Sejarah Songkok Dan Adakah Sunnah Memakainya?

OLEH: Taufiq Tuah



Menjadi budaya hampir semua peradaban manusia di seluruh dunia supaya menutup sebahagian kepala. Seperti Arab yang ada pada mereka Serban dan Kopiah. Di barat, budaya menutup kepala ini juga ada dan menutup kepala kebiasaannya sebagai tanpa kehormatan seseorang ataupun menghormati seseorang.

Melayu pada asalnya telah mencipta tengkolok dan tanjak. Namun setelah berberapa lama, telah muncul pengaruh India Muslim di Tanah Melayu. India Muslim ini lah yang disebut sebagai 'Peranakan Keling' di Tanah Melayu.

India Muslim ini membawa masuk pemakaian 'Songkok' di dalam Tanah Melayu membuatkan masyarakat tahu jika India itu memakai Songkok, maka dia ialah India Muslim. Setelah berapa lama, masyarakat Melayu secara beransur bertukar gaya pemakaian daripada tanjak kepada songkok. Hal ini kerana Songkok lebih mudah dipakai dan digayakan.

Lama kelamaan, Songkok pula termasuk di dalam pakaian tradisional Melayu. Songkok pada asalnya hanya bewarna hitam atau putih. Namun orang Melayu semakin lama telah menginovasikan songkok menjadi ala-ala Melayu. Maka diletakkan corak songket atau batik di tepi songkok tersebut. Malah songkok di bahagian Selatan Tanah Melayu ( Johor dan Melaka) telah menggikan sedikit ketinggian songkok tersebut.

Budaya Melayu juga sering mengenakan loket atau bunga besi pada songkok supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga songkok yang boleh dilipat dan songkok yang kalis air. Ini semua ialah inovasi Songkok di Alam Melayu sehingga kini.

Dekad ini, songkok diperagakan oleh masyarakat Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura terutamanya apabila ingin bersolat, ke majlis-majlis kenduri dan hari raya. Malaysia pula menjadikan Songkok sebagai pakaian wajib ketika memasuki dewan negeri dan ketika menerima darjah diraja.

Masyarakat Indonesia pula ada yang memanggil Songkok sebagai 'Peci'. Indonesia juga turut berkongsi adat ini bersama masyarakat Nusantara yang lainnya.

Ada sebahagian Melayu di Filipina yang mengenakan Songkok tetapi mereka memanggilnya sebagai 'Kupia'.


ADAKAH SUNNAH MEMAKAI SONGKOK?
Tidak ada hadis yang secara jelas menyatakan sunnahnya. Namun memakai songkok juga boleh mendapat pahala kerana,


ÙŠَا بَÙ†ِÙŠ آدَÙ…َ Ø®ُØ°ُوا زِينَتَÙƒُÙ…ْ عِÙ†ْدَ ÙƒُÙ„ِّ Ù…َسْجِدٍ
“Wahai manusia, pakailah perhiasanmu ketika memasuki setiap masjid” 
[ Surah Al A’raf: 31] 

Songkok ialah termasuk perhiasan orang kebiasaan ke masjid. Oleh itu ia merupakan sunnah secara umum hadis.

Wallahualam

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi





Comments