Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Tugas (Bahasa Melayu)

OLEH: Taufiq Tuah


KATA KERJA


1.KATA KERJA TRANSITIF

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.



2.KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

--------------------------------------------------------------------------------------


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.



---------------------------------------------------------------------------------------

KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:

1.Kata adverba
2.Kata hubung
3.Kata sendi nama
4.Kata seru
5.Kata bantu
6.Kata perintah
7.Kata pangkal ayat
8.Kata bantu
9.Kata penguat
10.Kata penegas
11.Kata nafi
12.Kata pemeri
13.Kata pembenar
14.Kata arah
15.Kata bilangan
16.Kata penekan
17.Kata pembenda



___________________________
Taufiq Tuah 

Comments