Melayu, Bangsa Pilihan Hidayah Tuhan

OLEH: Taufiq Tuah

Melayu, bangsa pilihan iman ialah tajuk yang cuba dirungkai pada artikel ini. Sejujurnya, saya juga merupakan seorang yang lahir sebagai rumpun Melayu. Namun itu bukanlah asbab saya menulis artikel yang tajuknya kelihatan taksub kepada rumpun yang saya sayangi ini. Hanya saya ingin mengenengahkan tentang apa hubungannya Islam dengan Melayu dari aspek yang berbeza dari kebiasaannya Insyaallah.

Rumpun Melayu kebiasaannya tinggal di bahagian Asia Tenggara di dalam Nusantara. Tanah Melayu itu luas sebagaimana yang saya fikir pembaca sekalian pun tahu di mana awal dan di mana hujungnya Tanah Melayu itu.

Islam mula hadir di dalam alam Melayu sejak lama dahulu. Buktinya telah diketemukan Batu Nissan Champa pada abad ke-11 masihi dan yang umum ketahui ialah Batu Bersurat Terengganu yang dipercayai sejak tahun 1303 masihi.

Kemudian mulai empayar Islam di dalam Nusantara dengan wujudnya Samudera Pasai pada 1267 masihi. Itupun ada perdebatan dikalangan ahli sejarah adakah Perlak atau Pasai yang memeluk Islam dahulu. Juga adakah Perlak bermazhab Syiah atau Ahlul Sunnah.

Kemudian muncul lah empayar-empayar Islam lain di Nusantara. Antara yang muncul ialah pada 1403 di mana Parameswara berkahwin dengan puteri Pasai. Mudah kata, akhirnya Pusat Islam bersilih ganti di Nusantara bermula dengan,

Pasai --> Melaka --> Aceh

Peralihan Pusat Islam Nusantara ini membuktikan betapa agama Islam menjadi agama yang sangat penting di Nusantara. Sehingga setelah jatuh satu empayar Pusat Islam yang lama, empayar lain pula mengambil peranan menjadi Pusat Islam. Bersilih ganti sehingga zaman Aceh.

Persoalannya,  apa yang membuatkan Melayu ini sangat mengsinonimkan Islam dengan bangsa mereka?

Nusantara seperti yang diketahui kedudukannya sangat jauh daripada Mekah dan Madinah (permulaan dakwah Islam). Dikala Melayu pada asalnya ialah kuat dengan agama Hindu Budha dan Anamisme, Islam pula mulai bercambah di kalangan Melayu dengan mudah. Wal hal, Nusantara dikelilingi dengan pengaruh Hindu Budha seperti Siam dan China.

Dipercayai Islam tersebar di sini melalui perdagangan dengan orang-orang Arab Yaman dan Gujerat. Juga ada teori yang mengatakan dibawa juga oleh Muslim China. Namun tetap menjadi persoalan apa sebenarnya asbab yang membuatkan Melayu menerima dakwah itu sedangkan China dan India kedua-duanya bersosio budaya Hindu Budha.

Akhirnya Melayu menjadikan Islam sebagai agama rasmi Melayu. Hatta jika disebut "Dia Melayu", tahulah orang bahawa dia Muslim. Malah jika disebut "AhTong sudah masuk Melayu", fahamlah orang bahawa AhTong telah memeluk Islam. Hal ini sama juga dengan Arab. Apabila disebut "Arab" kebiasaannya orang akan anggap bahawa Arab itu Muslim.

Para sejarawan mungkin boleh menjawab apa sebenarnya yang berlaku. Namun apa yang penulisan ini ingin mengenengahkan sebenarnya ialah dalil,

Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َا تَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ Ø£َØ­ْبَبْتَ ÙˆَÙ„َٰÙƒِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ† ÙŠَØ´َاءُ ۚ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ بِالْÙ…ُÙ‡ْتَدِينَ Ù¨:٥٦

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”.
 [ Surah Al Qasas : 56]

Alhamdulillah, betapa beruntungnya kita bangsa Melayu kerana Allah SWT telah mengkehendaki kita untuk menerima nikmat hidayahnya. Nikmat ini yang mana nikmat terbesar seorang manusia. Syukur alhamdulillah juga kerana kita (Melayu) yang sesudah lahir terus dikenalkan kita dengan Islam. Ayahnda dan bonda yang memujuk anak-anak bangsanya ketika tangis dengan zikir dan selawat. Tinggal di dalam rumah yang kedengaran azan pada setiap lima waktu. Sejak lahir susah biasa melihat ibu dan ayahnya solat. Malah ada yang bapa pernah mendukungnya ketika solat.

Ini semualah nikmat Islam dan nikmat hidayah yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Ini juga dipanggil sebagai nikmat iman. Apabila dewasa anak-anak ini, mereka ada serba sedikit rasa cakna dengan Islam. Melayu Islam sekaliannya tahu minum arak itu haram. Berjudi itu haram, berzina itu
  haram dan memakan babi itu haram. Membuktikan bahawa didikan Islam itu ada di dalam anak-anak Melayu walaupun mereka tidak belajar di pondok atau pesantren.

Syukur kehadrat Allah SWT, kerana kita dipilih oleh Nya untuk memegang agama tauhid ini. Semoga kita dan generasi akan datang kita akan terus mempertahankan agama Allah ini.

 Ø§Ù‡ْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ * صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ 

"Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka." 
[ Surah Al-Fatihah: 6-7]

Artikel ini hanya mengajak kepada kita sesama Muslim Melayu supaya bersyukur dengan nikmat Islam yang Allah berikan. Jangan sekali-kali dipersia-siakan nikmat ini dengan merasakan 'Bangsa Melayu Telah Cukup!'. Sebagaimana para pembaca yang selalu mengikuti penulisan Revolusi Melayu Baru, para penulis kami bersepakat untuk tidak merasakan Melayu lebih baik daripada mana-mana bangsa selain Melayu. 

Sesungguhnya jika Allah kehendak memberi, Dia juga berkehendak untuk mengambil kembali. Tidak lebih baik Melayu berbanding bangsa lain dan tidak pula lebih baik bangsa lain berbanding Melayu. Hal ini juga telah diceritakan di dalam artikel-artikel sebelum ini. 

Wallahualam



___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments