OLEH: Pen Merah
PERPADUAN MENURUT ISLAM
Dalam Islam, konteks perpaduan ini bukan sahaja untuk bukan muslim bahkan kepada muslim sendiri. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w berjaya menyatu padukan Umat Islam walaupun mengambil masa yang lama. Penghijrahan Baginda dari Mekah ke Madinah bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ancaman dan ugutan Kaum Quraisy ketika itu yang tidak mahu menerima bahkan menentang sekeras-kerasnya ajaran Islam. Setelah Baginda sampai sahaja ke Madinah, Perkara pertama yang dibuat adalah dengan membangunkan masjid sebagai tempat untuk berkumpul bagi mendirikan solat dan bermesyuarat. Baginda juga turut mempersaudarakan Kaum Muhajirin dan Ansar. Dakwah Baginda akhirnya diterima ramai dan berkembang secara meluas di tanah Arab. Kesannya, Umat Islam telah menjadi kuat dan berjaya mengambil semula Kota Mekah kesan daripada perjuangan dan dakwah Rasulullah s.a.w dalam menyatupadukan umat Islam.
AGENDA LIBERALISASI DAN PRULARISMA MEMESONG AKIDAH MASYARAKAT.
Tidak dinafikan lagi dengan peredaran zaman kini, agenda-agenda seperti Liberaliasasi dan prularisma semakin banyak berleluasa dalam kalangan masyarakat. Bertopengkan atas nama Islam, mereka berdakwah tanpa mengira bangsa mahupun usia, malah mereka berbangga dapat menyebarkan ajaran sonsang mereka walaupun dikecam ramai. Mereka berpendapat wajar untuk memberi kesaramataan kepada semua agama untuk menyembah dan berdakwah tanpa perlunya sebarang halangan. Natijahnya, berlakunya normalisma ataupun kebiasaan dalam kalangan masyarakat akan agenda yang sonsang ini seterusnya menceruhkan lagi jati diri dan akidah anak-anak muda yang akan memimpin suatu hari nanti.Mungkin agenda ini hanya dilihat sebagai karat yang kecil di celahan besi tetapi jangan disangka mampu merebak seluruh besi. Akhir kata, berbaliklah semula kepada Al-Quran dan Hadis sebagaimana yang Rasulullah s.a.w telah ajarkan kepada kita suatu masa dahulu. Masyarakat sepatutnya perlu bersatu dan teguh dalam pendirian akidah demi memastikan tidak berlaku kepincangan akibat dari perbuatan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab ini. Cukuplah sekadar bertepuk dada tanya iman, sejauh mana keimanan dan kekuatan akidah kita dalam menghadapi cabaran penyatuan pada zaman kini?
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment