BISMILLAH..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dapat kembali semula pada kali ini. Penulis ingin memohon maaf kepada pembaca kerana tidak menyiarkan artikel bersiri selama ini. Penulis akan cuba sedaya upaya untuk menerbitkan siri Keris ini secepat yang mungkin.
Mencuci Keris (Sintuk Limau)
Oleh kerana keris disifatkan kawan kepada pemiliknya maka ianya dijaga dan dibelai dengan sebaik jagaan. Ianya disintuk limau. Sintuk limau ialah proses mencuci, merawat dan menyimpan keris dengan betul supaya tidak berkarat dan boleh digunakan bila-bila masa yang diperlukan.
A. Bahan yang diperlukan
1. Batang pisang berukuran satu meter panjang. Sebiji kelapa muda.
2. Beberapa biji buah mengkudu
3. Beberapa biji buah nanas muda
4. Beberapa biji buah limau nipis
5. Batang buluh mengikut ukuran panjang keris yang hendak dicuci atau alat untuk merendam.
6. Beberapa batang lidi
7. Kain bersih dan kain perca
8. Bunga tujuh jenis, daun pandan dan air bersih
9. Bekas bara dan kemenyan
10. Lilin atau minyak keris
11. Minyak wangi atau warangan
B. Cara mencuci
1. Pertama:
Tikamkan keris beberapa kali ke batang pisang sehingga keris itu basah. Getah batang pisang akan dapat mencuci kotoran dan karat pada mata keris tersebut.
2. Kedua :
Belah beberapa biji buah limau nipis. Gosokkan ke bilah mata keris yang telah ditikamkan ke batang pisang untuk menghilangkan saki baki karat yang ada padanya. Jika tiada buah limau nipis, boleh juga digunakan buah nanas muda atau buah mengkudu. Kadang kala batang lidi juga digunakan untuk mencungkil kotoran yang melekat di celah-celah mata keris.
3. Ketiga :
Belah buah kelapa muda dan masukkan airnya ke dalam ruas buluh yang telah disediakan. Rendamkan mata keris ke dalamnya selama lebih kurang 24 jam.
4. Keempat :
Mata keris dikeluarkan dari ruas buluh atau bekas rendaman. Seterusnya, mata keris tersebut dicuci menggunakan air bersih serta jernih. Sekiranya masih terdapat tanda-tanda karat pada keris, cuci lagi dengan menggunakan buah limau nipis hingga bersih. Bilas mata keris dengan menggunakan air bersih dan akhir sekali dengan air rendaman tujuh jenis bunga yang wangi. Kemudian sandarkan keris tersebut hingga kering. Kain yang bersih juga boleh digunakan untuk mengelap bilah mata keris, dengan menggenggam sebahagian demi sebahagian mata keris tersebut sehingga kering.
5. Kelima :
Perasapkan keris tersebut dengan kemenyan. Apabila mata keris cukup panas, sapukan minyak atau lilin untuk mengelakkannya daripada berkarat semula. Keris juga boleh disapukan dengan menggunakan minyak wangi untuk mendapatkan bau yang harum. Akhir sekali, mata keris yang telah siap dicuci akan dimasukkan ke dalam hulu dan sarung sebelum disimpan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dapat kembali semula pada kali ini. Penulis ingin memohon maaf kepada pembaca kerana tidak menyiarkan artikel bersiri selama ini. Penulis akan cuba sedaya upaya untuk menerbitkan siri Keris ini secepat yang mungkin.
PROSES KEKEMASAN KERIS
Keris yang telah melalui proses pemanasan dan membentuk, dicampurkan di dalam campuran air nasi, belerang dan garam serta dipanaskan selama seminggu. Bahagian-bahagian yang diperlukan seperti mata dilindungi oleh sejenis pelapis yang akan menghalang bahagian-bahagian tersebut terhakis. Setelah satu minggu keris tersebut dibersihkan dengan air kelapa muda atau air nenas, kemudian ia disapu dengan air limau nipis, karat yang ada dibersihkan dengan warangan (arsenic) dan disapukan dengan minyak kelapa.
Oleh kerana keris disifatkan kawan kepada pemiliknya maka ianya dijaga dan dibelai dengan sebaik jagaan. Ianya disintuk limau. Sintuk limau ialah proses mencuci, merawat dan menyimpan keris dengan betul supaya tidak berkarat dan boleh digunakan bila-bila masa yang diperlukan.
A. Bahan yang diperlukan
1. Batang pisang berukuran satu meter panjang. Sebiji kelapa muda.
2. Beberapa biji buah mengkudu
3. Beberapa biji buah nanas muda
4. Beberapa biji buah limau nipis
5. Batang buluh mengikut ukuran panjang keris yang hendak dicuci atau alat untuk merendam.
6. Beberapa batang lidi
7. Kain bersih dan kain perca
8. Bunga tujuh jenis, daun pandan dan air bersih
9. Bekas bara dan kemenyan
10. Lilin atau minyak keris
11. Minyak wangi atau warangan
B. Cara mencuci
1. Pertama:
Tikamkan keris beberapa kali ke batang pisang sehingga keris itu basah. Getah batang pisang akan dapat mencuci kotoran dan karat pada mata keris tersebut.
2. Kedua :
Belah beberapa biji buah limau nipis. Gosokkan ke bilah mata keris yang telah ditikamkan ke batang pisang untuk menghilangkan saki baki karat yang ada padanya. Jika tiada buah limau nipis, boleh juga digunakan buah nanas muda atau buah mengkudu. Kadang kala batang lidi juga digunakan untuk mencungkil kotoran yang melekat di celah-celah mata keris.
3. Ketiga :
Belah buah kelapa muda dan masukkan airnya ke dalam ruas buluh yang telah disediakan. Rendamkan mata keris ke dalamnya selama lebih kurang 24 jam.
4. Keempat :
Mata keris dikeluarkan dari ruas buluh atau bekas rendaman. Seterusnya, mata keris tersebut dicuci menggunakan air bersih serta jernih. Sekiranya masih terdapat tanda-tanda karat pada keris, cuci lagi dengan menggunakan buah limau nipis hingga bersih. Bilas mata keris dengan menggunakan air bersih dan akhir sekali dengan air rendaman tujuh jenis bunga yang wangi. Kemudian sandarkan keris tersebut hingga kering. Kain yang bersih juga boleh digunakan untuk mengelap bilah mata keris, dengan menggenggam sebahagian demi sebahagian mata keris tersebut sehingga kering.
5. Kelima :
Perasapkan keris tersebut dengan kemenyan. Apabila mata keris cukup panas, sapukan minyak atau lilin untuk mengelakkannya daripada berkarat semula. Keris juga boleh disapukan dengan menggunakan minyak wangi untuk mendapatkan bau yang harum. Akhir sekali, mata keris yang telah siap dicuci akan dimasukkan ke dalam hulu dan sarung sebelum disimpan.
KERIS, LEBIH DARI SEKADAR SENJATA?
Masyarakat Melayu dahulu amat sinonim dengan penggunaan keris sehinggakan menganggap bahawa keris mempunyai 'kuasa luar biasa'. Seperti mampu memberi kekuatan kepada si pemegang, tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa kuasa kesaktian keris hanya mampu dimiliki setelah si pemakai mengikuti syarat-syarat tertentu. Akan tetapi, keris hanya lah sebuah senjata yang ditempa daripada besi dan menjadi sebuah senjata sahaja. Lebih dari itu hanya lah sekadar cerita dan fiksyen sahaja. Sukar untuk mempercayai adakah betul ataupun sebaliknya. Penulis mensarankan agar pembaca patut mencari dengan lebih lagi mengenai sejarah keris Melayu.
Tamat... Wallahualam
___________________________
~ Pen Merah ~
Telegram: http://bit.ly/28ZmJcp
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.my/?m=1
_____________________________
BAB 1 - PENGENALAN KEPADA KERIS : https://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/11/bab-1-pengenalan-kepada-keris.html
BAB 2 - PROSES PEMBUATAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/12/bab-2-proses-pembuatan-keris.html
BAB 4 - PEMODENAN KERIS BUTKI KERIS MASIH RELEVEN DI MATA MASYARAKAT : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/05/bab-4-pemodenan-keris-bukti-keris-masih.html
Comments
Post a Comment