Perang Padri, Separa Pemulihan Akidah Minangkabau

OLEH: Taufiq Tuah

Perang Padri ialah perang yang berlaku di Sumatera Barat sekitar 1803 hingga 1838. Perperangan ini melibatkan Kerajaan Pagaruyung. Sebahagian besar yang terlibat sudah tentulah kaum Minangkabau memandangkan Kerajaan Pagaruyung merupakan milik Minangkabau.

Nama Perang Padri ialah kerana Padri bermaksud ulama. Hal ini kerana pada awal perperangan hanya melibatkan di antara Orang Adat dan Orang Ulama (Padri) di dalam Minangkabau. Orang Adat ketika itu sudah pun memeluk Islam tetapi masih tidak menjalankan kewajiban solat, meminum arak,  menyabung ayam , berjudi malah berbuat syirik.

Maka bangkit lah golongan ulama ini bagi menentang kelakuan-kelakuan Orang Adat tersebut sehingga terjadinya perperangan. Ramai yang berpihak kepada golongan Ulama ialah orang-orang Mandailing.

Maka dapat dilihat bahawa perperangan berlaku di antara Kaum Adat dan Kaum Padri (ulama). Sehingga Kaum Adat terdesak dan hampir kalah, Kaum adat mulai meminta bantuan Belanda bagi memenangi perang saudara tersebut.

Pada 1833, Kaum Adat mulai sedar akan kesilapannya berbaik dengan Belanda. Oleh itu, Kaum Adat mula memerangi Belanda dan bergabung dengan Kaum Padri.

Di sini dapat dilihat peralihan pertempuran kepada Muslim (Kaum Padri + Kaum Adat) melawan Nasrani (Belanda). Namun akhirnya pertempuran dimenangi oleh Belanda. Hancur lah Kerajaan Pagaruyung ketika itu.

Hasil zahir di dalam perang ini ialah kejatuhan Kerajaan Pagaruyung yang sangat menyayat hati. Namun disebalik kejadian pasti ada hikmahnya.

Hikmah yang lebih besar disebalik peristiwa ini ialah, pemulihan akidah dan syariat di dalam masyarakat Minangkabau.

Hal ini berlaku apabila akhirnya Kaum Adat dan Kaum Padri bersama bersatu hati untuk memerangi Belanda. Kesepatakan ini juga menjurus kepada persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu memartabatkan syariat dalam kehidupan. Maka tercetuslah 'Pobilangan' yang menjadi pegangan Minangkabau seluruh benua atas iktibar peristiwa ini iaitu,
"Adat bosondikan syarak, Syarak bosondikan kitabullah".

Ada penyambungan yang lebih panjang tentang Pobilangan itu, tetapi sambungan bagi pobilangan itu terdapat pelbagai versi. Oleh itu artikel ini hanya membincangkan lafaz yang tiada khilaf iaitu seperti disebutkan tadi.

Dua rangkap pobilangan ini membuktikan bahawa Minangkabau bersetuju untuk membuang adat-adat mereka yang keluar dari syariat Islam dan mengekalkan adat yang baik dalam budayanya.

"Adat bosondikan syarak"
Bermaksud segala selok-belok adat ini mestilah dijalankan dengan sokongan syariat Islam.

"Syarak bosondikan Kitabullah"
Bermaksud segala syariat yang disandarkan adat tadi mestilah diambil daripada Kitabullah iaitu Al-Quran.

Membawa makna adat itu semuanya mestilah selaras dengan tuntutan syarak. Ini membuktikan bahawa kedudukan kalamullah menjadi tertinggi di dalam kehidupan. Sebagaimana akidah kita sebagai Muslim sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama.


Wallahualam


Rujukan: Sejarah Umat Islam, HAMKA, PTS, 2016

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Comments