan.

Di dalam sejarah, kita dapat melihat betapa penting peranan ulama sebagaimana Khalifah Harun Al-Rasyid.

“Aku tidak tahu ada seorang Raja yang tidak pernah beristirehat menuntut ilmu, kecuali al-Rasyid. Ia pergi bersama dua orang putranya, al-Amin dan al-Makmun, untuk mendengar al-Muwatha dibacakan oleh Imam Malik rahimahullah.” (Tarikh al-Khulafa, Juz: 1, Hal: 217)

Tidak lupa juga peranan ulama pada zaman kemegahan kerajaan Pasai, Melaka dan Aceh. Sehinggalah tiga kerajaan ini pernah menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Pada zaman ini, Arab Saudi adalah negara yang paling jelas meletakkan institusi ulama sebagai satu institusi terpenting dalam kerajaan. Ulama dan keluarga diraja kebiasaannya duduk sebaris dalam kebanyakan isu negara.

Di Malaysia, setiap Sultan, Raja dan Yam Tuan Besar akan akan memilih mufti untuk negeri masing2. Majlis Agama Negeri juga mempunyai rangkaian dengan institusi diraja.

Wallahualam



___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments