OLEH: Taufiq Tuah
بسم الله الرحمن الرحيم
Bagi para pembaca, diharapkan membaca penulisan ini dengan hati yang terbuka tanpa sebarang prejudis.
Kemudian mereka (HAMAS) melaungkan seruan Intifadah Pertama. Kemudian berlarutan bertahun-tahun lamanya. Keputusan perperangan pula tidak memberangsangkan. Terus mengistiharkan Intifadah Kedua dan berlarutan perang itu.
Sepanjang Intifadah, bilangan Muslim yang terkorban akan jauh lebih banyak daripada Israel. Kenapa? Kerana apabila Muslim menembak mereka satu bidikan, mereka balas dengan 5 letupan bom. Akhirnya ini memudaratkan umat Islam sendiri. Setelah Intifadah melalui berberapa fasa ini, HAMAS perlu faham bahawa perlunya mereka menukar stratergi mereka. Berapa siri Intifadah telah berlalu tetapi mudaratnya hanya lebih kepada Muslim. Maka stratergi harus diubah.
Korban pada Intifadah Pertama
Korban pada Intifadah Kedua
Jangan jadikan kesolehan Mujahideen mereka sebagai asbab tuhan akan memenangkan mereka tanpa stratergi yang baik. Ada yang sangat suka memuji bahawa Al-Qassam kuat solat malam dan mengaji. Namun itu bukanlah asbab untuk kita kata, "Mereka boleh menang kerana mereka solat malam". Para sahabat Rasulullah SAW mempunyai iman yang berlipat kali ganda lebih soleh daripada Al-Qassam, namun sahabat juga tetap kalah di Uhud.
Sepatutnya Palestin mengambil ibrah daripada sirah Rasulullah SWT yang sebenarnya sangat mirip dengan keadaan hari ini.
1. Muslim Palestin dizalimi oleh Yahudi di Palestin. Muslim di Mekah di zaman nabi SAW dizalimi oleh Kafir Quraisy. Kedua-dua situasi ini berkonflik dengan penduduk kampung halaman. Mereka dizalimi oleh penduduk dikawasannya juga.
2. Muslim Palestin berkonflik di tanah suci. Muslim Mekah pada zaman Nabi SAW juga berkonflik di tanah suci.
3. Kekuatan Israel lebih kuat. Seperti kekuatan kafir Quraisy juga lebih kuat.
Dapat dilihat bahawa situasi ini memang mirip dengan situasi Rasulullah SAW. Namun apakah bezanya konflik Palestin dengan konflik Rasulullah SAW? Rasulullah SAW memikirkan stratergi dan bersabar dalam menghadapi konflik. Bagaimana Rasulullah SAW menghadapi konfliknya?
1. Baginda berhijrah ke Madinah. Sedangkan boleh sahaja baginda membuat seruan jihad, dan terus menguasai Mekah. Malah dikala itu sudah ramai orang-orang gagah tempatan telah bersama Islam seperti Saidina Hamzah RA dan Saidina Umar RA. Namun seruan jihad hanya berlaku selepas hijrah. Dalam kata lain, selepas baginda benar-benar mengukuhkan kekuatan. Mengumpulkan tentera, mempersiapkan senjata juga jentera berkuda.
Malah Rasulullah SAW turut menyusun tentera-tenteranya dengan teliti. Betapa bersedianya Rasulullah SAW dalam menghadapi Perang Badar walaupun baginda juga tahu Allah pasti SWT bersama angkatan baginda.
Berbeza dengan HAMAS yang tidak dapat memperkuatkan angkatannya sendiri kerana Israel sentiasa membantutkan kemaraan mereka. Cara yang lebih baik ialah, mengumpulkan kekuatan di tempat yang tidada gangguan askar Israel.
3. Dikala menghadapi berberapa siri perperangan, baginda terus menerus menguatkan pemerintahan dan menstabilkan Madinah. Diajarkan aqidah yang lurus, dibentangkan Piagam Madinah, mensaudarakan Muhajirin dan Ansar, berbaik dengan Badwi, berekonomi dengan yang bukan Muslim banyak lagi langkah-langkah dalam menstabilkan Madinah.
Berbeza dengan HAMAS yang mana aqidah bukan tajuk utama mereka.Malah mereka tidak sempat pun menstabilkan Palestin. Serangan, pengeboman, pembunuhan rakyat Palestin yang tidak bersalah, semuanya tidak dapat dikawal. Akhirnya nyawa Muslim lebih banyak terkorban. Hal yang sama akan berlaku jika Rasulullah SAW tidak berhijrah, lebih banyak pembantaian akan berlaku terhadap umat Islam.
Ada yang kata Palestin tidak gentar syahid. Sebab itu enggan berpindah. Tidak dapat dinafikan syahid ialah rebutan para Muslimin. Tetapi Rasulullah SAW sendiri menjauhkan diri dari kezaliman, adakah ini bermakna Rasulullah SAW
dan ummat salafussoleh pada waktu itu tidak mahu syahid? Salah. Rasulullah SAW masih sahaja berjuang di Badar. Hanya Rasulullah SAW tahu tempatnya untuk berjihad. Tidak menyalah gunakan istilah jihad secara membuta tuli.
4. Rasulullah SAW bersabar dalam menunggu waktu yang sesuai untuk Fathul Mekah. Selepas Fathul Mekah, Islam lah yang memegang kota Mekah sehingga hari ini. Selepas baginda terpaksa berhijrah dengan kesedihan, baginda pulang ke tanah lahirnya. Kaedah baginda ini bukanlah berlaku selama seminggu. Tetapi selama bertahun lama.
Tidak mengapalah kita berpindah seketika dari tanah suci Al-Aqsar. Rasulullah SAW sendiri berpindah dari tanah suci Mekah. Namun yakin lah, janji Allah SWT itu pasti.
Walaupun begitu, saya menghormati tindakan Jihad yang dibuat oleh HAMAS memandangkan mereka ialah kerajaan sah di Palestin. Namun saya masih merasakan kaedah yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu ialah kaedah yang berlipat ganda lebih baik. Malah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab RA dan Salahudin Al-Ayubi juga menakluki Baitulmaqdis daripada luar.
HAMAS telah membuat satu kesilapan yang nyata apabila berbaik dengan Iran. Iran membantu mereka di dalam persenjataan, ketenteraan dan latihan.Begitu terdesak kah HAMAS sehingga terpaksa meminta bantuan daripada orang yang memaki dan mengkafirkan Ummahtul Mukminin dan para sahabat?
Lihatlah ucapan terima kasih HAMAS kepada Iran melalui link ini: http://youtu.be/xt0UUCN0pts
Syiah ialah musuh Islam. Salahuddin Al-Ayubi sebelum baginda menakluki Baitulmaqdis, baginda terlebih dahulu memusnahkan empayar Syiah Fatimiyah. Membuktikan bahawa Salahuddin telah menghapuskan parasit di dalam Islam, sebelum menentang yang bukan Islam.
Soalan, kenapa tidak negara Islam lain membantu menyerang Israel? Soalan ini sepatutnya dipinda, kepada soalan baru. "Kenapa ada negara Islam yang mengiktiraf Israel?"
Negara-negara Islam yang mengiktiraf kewujudan Israel ialah,
-Turki
-Mesir
-Jordan
-Azerbaijan
-Kazakhstan
-Maldives
-Mauritania
-Nigeria
-Tajikistan
-Turkmenistan
-Uzbekistan
Malah Palestin sendiri mengiktiraf Israel sejak 1993.
Pengiktirafan negara haram Israel ini sedikit sebanyak telah telah memperkuatkan lagi kewujudan Israel di tanah Palestin.
Jadi bagiaman kah kaedah untuk mendapatkan kembali Baitulmaqdis? Sudah tentulah dengan cara Rasulullah SAW tadi insyaallah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Wallahualam
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment