OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Raja Faisal berkata kepada Amerika:"Tidak akan ada perdamaian sebelum Yahudi mengembalikan tanah-tanah Arab yang dirampas pada tahun 1967!"Kemudian Raja faisal juga berpidato sehingga bergetar hati-hati kaum Muslimin:"Saudara-saudaraku, apa yang kita tunggu? Apakah kita mahu menunggu nurani dunia? Dimanakah nurani dunia itu?Sesungguhnya Al-Quds yang mulia memanggil kalian dan meminta pertolongan kepada kalian, wahai saudara-saudara, agar kalian menolongnya dari musibah dan apa yang menimpanya. Apa yang membuat ketakukan menguasai kita? Apakah kita takut kepada kematian? Dan adakah kematian yang mulia dan utama dari orang yang mati berjihad di jalan Allah.Wahai saudaraku kaum muslimin, kami menginginkan kaum dan kebangkitan Islam, yang tidak dimuliakan oleh kesukuan, kebangsaan, dan juga parti. Tapi dakwah Islamiyah, seruan kepada jihad fi sabilillah, di jalan membela agama dan akidah kita, membela kesucian kita. Dan aku berharap kepada Allah, jika menetapkan aku mati, maka tetapkanlah aku syahid fi sabilillah.SaudarakuMaafkanlah aku, agar kalian tidak menuntutku. Kerana sesungguhnya ketika aku berteriak, masjid mulia kita dihinakan dan dilecehkan, dipraktekkan di dalamnya kehinaan, kemaksiatan, dan penyimpangan moral.Sesungguhnya aku berharap kepada Allah dengan ikhlas. Jika Ia tidak menetapkan kami untuk berjihad dan membebaskan tanah suci, maka janganlah palingkan aku sesaat darinya di hidupku"
Pada tahun 1975 Raja Faisal wafat, dibunuh oleh anak saudaranya sendiri, Faisal bin Mus’ad di istananya. Faisal bin Mus’ad menyamar sebagai seorang delegasi Kuwait yang menunggu untuk bertemu dengan Raja Faisal. Saat Raja Faisal berjalan ke arahnya untuk menyambut, Faisal bin Musad mengeluarkan sepucuk pistol dan kemudian menembakkannya ke tubuh Raja Faisal sebanyak tiga kali das. Raja Faisal wafat dibawah rencana Yahudi dan Barat.Raja Faisal pernah berpidato yang menyebabkan hati kaum Muslimin bergetar:
Banyak orang menyangka bahawa Najd Saudi merupakan jajahan Turki Uthmaniyah sehingga mereka melabel gerakan Muwahhidun sebagai khawarij melawan Dinasti Turki Uthmaniyah!
Syaikh Abdul Aziz Abdul Latif mengatakan:
"Beberapa musuh dakwah Salafi mengdakwa bahawa Syaikh al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab telah memberontak terhadap Negara Khilafah Utsmaniyah. Sehingga dengan itu ia telah memisahkan diri dari jamaah, dan mematahkan tongkat (ikatan untuk) mendengar dan taat". (Da'awal Munawi'in li Da'wah asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab)
Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation menerangkan tentang Saudi pada hari ini:
"Secara geografiknya, Saudi dapat dipecahkan kepada 4 wilayah besar. Pertama adalah Najd, sebuah wilayah di tengah jantung Kerajaan Saudi. Keduanya adalah Hijaz, sebuah wilayah yang terbentang di persisir Laut Merah. Wilayah Asir di selatan yang berkedudukan di persempadanan Laut Merah dan Yaman, dikira sebagai wilayah ke tiga. Dan keempat adalah Hasa, kawasan berpasir di Timur Saudi, kawasan yang penuh dengan minyak dan kaya".
Namun Saudi bermula dengan sebuah wilayah kecil yang disebut sebagai Jantung Kerajaan Saudi iaitu di kawasan pedalaman, sebuah wilayah di tengah-tengah Semenanjung Arab, itulah kawasan yang disebut sebagai Najd! Dari wilayah Najd inilah kerajaan Saudi melebarkan wilayah mereka dan menakluk 3 wilayah lain dalam 2 gelombang kebangkitan dimana gelombang pertama lebih megah dan cemerlang sehingga menakluki Iraq namun kemudian diperangi oleh Turki dan Mesir sehingga mengecut dan para amir Saudi terpaksa berlindung ke Kuwait. Selang masa sekitar 30 tahun kemudian, keturunan Al Muwahhidun bangkit semula dan meletuskan gelombang kebangkitan Tauhid buat kali ke dua dan berjaya menguasai Semenanjung Arab sehingga kekal hari ini.
Alhamdulillah segala Puji Bagi Allah yang menganugerahkan Saudi dengan penguasaannya 2 Tanah Suci kepada golongan Muwahhidun. Abdul Aziz yang dalam buangan di Kuwait, ketika umur 21 tahun, membawa 40 pengikut Al Muwahhidun yang mentaatinya menuju Riyad pada Disember 1901M dan sampai ke Riyad pada Januari 1902M. Pada tahun inilah Abzul Aziz menakluk Riyad dengan 40 orang tentera sahaja! Sungguh dramatik dan ia adalah sebuah sejarah yang hebat. Lantas bermulalah detik dunia baru Islam pada era modern.
Dari satu sisi, kita melihat bahawa Kuwait dan Saudi memiliki ikatan yang sangat kuat, dimana ia lebih bersifat sejarah dan persahabatan yang akrab.
Kami mencintai Saudi dan menyayanginya, bukan kerana kami berbangsa Arab tetapi kecintaan kami adalah sepertimana kecintaan kami kepada Dinasti Umawiyah dan kerajaan Murabitun di Magribi, berporoskan kepada kegigihan mereka menjaga aqidah dan menegakkan as sunnah. Sehingga kami akan terus berdoa kepada Allah Azzawajalla untuk mengekalkan Saudi dan merahmati para ulama' dan para pemerintahnya!
Amir pertama Kerajaan Sa'ud adalah Syeikh Muhammad bin Sa'ud yang memerintah wilayah Ad Dar'iyah. Beliau bergabung dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dilantik menjadi Mufti dan Menteri Agama ad Dar'iyah.
HIJAZ ADALAH JAJAHAN TURKI DAN NAJD MERDEKA SAMPAI HARI INI
"Manakala pemasukan Hijaz ke dalam Empayar Uthmaniyah adalah lanjutan daripada pemerintahan mereka di Mesir, sementara kuasa mereka di Timur Arab adalah lanjutan daripada penaklukan mereka lembah Efrat pada 1534 apabila Sulaiman Yang Agung menakluk Baghdad. Wilayah Hasa menyerah secara sukarela kepada Uthmaniyah dalam tahun 1550"
Tetapi rupanya Turki Uthmaniyah gagal untuk menakluk setiap inci tanah di Semenanjung Arab! Ada wilayah yang terbiar dan diabaikan oleh Turki sehingga wilayah tersebut tidak tertakluk oleh sebarang kuasa dan merdeka sehingga hari ini. Madawi al-Rasheed berkata:
"Bagaimanapun Turki Uthmaniyyah gagal melebarkan jajahan mereka ke kawasan pedalam Arab, dikenali sebagai Najd. Tanpa kehadiran kuasa Uthmaniyah, bandar-bandar dan lembah-lembah di Najd telah diperintah oleh para amir, manakala konfederasi puak antara mereka telah mengekalkan kebebasan dan autonomi wilayah ini".
KENYATAAN PARA ULAMA BAHAWA NAJD BUKAN JAJAHAN TURKI UTHMANIYAH
Dr Shaleh al-Abud mengatakan:
"Secara umum Najd tidak pernah berada di bawah pengaruh negara Turki Utsmaniyah, sekalipun kekuasaannya terbentang luas, para wali negara Utsmaniyah tidak datang ke sana, dan tidak ditemukan adanya perlindungan Turki di rumah-rumah Najd saat sebelum munculnya dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah. Sehingga semua ini menunjukkan fakta sejarah kestabilan pembagian pentadbiran negara Utsmaniyah, diantarnya melalui disertasi tentang Turki berjudul: "Qawanin Alu Utsman Mudhamin Daftar ad-Diwan", ertinya "Undang-Undang Kelurga Utsman Yang Tersimpan Dalam Arkib Negara", yang ditulis oleh Yamin Ali Effendi, ia adalah sekretari untuk Arkib Khaqani, tahun 1018 H, bertepatan dengan tahun 1609 M. Melalui disertasi ini jelas bahawa sejak abad 12 H, negara keluarga Utsman terbagi menjadi 32 wilayah, di antaranya 14 wilayah Arab, dan negeri Najd tidak termasuk dari 14 wilayah itu, kecuali al-Ihsa', jika kita menganggapnya bahagian dari Najd". (Aqidah asy-Syaikh Muhammd bin Abdul Wahab wa Atsaruha fi al-Alam al-Islami).
Dr Abdullah Utsaimin pula berkata:
"Apapun alasannya Najd tidak pernah berada di bawah pengaruh langsung Utsmaniyah sebelum lahirnya dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Juga tidak pernah ada pengaruh kuat yang memaksa kehadirannya pada jalannya peristiwa dalam bentuk apapun. Sehingga tidak ada pengaruh Bani Jabr atau Bani Khalid di beberapa aspeknya, serta tidak ada pengarus al-Asyraf dalam beberapa aspeknya yang lain sebagai jenis kekuatan politik terbaru. Sedangkan perang di antara negeri-negeri Najd masih berlangsung, dan konflik antara suku-suku yang berbeza berlangsung tajam diwarnai kekerasan" (Muhammad bin Abdul Wahab Hayatuhu wa Fiqruhu, melalui Da’awa al-Munawi’in)
Bin Baz berkata:
"Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak memberontak terhadap negara Khilafah Utsmaniyah, sejauh apa yang saya ketahui dan saya yakini. Di Najd tidak ada kepemimpinan dan imarah bagi orang Turki, namun Najd adalah kepemimpinan kecil, dan desa-desa yang terbiar. Setiap kota atau desa—sekalipun kecil—memiliki pemimpin yang merdeka. Itulah kepemimpinan yang diantara mereka terjadi pertumpahan dan peperangan, serta perselisihan". (Nadwah Musajjalah ala al-Asyrithah, rakaman seminar melalui Da'awa al-Munawi'in)
MENGAPA TURKI TIDAK BERMINAT DENGAN NAJD?
Menurut Madawi al-Rasheed, ketidak-minatan Turki kepada Najd adalah sebab wilayah tersebut tidak berpotensi dari segi ekonomi dan ia bukanlah wilayah yang maju atau merupakan sebuah wilayah tumpuan manusia. Cuma Amir Hasa dan Sharif Makkah berusaha untuk menjajahnya bagi mendapatkan sedikit lebihan bahan makanan seperti ternakan dan kurma namun usaha mereka tidaak berjaya.
"Para amir di Najd menikmati kebebasan memerintah dalam wilayah yang kecil. Kedua-dua penguasa sama ada Sharif Makkah dan Amir Bani Khalid daripada Hasa cuba untuk menakluki Najd menjadi jajahan mereka dengan harapan untuk mengawal hasil pertanian yang tidak seberapa oleh masyarakatnya. Walau bagaimanapun, baik Sharif dari Hijaz mahupun Amir Bani Khalid, tidak ada yang berjaya memasukkan Najd ke dalam sfera pengaruh mereka. Najd itu pada hakikatnya bukanlah sebuah wilayah yang menarik lantaran ia hanya menghasilkan sedikit produk kurma dan ternakan sahaja". (A History of Saudi Arabia)
ULAMA HIJAZ DIBAYAR OLEH SULTAN TURKI
Madawi al-Rasheed pada kesempatan yang lain berkata: "pentadbiran di Hijaz berbeza dari Najd, yang kemudiannya terkeluar dari kawalan Empayar Turki Uthmaniyah".
]Bukti bahawa Hijaz merupakan jajahan Turki Uthymaniyah adalah: "Di Hijaz, Sultan Turki Uthmaniyah mengekalkan kuasa dengan menunjukkan Amir, yang mana gaji mereka di dibiaya dari pembendaharaan Kerajaan Turki. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga membayar gaji ulama' Hijaz" (A History of Saudi Arabia oleh Madawi al-Rasheed)
Inilah perbezaan yang disebutkan oleh Madawi al-Rasheed bahawa pentadbiran Hijaz dibayar oleh Turki manakala Najd tidak mendaapat apa-apa langsung dari Sultan Turki; sama ada penunjukan perlantikan amir, atau pembayaaran gaji amir atau pembayaraan gaji para ulaama di Najd!Semua ini menunjukkan bahawa Najd bukan termasuk jajahan Turki Uthmaniyah sehingga cukai atau zakat dari Najd tidak di salur keTurki dan begitu juga Turki tidak menyalurkan wang untuk perjalanan pentadbiraan di Najd!
GELOMBANG PERTAMA DAN PENDEDAHAN HUBUNGAN SAUDI DENGAN BARAT
Sungguh tidak disangka, kedatangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (SMAW) ke Negara Kota Ad Dar'iyah disambut mesra oleh Amir Muhammad bin Sa'ud. Lalu pada tahun 1744 berlakulah perjanjian untuk menegakkan tauhid diantara dua orang Syeikh yang memiliki nama yang serupa, Muhammad bin Saud dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Lantas ikat setia ini disebut sebagai "Baiah Dar'iyyah". (Tarikh Al-Fakhiri, tahqiq Abdullah bin Yusuf Asy-Syibl)
SMAW menerangkan bahawa tatkala keluarga Sa'ud membantu agama Allah pastilah Allah akan membantu memenagkan mereka di atas muka bumi ini.
Pada 1799 , Napoleon mendarat tenteranya di Mesir yang merupakan jajahan Turki Uthmaniyah kemudian menakluki seluruh Delta Nil, lalu segera mara ke Syria. Dalam masa yang sama British mengalahkan tentera Perancis. Namun serangan tentera barat ke atas Anatolia memerlukan perancangan yang rapi dan tentera yang banyak. Secara khusus, kekuaran ketenteraan Uthmaniyyah di Jeddah dan Mekah dan di Kufah dan Basrah telah habis. Keadaan ini menggerakkan Amir Saudiu menawan Karbala di Iraq pada tahun 1802. Diikuti kemenangan ini dengan penawanan Mekah pada tahun 1803, membawa sebahagian besar Semenanjung Arab ke dalam jajahan Saudi, bermula dari Laut Merah ke Teluk Parsi. (Prof. Dr. Nazeer Ahmed dalam artikel Shaykh ibn Abdul Wahhab of Najd yang dikeluarkan oleh http://historyofislam.com)
Turki terngadah dengan serangan Barat dan kemunculan Ajaran Tauhid yang bertentangan dengan ajaran Sufi di Turki yang terkenal dengan Lelaki Pondan Berskirt Panjang menari bagai Bapuk yang mengharap Redha Allah tetapi merupakan kebatilan yang menggiring kemurkaan Allah! Lantas satu gerakan tentera diwujudkan oleh Turki di bawah komandan Muhammad Ali Pasha (w 1849) yang merupakan berketurunan Albania yang membesar saat meletus Perang Turki-Napolean, kemudian diangkat menjadi Gabenor Mesir. Tentera Mesir inipun melancarkan perang pada tahun 1812 kemudian setahun setelah itu Makkah jatuh ke tangan Turki. Pada tahun 1818, dengan menggunakan meriam, peluru besi turun ke muka Dar'iyyah ibarat hujan. Natijahnya Dar'iyah berantakan dan tewas ke tangan Mesir. (Prof. Dr. Nazeer Ahmed dalam artikel Shaykh ibn Abdul Wahhab of Najd).
Negara Saudi musnah, semua jajahan di rampas oleh Mesir yang bertuankan Turki. Keturunan Muwahhidun terpaksa hidup dalam buangan di Kuwait. Namun sebuah episod yang menunjukkan Kerjasama Mesir-Turki dengan Barat terserlah pada saat ini malah ia juga adalah catatan sejarah yang menunjukkan bahawa Saudi dibenci oleh Barat.
GELOMBANG KEDUA DAN SIRI PEPERANGAN KELUARGA DIRAJA SAUDI
Amir Abdullah bin Saud wafat pada 1818 akibat di pancung di Istambul, lalu kepimpinan dipindahkan kepada anaknya yang bernama Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud. Dalam peperangan yang berlanjutan sehingga 1821–1834M yang mana akhirnya seluruh Dar'iyah terjajah maka Amir Turki melarikan diri di tengah padang pasir dan berlindung dalam kabilah Bani Tamim.Pada tahun 1821, Amir Turki berjaya menawan Riyad dan menjadikannya sebagai ibu negara bagi mentadbir. Namun tidak di sangka bahawa sepupunya cuba untuk memberontak pada tahun 1827 namun beliau terselamat dari dibunuh oleh Abdul Rahman bin Mushari. Walau bagaimanapun takdir tuhan tidak dapat ditolak dimana kemudiannya Amir Turki dibunuh oleh sepupunya itu pada tahun 1834. Kepimpinan diambil alih oleh anaknya yang bernama Faisal, yang berada di dalam operasi ketenteraan ke timur Semenanjung Arab.
Sebenarnya Faisal merupakan tawanan perang yang di hantar ke Mesir setelah Dar'iyah dikalahkan, namun dia berjaya meloloskan diri dan kemudian bergabung dengan ayahnya, Amir Turki yang berlindung di tengah-tengah Bani Tamim. Faisal bergegas kembali ke Riyad setelah mendapat khabar pembunuhan ayahnya. Tenteranya menyerbu istana dan membunuh Mushari, sepupu jauh Turki bin Abdullah.
Dar'iyah dan Riyad terus mendapat tentangan dari Kerajaan Uthmaniyyah. Gabenor Mesir, Khurshid Pasha mengambil langkah politik untuk mendokong Khalid bin Saud, ahli keluarga Sa'ud yang kepingin menjadi Amir dan merupakan boneka Tukri Uthmainyah. Serangan berlaku ke atas Riyad sehingga Amir Faisal terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1838 Amir Faisal cuba mencapai kata sepakat dengan Khurshid Pasha, tetapi terpaksa hidup dalam pembuangan buat kali kedua di Kaherah. Pada tahun 1843, Amir Faisal melarikan diri dari tawanan dan kembali ke Riyad lagi.
Amir Faisal mengalahkan Abdallah bin Thunayyan dengan mudah dimana dia telah memberontak terhadap Khalid bin Sa'ud. Kemudian Faisal mengadakan hubungan kekeluargaan dengan Al Rashid daripada Hail. Abdullah bin Rashid memainkan peranan penting dalam kejayaan Dinasti Saud pada permulananya, dan kedua-dua keluarga dijalinkan ikatan darah melalui perkahwinan. Sebagai balasan, Faisal melantik Abdullah sebagai Amir Ha'il. Inilah kisah bagaimana Ha'il ditadbir oleh keluarga Al Rashid, yang mana ia merupakan tanah jajahan Saudi pada awalnya. Faisal memerintah dengan jayanya sehingga kematiannya pada tahun 1865.
Kematian Amir Faisal menyebabkan 4 orang anak mereka bertelagah bagi merebut kuasa. Abdur Rahman bin Faisal bergabung dengan Muhammad bin Faisal lalu bergabung dengan Saud bin Faisal, di satu pihak yang lain adalah Abdullah bin Faisal yang menguasai Al Hasa. Pada 1871M Riyad jatuh ke tangan Saud bin Faisal. Abdul Rahman bin Faisal di hantar oleh Saud bin Faisal ke Baghdad untuk berunding dengan kerajaan Turki Uthmaniyah tetapi setelah 2 tahun berunding, misi ternyata gagal.
Selepas kematian abangnya, Saud bin Faisal pada tahun 1875, Abdul Rahman diiktiraf sebagai pengganti, tetapi Riyad ditakluk oleh abangnya (Abdullah bin Faisal) dalam tempoh setahun sesudah dia berkuasa lalu beliau dipaksa turun takhta dan di tawan. Tetapi kedudukan Abdullah tidak lama tenteram kerana anak-anak Saud bin Faisal merangcang untuk menuntut kembali warisan ayah dan membebaskan bapa saudara mereka, Abdur Rahman dari tawanan. Lantas pada 1887 Abdullah bin Faisal dikalahkan.
Terus Amir Ha'il membela Abdullah bin Faisal dengan membuat pertukaran dengan Abdur Rahman bin Faisal. Anak-anak Saud bersetuju lalu membebaskan Abdullah bin Faisal sebagai ganti mendapatkan bapa saudara mereka yang disayangi, Abdur Rahman bin Faisal. Amir Ha'il melantik Abdullah bin Faisal sebagai Amir di Riyad sesudah itu tetapi pada 1889, Abdur Rahman telah kembali menyerang dan Riyad. Walau bagaimanapun, takdir tidak menyebelahinya lantas dia dikalahkan pada Pertempuran Mulayda. Natijahnya Abdul Rahman dan keluarganya terpaksa melarikan diri.
Tepatnya pada tahun 1890 ketika keluarha Al Rashid menguasai Riyad dimana Abdul Aziz berumur 15 tahun terpaksa melarikan diri bersama-sama kaum keluarganya di gurun Rub al-Khali menuju Qatar, sehingga kemudian bernaung kepada Keluarga Al Khalifa di Bahrain, dan akhirnya dengan Keluarga Al Sabah di Kuwait
Selepas kekalahan di Peperangan Sarif pada tahun 1901, Amir Abdur Rahman mewariskan semua cita-cita dan impiannya kepada anak beliau, Abdul Aziz. Kepimpinan dipindahkan kepada Abdul Aziz. Riyad perlu dikembalikan kepada keluarga Saudi maka bergeraklah Abdul Aziz bersama saudara mara nya dan pendokongnya seramai 40 orang. Pada 15 January 1902, Amir Ajlan yang menguasai Riyad tewas dan bermulalah Gelombang Ketiga Kerajaan Saudi.
KERAJAAN SAUDI MENAKLUKI JAJAHAN KERAJAAN TURKI : GELOMBANG KE TIGA
Dari tahun 1902 hingga 1904M, dari Riyad, Amir Abdul Aziz melakukan kempen menakluk seluruh wilayah Najd. Keturunan Keamiran Rasyid yang berkuasa di Ha'il terdesak lalu memanggil bantuan daripada sahabat mereka iaitu Turki Uthmaniyah namun tentera Kerajaan Saudi mampu mengawal kedaulatan Najd dari penjarahan Turki. Dengan taktikal perang yang hebat serta serangan gerila menyebabkan Tentera Turki dipanggil pulang oleh Pemerintah Turki. Dengan kematian Amir Rasyid pada 1906M maka Saudi berjawa menakluh setiap inci tanah di Najd. (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
Kemudian Amir Abdul Aziz tidak mahu duduk diam dan berusaha untuk membebaskan tanah aran yang lainnya dari kesyirikan dan kebid'ahan, dia melanjutkan tenteranya ke Hasa dan Teluk Arab yang ketika itu merupakan sebahagian dari Jajahan Turki. Dalam masa melihat kemunduran Turki akibat dasar sekular yang dijalankan oleh Turki sendiri dan juga parahnya bid'ah dan khurafat yang diamalkan dan diyakini oleh para Sultan Turki sehingga Turki menjadi "negara yang menunggu masa untuk rebah" serta sikap British yang tidak mahu ambil peduli tentang pergolakan di Tanah Arab melainkan menjaga boneka mereka iaitu Sharif Husein di Makkah, maka Saudi berfikir bahawa Hasa akan mudah ditakluki yang terbukti pada tahun 1913M, Hasa menjadi wilayah Saudi. (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
Ketika ini 2 wilayah telah berjaya dibebaskan dari cengkaman syirik dan bid'ah; Najd dan Hasa. Namun aqidah tauhid harus terus disebarkan. Turki yang penuh dengan khurafat, seperti peraturan setiap sultan Turki yang naik perlu sujud di kubur keramat, dan segala macam aqidah syirik yang tersangkut pada bangsa Turki, hatta dikhabarkan bahawa hadis "Pemimpin itu dari bangsa Qurayish" juga dilarang penyebarannya, perlu dibenteras kerana Islam tidak kenal akan ajaran sebegitu. Malah sejak pertengahan tahun 1850-an lagi, Turki telah melaksanakan dasar sekular dengan mengistiharkan Perjanjianj Kamar Merah dan Perjanjian Humayun. (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
Untuk mengukuhkan kuasa Saudi maka pada tahun 1916M telah berlaku perjanjian antara Abdul Aziz dengan Keturunan Sharif Rasyid yang memerintah di Ha'il. Tidak lama kemudian, sekitar setahun dari perjanjian ini, Abdul Aziz menyerang Hijaz yang dikuasai oleh Golongan Talam 2 Muka iaitu Sharif Husein. Dikatakan Talam Dua Muka lantaran Sharif Husein adalah amir yang ditunjuk oleh Turki tetapi membuat komplot dengan British, sehingga British menugaskan pegawai mereka bernama Lawrance untuk membantu Sharif Husein dalam memulakan Revolusi Arab dan menentang Turki. Pada tahun 1920, Saudi menguasai Asir dan kemudian setahun setelah itu Ha'il telah jatuh secara mutlak ketangan Amir Abdul Aziz. (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
Setelah berjaya menguasai Najd, Hasa, Ha'il dan Asir, maka Amir Saudi memalingkan wajahnya dan mula merenung Hijaz yang di bawah pengaruh British, maka dilakukan politik "tunggu dan lihat". Selama 3 tahun percumbuan jalang Sharif Makkah dengan British berlangsung namun ia mula meretak. Sharif Husein merasakan British tidak akan menunaikan janji untuk menabalkan dia sebagai 'Khalifah Al Uzma' maka pada Mac 1924M Sharif Husein mengistiharkan diri sendiri sebagai Raja Aran dan Khalifah al Uzma. Amir Saud yang melihat bahawa hubungan sulit antara British dan Makkah telah menjadi hambar maka pada bulan September berlaku serangan ke atas Thaif kemudian selang beberapa masa sahaja seluruh Hijaz termasuk makkah dan Madinah berjaya di bebaskan dari cengkaman Talam Dua Muka dan berjaya dimerdekakan dari Turki dan British! (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
Lantas pada tahun 1925M seluruh wilayah jajahan Saudi berpadu dan Amir Abdul Aziz diangkat oleh penduduk jajahannya sebagai Raja Hijaz dan Sultan Najd. Tujuh tahun sesudah itu, bertepatan pada 23 September 1932M, Kerajaan Arab Saudi diistiharkan tertegak secara rasmi di muka bumi. Ia adalah penerus kepada legasi kerajaan Islam dan jika Turki dianggap sebagai Khalifah maka Saudi juga layak untuk dianggap sebagai Khalifah. Namun penguasa Saudi tidak mahu memaskai gelar itu, tetapi cukuplah mereka memakai gelar yang lebih wara' iaitu "Pelayan Dua Tanah Suci". (Fouad Farsy dalam Modernity and Tradition: The Saudi Equation)
PERJANJIAN DARIN ANTARA SAUDI DAN BRITISH
Pada 26 December 1915M telah ditandatangani satu perjanjian antara Kerajaan Saudi dengan British dimana wakil Saudi adalah Amir Abdul Aziz dan wakil British adalah Sir Percy Cox. Perjanjian tersebut diturunkan di atas pulau Darin yang dilakukan oleh British demi menjaga tanah jajahannya seperti Kuwait, Qatar dan beberapa wilayah lain dari serangan Kerajaan Saudi. Amir Abdul Aziz setuju untuk tidak menyerang Kuwait dan Qatar tetapi tidak memberi jaminan untuk mengekalkan Sharif Mekah.
Perjanjian ini menunjukkan bahawa hubungan Saudi dengan British pada kacamata yang sebenar, bukan seperti kisah dusta dari para manusia tolol yang suka menebar fitnah atas Saudi. Hakikatnya Perjanjian Darin adalah bukti ketakutan British kepada kuasa Saudi dan sekaligus menunjukkan bahawa telah berlaku serangan dalam beberapa siri pertempuran yang dilakukan oleh Saudi ke atas negeri jajahan British.
Jelas menunjukkan bahawa Bristish dan Saudi adalah musuh sehingga mereka terpaksa mengikuat sebuah perjanjian untuk memastikan Saudi tidak menakluk Kuwait, Qatar dan beberapa wilayah British yang lainnya. Kesan daripada perjanjian ini adalah kemerdekaan Kuwait dan Qatar terlaksana sehingga hari ini malah Kerajaan Saudi terlihat dalam peta dunia.
LAWRANCE DI HANTAR MEMBANTU SHARIF MAKKAH DALAM PEMBERONTAKAN ARAB
Mungkin British telah boleh meramal sikap Saudi yang tidak akan membiarkan Makkah dikuasai oleh Talam Dua Muka, maka mereka menghantar Thomas Edward Lawrence kepada Sharif Husein bagi menjamin kuasa British ke atas Hijaz setelah perjanjian Darin ditandatangani dan sebagai perancang dalam Revolusi alias Pemberontakan Arab.Lagipula pada 5 Jun 1916 telah berlaku Pemberontakan Arab (Revolusi Arab) apabila Sharif Hussein ibn Ali menyerang tentera Uthmaniyyah di Madinah dalam usaha untuk merampas kota suci tersebut dan juga mengawal stesen keretapi Turki. Selepas tiga hari penyerangan dari Sharif Makkah, Uthmaniyyah mengarahkan 12,000 tentera yang diketuia oleh Fakhri Pasha bagi menggempur pemberontak yang dilakukan oleh Sharif Makkah.
Sebagai langkah seterusnya adalah pada 10 Jun 1916 maka Sharif Husein mengistiharkan pemberontakan secara rasmi di Makkah. Anaknya, Abdullah melakukan pengepungan ke atas Thaif. Kerajaan British di Mesir menghantar Lieutenant T.E. Lawrence yang sebelum itu mahir dalam ilmu arkeologi untuk membantu Sharif Hussein di Hijaz pada bulan Oktober 1916. (Parnell, Charles L., CDR USN "Lawrence of Arabia's Debt to Seapower" US Naval Institute Proceedings (August 1979))
Semasa dalam perang, Lawrence berjuang bersama tentera Sharif Makkah di bawah pimpinan Faisal, seorang lagi anak Sherif Hussein, dalam operasi gerila yang dihadapkan keatas pasukan tentera Turki Uthmaniyyah. British tidak sahaja mendatangkan Lawrance tetapi turut menghantar pasukan Armada Laut Diraja British bagi menghadapi tentera Turki di Yanbu pada Disember 1916. (Parnell, Charles L., CDR USN "Lawrence of Arabia's Debt to Seapower" US Naval Institute Proceedings (August 1979))
Serangan yang serupa dilakukan oleh Armada Tentera Laut Diraja British apabila Fakhri Pasha cuba mengambil Rabegh pada awal Januari 1917. (The Arab Revolt, 1916-18 - Ottoman Empire, dalam web www.nzhistory.net.nz)
Setelah tamat Pemberontakan Arab yang digerakkan oleh Sharih Makkah keatas Turki, Lawrance pulang ke UK dengan pangkat Kolenel. Pada tahun 1919 dia dilantik menjadi penyelidik di Oxford lalu memberikan cukup masa untuk menulis seluruh pengalaman peperangannya dalam sebuah buku biografi berjodol Seven Pillars of Wisdom.
Sumbangan besar Lawrence untuk Pemberontakan Arab adalah dengan meyakinkan Keluarha Sharif Hessein untuk menyelaraskan tindakan mereka dalam menyokong strategi British untuk menewaskan Turki Uthmaniyah.
Justeru adalah sangat bodoh dan menjadi musibah pada dirinya apabila seseorang percaya bahawa Lawrance adalah perisik Bristih untuk berkerjasama dengan Saudi. Kebodohan ini adalah setaraf dengan keldai malah kemungkinan lebih dahsyat dari keldai!lantaran tidak ada kitab sejarah pun yang mengatakan bahawa Lawrance adalah perisik yang ditugaskan untuk mendampingi Saudi, malah semua bukti sejarah termasuk catatan rasmi kerajaan British menyatakan bahawa Lawrance ditugaskan membantu Sharif Husein yang mana muftinya adalah Ahmad Zaini Dahlan.
Juga buku tulisan Lawrance sendiri menjelaskan perjalanan hiduonya bersama Sharif Makkah dan anak-anak sharif!Lantas, orang yang percaya dengan kisah hikayat dan dongengan ini pastilah manusia jahil yang menggunakan otal lembu dan keldai!
PERJANJIAN JEDDAH ANTARA SAUDI DAN BRITISH
Pada 20 Mei 1927M berlaku satu perjanjian yang ditandatangani antara Saudi dengan British di Jeddah bagi menggantikan Perjanjian Darin (1915). Perjanjian ini diadakan untuk memastikan wilayah-wilayah British tidak ditakluk oleh Saudi setelah Makkah dikuasai pada 1925 yang telah menamatkan penguasaan Sharif Hussein bin Ali, sekaligus menamatkan pemerintahan selama 700 tahun keluarga Sharif. Pada 8 Januari 1926, Amir Abdul Aziz mengistiharkan sebagai Raja Hijaz dan Sultan Najd. Lantas keadaan ini mendorong British untuk mengikat sebuah janji agar kepentingan British dan wilayah2 jajahan British yang lain tidak di bebaskan oleh Saudi.Justeru Perjanjian Darin (1915) dan Perjanjian Jeddah (1927) menjadi bukti bahawa Saudi bukanlah penjilat British malah ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya musuh sehingga terpaksa mengikat sebuah perjanjian damai.Sungguh orang yang mengatakan bahawa Saudi adalah talibarut British adalah manusia yang jahil lagi bodoh dan mungkin hatinya penuh dendam kesumat, malah aqalk mereka lebih rendah dari keldai.
SERANGAN KEATAS ARMADA TENTERA LAUT DIRAJA BRITISH OLEH SAUDI
Pada 1806M, Kerajaan Saudi dan Tentera Bani Qawashim melakukan serangan terhadap Armada Tentera Laut British sehingga perairan Teluk berada di bawah kekuasaan mereka. Saudi bermatlamat untuk memerdekakan seluruh Tanah Arab yang di jajah oleh orang kafir. (Lihat ad-Daulah al-Utsmaniyyah kar. Dr Jamal Abdul Hadi sebagaimana dalam ad-Daulah al-Utsmaniyyah Awamilin wa Asbabis Suquth karya Dr. Ali Muhammad Ash-Sholabi (terj. Bangkit dan Runtuhnya Daulah Khalifah Utsmaniyyah))
Ketika Ibrahim Pasya yang merupakan anak kepada Gabenor Mesir berjaya menumpaskan Kerajaan Saudi maka British mengutus Kapten George Forester Sadleer dari Rejimen 47, untuk mengucapkan tahniah serta membuat pakatan bersama dalam memerangi kaum Qawashim yang merupakan pengikut Salafi. Inggeris menawarkan armada lautnya untuk menghapuskan kaum Salafi dan berharap Mesir akan menggempur melalui jalan darat (rujuk: J.J. Lurimer, Dalil al-Khalij at Tarikhi).
Kerjasama ini juga dinyatakan dalam buku yang ditulis oleh J.B. Kell yang mencatit perkataan Sadler: "bahawa saya gembira dengan kejayaan Ibrahim terhadap Wahabi dan bahawa jika Pasha mempunyai sebarang niat untuk meneruskan perlawanan terhadap Tentera Bani Qawasim (yang menentang Tentera British di Teluk Arab untuk berpuluh-puluh tahun) saya dengan senang hati akan memberi pinjam kepadanya kapal-kapal untuk mengangkut tenteranya". (rujuk: J.B. Kelly, Britain and the Persian Gulf 1795-1880).
PENGAKUAN BARAT UNTUK MELAWAN SALAFI
Serajawan Peranchis, Almosio Sidio dalam bukunya The General History of the Arabs telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Adel Zaiter menyebutkan rencana Barat dalam mewujudkan istilah Wahabi agar gerakan Salafi ditentang. Dia menulis apabila Perancis dan England mengetahui wujud pakatan yang dibuat antara Syaikh Muhammad dengan Ibn Sa'ud bagi membangkitkan semangat agama danmembudayakan ilmu sehingga banyak orang Arab menyertai mereka, maka mereka ini ditakuti akan menyedarkan umat Islam, yang kemudian menjadi kuat seperti di zaman Khalifah Umar ibn al -Khattab. Mereka juga ditakuti akan menyebabnya meletus Jihad yang mungkin membawa kemenangan Islam. Jadi Britain dan Perancis menghasut Khalifah Uthmaniyyah untuk melawan gerakan yang mana Barat istilahkan sebagai 'Wahabi'. Tugas ini diserahkan kepada Muhammad Ali. (rujuk: Ahmad Ibn Hajar Ibn Muhammad al-Butami al-Bin Ali, Shaikh Muhammad Ibn Abdul-Wahhab: His Salafi Creed, Reformist Movement and Scholars' Praise of Him)
Dr Muhammad Saad ibn ash- Shuwai'ir menulis:
"Perjalanan ke Arab diambil oleh pegawai British Sadlier dari Rejimen ke-47, sebagai utusan kerajaan British di India, dengan diikuti rombongan besar terdiri dari kebanyakannya orang Turki, sebahagian besar terlibat dalam konspirasi untuk memusnahkan dakwah salafi, dimana dakwah salafi menjadi simbol penyatuan kebangkitan Islam. Sadlier mengambil perjalanan sukar dari India ke Riyad, kemudian ke kawasan 'padang jarak padang tekukur' di Dir'iyyah, yang telah dibakar hingga ranap menyembah bumi oleh Ibrahim Pasha. Mengikut plot keterlibatan British, Sadlier mahu secara peribadi mendapatkan maklumat tentang Negara Islam yang telah ditubuhkan di Arab Saudi yang begitu memuncakkan kesedaran Islam. Dia juga mahu mahu melihat sendiri kemusnahan Dakwah Salafi yang menyebabkan wujud kebimbangan dan kegusaran kepada kerajaan British. Perjalanan Sadlier ini juga merupakan sebuah gambaran kebencian British terhadap Islam, kebencian yang terus didorong oleh mubaligh Kristian yang fanatik dan diarahkan oleh cara menipu dan pemikiran Orientalis". (rujuk: Dr Muhammad Saad ibn ash-Shuwai'ir, Correcting a Historical Mistake About the Wahhabiyyah)
Sadleir sendiri dalam bukunya berjoldol 'Diary of a Journey Across Arabia, 1819' memberi penerangan tentang perbezaan antara Wahabi dan Ibrahim Pasha. Dia telah bertemu seorang Badwi di Najd yang menerangkan bahawa 'Wahabi' melakukan solat 5 waktu seharian walau dalam keadaan musafir dan walau dalam keadaan yang sukar! Kemudian Sadleirmenerangkan watak Ibrahim Pasha sebagai kaki botol dan sering menzalimi orang bawahannya serta pekerjanya. Tetapi apabila Ibrahim melalui Makkah maka Ibrahim meninggalkan tabiat minum araknya dan memusnahkan arak yang dibawanya dari Kaherah.
KITAB PARA ULAMA YANG MENERANGKAN HAKIKAT SEBENAR
1) Tashih Khathta' Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah karya Asy-Syuwai'ir
2) Bara'ah Da'wah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab min Tuhmah Al-Khuruj 'Ala Ad-Daulah Al-Utsmaniyah karya Al-Gharib
3) Kasyfu Al-Akadzib wa al-Syubuhat 'an Da'wah Al-Mushlih Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab karya Shalahudin Al Syaikh
4) Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah karya Ash-Shalabi (Pustaka Al-Kautsar, 2004)
Peta Kerajaan Uthmaniah
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment