JERUSALEM, KOTA ABADI ISRAEL?

Bismillah...

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pengunguman rasmi dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Kota Jerusalem sebagai ibu negara bagi bangsa yahudi. Tindakan mengejut ini bukan sahaja menghina bahkan mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia, pelbagai persoalan dinyatakan, adakah benar Kota Jerusalem adalah Kota abadi Israel.

REAKSI NEGARA LUAR
Malaysia adalah salah satu negara yang membantah pengumuman Amerika Syarikat melalui notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negara  baru-baru ini. Dalam ucapan perdana menteri sempena Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, beliau menyelar tindakan terbabit dan akan menjalankan solidariti Palestin di kedutaan Amerika Syarikat.

JERUSALEM TIMUR DAN BARAT, PIMPINAN YANG BERBEZA?
Tidak dinafikan bahawa Kota Jerusalem adalah kota yang penting bagi umat Islam dan juga bagi bangsa Yahudi. Bagi mereka, kota Jerusalem adalah lambang kepada kegemilangan kerajaan mereka. Apabila Israel telah memperoleh kemerdekaan daripada British, Israel telah memisahkan Kota Jerusalem kepada dua bahagian, dimana bahagian Timur dikawal oleh pihak berkuasa Palestin (Palestin Authority) di bawah pimpinan Mahmud Abbas dan Barat yang dikawal oleh Israel.

REVOLUSI MELAYU BARU
Penulis mewakili REVOLUSI MELAYU BARU membantah sekeras-kerasnya rancangan Amerika Syarikat dan Israel yang bakal memindahkan kedutaan ke Kota Jerusalem dalam masa yang terdekat. RMB juga turut membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan yang diberikan kepada Israel. Situasi ini bukan sahaja mengguris perasaan umat Islam tetapi telah mengetepikan hak kedamaian agama-agama lain yang turut dianuti di Kota Jerusalem. Hanya Allah yang mampu menolong dan memusnahkan rancangan jahat orang-orang yang membuat perancangan buruk terhadap orang Islam.

___________________________
~ Pen Merah ~
-Telegram Channel:  http://bit.ly/28ZmJcp
_____________________________


Comments