Sejarah Baju Melayu Dan Aplikasinya Di Dalam Sunnah

OLEH: Taufiq Tuah

Baju Melayu pada hari ini diperagakan oleh jejaka-jejaka di Nusantara. Masih banyak yang memakainya di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Dekad ini, Baju Melayu kebiasaannya diperagakan pada hari Jumaat, pada waktu ke masjid atau surau dan pada majlis-majlis tertentu. Malah, pemakaian Baju Melayu juga akan diperagakan pada hari raya.

Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan sultan Melaka ketiga, Sultan Muhammad Shah. Baginda menitahkan larangan orang-orang Melayu memakai cara atas angin (Arab, India & Eropah) serta cara bawah angin (China & Khmer).

Baju Melayu dibuat berlengan pendek (3 suku) dan ada juga baju Melayu yang dibuat tidak berlengan. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘teluk belanga’ dan gaya leher ‘cekak musang’ hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja. Malah pada asalnya seluar Baju Melayu ialah senteng paras betis.

Selepas peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Baju Melayu dilabuhkan lengangnya dan seluar di panjangkan sehingga atas buku lali.


SOALAN: Adakah Sunnah Memakai Baju Melayu?

Tidak ada hadis khusus untuk mensunnahkan pemakaian Baju Melayu.

Namun, memakai Baju Melayu juga boleh mendapat pahala kerana,

1. Menepati syariat menutup aurat.
Surah Al-Araf, ayat 26:
ÙŠَا بَÙ†ِÙŠ آدَÙ…َ Ù‚َدْ Ø£َنزَÙ„ْÙ†َا عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù„ِبَاسًا ÙŠُÙˆَارِÙŠ سَÙˆْآتِÙƒُÙ…ْ Ùˆَرِيشًا ÙˆَÙ„ِبَاسُ التَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ Ø°َٰÙ„ِÙƒَ Ø®َÙŠْرٌ Ø°َٰÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ آيَاتِ اللَّÙ‡ِ Ù„َعَÙ„َّÙ‡ُÙ…ْ ÙŠَØ°َّÙƒَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Hal ini kerana Baju Melayu merupakan baju yang menutup aurat dengan lengkap bagi seorang lelaki.


2. Tidak Meniru Pakaian Perempuan.
لعن رَسُول اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ… المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

Baju Melayu ialah baju khas untuk lelaki dan tidak boleh dipakai oleh perempuan.


3. Tidak Isbal
رَØ£َÙŠْتُ رَسُÙˆْÙ„َ اللهِ ÙˆَعَÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ø­ُÙ„َّØ©ً Ø­َÙ…ْرَاءَ ÙƒَØ£َÙ†ِّÙŠ Ø£َÙ†ْظُرُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ بَرِÙŠْÙ‚ِ سَاقَÙŠْÙ‡ِ
Saya melihat Rasulullah SAW memakai baju merah, seakan-akan saya melihat putih kedua betis beliau (Riwayat Imam Bukhari)

Sudah menjadi adat Rasulullah SAW memakai seluar atau kain secara singkat atas buku lali.


Kesimpulannya, tidak ada hadis yang khusus mengatakan memakai Baju Melayu itu sunnah. Namun, Baju Melayu ialah termasuk daripada pakaian yang memenuhi kehendak syariat. Wallahualam

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Comments