Dunia Mebantah Trump Isu Baitulmaqdis

OLEH: Taufiq Tuah

Sesungguhnya telah dikejutkan kepada kita isu yang sangat dukacitakan apabila telah dirasmikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Trump.



Kami sebagai Muslim dengan ini membantah sekeras-kerasnya apa yang telah dilakukan oleh Trump. Kami juga semenjak awal lagi sangat-sangat terkilan kerana adanya negara-negara Islam yang mengiktiraf kewujudan Israel. Sebenarnya perancangan merasmikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel telah dirancang juga ketika presiden-presiden US sebelum ini. Namun ia menjadi kenyataan di zaman Trump.

Alhamdulillah, tidak sampai 24 jam, telah banyak bantahan-bantahan rasmi kerajaan-kerajaan negara disuarakan. Malah telah dipanggil mesyuarat tergempar OIC untuk membincangkan isu ini menunjukkan betapa pentingnya Baitulmaqdis kepada kita.










Kita mendoakan yang terbaik agar segala isu ini diselesaikan. Jangan sekali-kali kita bersetuju dengan perasmian durjana ini. Cukuplah sekalian tanah Arab Palestin yang mereka telah curi. Mereka memang kuat memerangi kita sebagaimana dalil,

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”
 [ Surah Al-Maidah :82]

Kepada para negara Islam yang tiba-tiba bersuara dalam isu ini tetapi sebenarnya telah mengiktiraf Israel selama ini, maka hentikanlah mengiktirafan itu. Jika sekadar mengugut dengan bala tentera tetapi masih mengiktiraf mereka, apalah bezanya dengan bara yang sedang memarah api. Marahkan api yang marak, sedangkan kamu (bara) punca segalanya. Alhamdulillah, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti..Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments