Sejarah Baju Kurung Dan Aplikasinya Dalam Sunnah

OLEH: Taufiq Tuah

Wanita masyarakat Melayu pada awalnya mengenakan pakaian seperti berkemban. Namun setelah kedatangan Islam, masyarakat Melayu mulai mengubah pemakaian wanita tersebut dengan pakaian yang lebih menepati syariat.

Maka ditutupi lah dada-dada wanita pada busana selepas itu. Pakaian ini akhirnya dinamakan 'Baju Kurung'. Nama yang sama juga digunakan untuk merujuk kepada Baju Melayu pada ketika itu. Namun zaman telah mengubah nama mereka dan mengasingkan supaya Baju Melayu ialah busana lelaki manakala Baju Kurung busana wanita.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemunculan pakaian ini. Namun dipercayai ia merupakan gaya pengaruh baju wanita labuh di timur tengah yang sememangnya memenuhi syariat dan dapat menjaga maruah pemakainya.

Falsafah daripada Baju Kurung ini juga dicipta seperti, "Mengurung (menutup) tubuh dari tatapan, mengurung (menjaga) maruah dari santapan".

Ada juga pelbagai falsafah lain berkenaan baju kurung yang mana setiap tukang cerita juga berbeza falsafahnya. Hal ini kerana ia hanyalah kisah mulut ke mulut yang tidak dijaga sanad matannya. Namun tetap perlu dikatakan bahawa Baju Kurung mempunyai falsafah yang baik.

Penggunaan Baju Kurung pada hari ini masih diperagakan di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Namun zaman telah mengubah keiinginan anak bangsa untuk terkadang lebih memilih busana lain selain Baju Kurung. Hal ini tidak mengapa asalkan pemakaian mereka masih di dalam kerangka syariat.

Baju Kurung juga pada hari ini telah diinovasi dan dipelbagaikan dengan pelbagai variasi. Kini, keunikan Baju Kurung berbeza-beza mengikut daerah atau budaya setempat. Namun pada asal pembikinan Baju Kurung ialah tidak bercorak dan bergambar.


ADAKAH SUNNAH MEMAKAI BAJU KURUNG?
Soalan ini agak remeh, namun tetap juga akan dihuraikan di dalam artikel ini.  Rasulullah SAW tidak pernah pun mengenali Baju Kurung. Maka tiada hadis secara khusus yang menyebut tentang Baju Kurung.

Baju Kurung dijahit dengan gaya labuh dan longgar. Malah pada asalnya ia tidak lah bercorak atau bergambar. Lengannya panjang dan disertakan juga dengan 'Kain Kurung' yang juga panjang sehingga menutupi seluruh aurat wanita (kecuali di bahagian leher dan keatas). Sangat sering dikenakan dengan 'Tudung' bagi menyempurnakan pemakaian patuh syariat.

Hal ini menunjukkan bahawa memakai Baju Kurung ialah salah satu kaedah dalam menutup aurat.

ÙŠَا Ø£َسْÙ…َاءُ Ø¥ِÙ†َّ الْÙ…َرْØ£َØ©َ Ø¥ِØ°َا بَÙ„َغَتِ الْÙ…َØ­ِيضَ Ù„َÙ…ْ ÙŠَصْÙ„ُØ­ْ Ø£َÙ†ْ ÙŠُرَÙ‰ Ù…ِÙ†ْÙ‡َا Ø¥ِÙ„َّا Ù‡َØ°َا ÙˆَÙ‡َØ°َا

Wahai Asma ! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).
[ HR Abu Daud - Disahihkan oleh Syeikh Al-Bani]

Maka memakai Baju Kurung ialah pakian yang mematuhi syariat. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada sesiapa yang memakainya untuk mendapatkan redha daripada Allah SWT.

Wallahualam

- Gambar hiasan diambil dari web: Fathiyah's Dreams

Rujukan:

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments