Usaha Nusantara Dan Arab Saudi Di Perang Bosnia 1992

OLEH: Taufiq Tuah

Bosnia Herzegovina pada asalnya merupakan sebahagian daripada negara Yugoslavia. Namun akhirnya Bosnia  Herzegovina menuntut kemerdekaan setelah rakyat di kawasan itu dizalimi oleh kerajaan.

Bendera Yugoslavia pada waktu itu.

Pada sejarahnya, Bosnia Herzegovina ialah termasuk di dalam tanah jajahan Uthmaniah. Hal ini menyebabkan sememangnya ada umat Islam di tanah berkenaan.

Ketika Bosnia Herzegovina berada di bawah Yugoslavia, umat Islam dizalimi dan diseksa seteruknya. Pada tahun 1992, mereka menyerang penduduk Muslim di timur Bosnia. Rumah-rumah Muslim dibakar dan diceroboh. Wanita dan lelaki Muslim diasingkan dan diletakkan di dalam kem.

Disebabkan kekejaman ini, maka bangkitlah Muslim untuk menuntut kemerdekaan daripada Yusgolavia. Maka sesi perperangan pun bermula iaitu Perang Bosnia 1992.

Sebagai Muslim, kita tidak akan memandang enteng apabila ada saudara kita yang dizalimi. Oleh itu, Islam di Nusantara ini bangkit menjadi wira bagi yang mampu dicapai tangannya. Di antaranya ialah Malaysia pada pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghantar bantuan ketenteraan membantu Muslim di Bosnia Herzegovina.

Juga terlibat di dalam misi ini ialah Dato Seri Najib Bin Abdul Razak sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Malaysia menghantar ketenteraan ini di bawah panji Pasukan Perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. 




Juga yang turun pernah turun padang di dalam konflik ini ialah Presiden Soeharto, Presiden Indonesia pada waktu itu. 





Nusantara masih sering kali menjadi benteng kemanusiaan di dalam dunia Islam. Walaupun Bosnia mempunyai tentera sendiri, namun sokongan tetap diberikan kepada saudara seislam yang lainnya.

Tentera Muslim Bosnia.
 Tentera-tentera Mujahidin Bosnia ini dibiayai oleh Arab Saudi.

Selepas kemenangan Muslim Bosnia, Raja Fahd , Raja Arab Saudi menghadiahkan sebuah masjid terbesar di kawasan Balkan iaitu Masjid King Fahd yang terletak di Sarajevo.

Masjid itu juga ialah salah satu usaha Arab Saudi membangunkan komuniti Islam di Bosnia Herzegovina.

Alhamdulillah, kemenangan di tanga Islam. Ketahuilah, kemenangan itu pasti milik Islam.
Wallahualam.

Masjid King Fahd, Sarajevo, Bosnia Herzegovina.


Rujukan
1. "Ethnic Cleansing and War Crimes, 1991–1995". dalam Ingrao, Charles W.; Emmert, Thomas A. Confronting the Yugoslav Controversies: A Scholars' Initiative. West Lafayette, IN: Purdue University Press. m/s. 139–140. ISBN 978-1-55753-617-4. Footnotes in source identify numbers as June 2012.






Comments