Rahsia Di Sebalik Duit Shiling/Syiling, "Kepala Ke Bunga?"

OLEH: Taufiq Tuah

Lazimnya kita apabila ingin menentukan giliran sesuatu hal, maka kita akan membuat pelbagai kaedah dan cara. Misalnya, ada yang akan bermain 'osom' atau 'ojus'. Di sesetengah permainan, mereka melempar dadu dan melihat siapa yang paling besar nombornya. Jika melebihi dua orang, mereka bermain 'Lat talilat tali tamplom' atau 'lalalitamplom'. Atau mereka akan membaca sifir "Ulat bulu panjat seluar siapa dulu dia yang keluar". Terlalu banyak kaedah yang dilakukan bagi menentukan giliran. Malah ada yang memberi giliran itu secara mutlak iaitu "Paling tua mula lah dahulu" atau "Paling muda kami kasi dahulu".

Di dalam banyak-banyak kaedah, artikel ini ingin menghuraikan bab undi dengan cara lempar duit shiling / syiling.

Biasanya mereka akan menyebut, "kau nak kepala atau bunga?". Apakah maksud kepala dan bunga itu?

Kepala pada duit shiling / syiling bermaksud gambar. Misalnya duit di Malaysia ketika artikel ini ditulis, kepala akan merujuk kepada corak abstrak di belakang shiling. Jika di Indonesia, kepala ialah gambar Menara Monas di belakang Shiling / Syiling.

Bunga pada duit shiling/syiling pula merujuk kepada nombor pada duit tersebut. Misalnya pada tapak yang ditulis "20 sen" atau "100 rupiah" atau "50 cents".

Tapi kenapa ia dipanggil 'Kepala' dan 'Bunga'??

Hal ini perlu kita kembali kepada zaman penjajahan Tanah Melayu di mana penjajah British akan membawa matawang mereka untuk diguna pakai di tanah jajahannya. Oleh itu, Tanah Melayu terpaksa memakai matawang dengan reka bentuk British. Pada asalnya, Tanah Melayu memakai matawang Pitih dan istilah 'pitih' itu berbeza mengikut kerajaan.

Apabila British menguatkuasakan matawang mereka di Tanah Melayu, maka rakyat pun mulai mengenal matawang yang tidak berasaskan emas dan perak. Malah, matawang ini dibuat berlandaskan ribawi penyimpan-penyimpan duit (bank) barat. Cetakannya pula bersifat Nasionalisme kepada empayar British. Oleh itu dapat kita lihat duit-duit British di Tanah Melayu akan ada gambar raja atau permaisuri Inggeris.

Di sini dapat kita lihat,
Kepala ialah kerana gambar duit ketika itu yang ada gambar kepala raja dan permaisuri Inggeris.

Bunga pula ialah kerana nombor nilai itu yang disebaliknya adalah riba. Maka disebut sebagai bunga. Hingga kini, perkataan 'bunga' diguna pakai oleh pemberi peminjam wang (ahlong / ceti) bagi menggantikan perkataan 'faedah' atau sebenarnya riba.

Sehingga kini walaupun gambar duit di tempat kita tidak lagi mempunyai gambar kepala, perkataan 'kepala' itu masih melekat di lidah masyarakat walaupun kadang-kala mereka pun tidak tahu kenapa gambar Banggunan Parlimen dengan Wau itu dipanggil 'kepala'.

Wallahualam

Rujukan:
1. Penceritaan lisan Kuliah Ustaz Abu Faruq
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________





Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments