OLEH: Taufiq Tuah
Contoh batu megalitik yang terdapat di Negeri Sembilan
Batu Megalitik di dalam Malaysia sahaja telah direkodkan dengan ratusan bilangan. Iaitu angka bilangannya hampir mencecah 400. Para pengkaji percaya bahawa pastilah banyak lagi batu megalitik selain yang telah direkodkan.
Persoalan sebenar yang timbul ketika saya mula mengenali batu megalitik ini ialah, apakah fungsinya di dalam sosiobudaya Minangkabau? Hasil daripada pembacaan dan kajian saya, terdapat dua pandangan tentang fungsi batu tersebut.
Pandangan Pertama: Ia merupakan makam orang-orang kenamaan. Semakin besar saiz batu megalitik, semakin penting lah kedudukannya di dalam masyarakat. Juga didakwa bahawa batu megalitik yang terbesar ialah makam Datuk Perpatih Nan Sebatang. Adapun begitu, kajian arkeologi dijalankan pada batu megalitik untuk mencari jasad di bawah batu tersebut. Namun, tiada sebarang jasad ditemui menjadikan pandangan pertama ini kurang tepat kerana tidak bersandarkan bukti.
Tidak terlupa juga ada pandangan orang tempatan yang mengatakan batu megalitik ialah batu hidup kerana semakin hari saiznya akan menjadi semakin besar.
Pandangan Kedua: Batu megalitik ialah tempat bagi masyarakat untuk memuja semangat untuk membantu dalam hal-hal pertanian. Hal ini akan terkait dengan hubungan mistik di antara masyarakat dahulu dengan semangat-semangat tertentu. Juga ada yang tidak menghadkan ketika pertanian sahaja malah itu ibarat tempat memint pertolongan. Walaupun pada ketika itu Minangkabau telah menerima Islam, tidak dapat menyangkal bahawa kesyirikan masih terpahat di dalam kelakuan mereka. Malah sehingga kini juga masih ada Muslim yang syirik dengan tangkal dan ayat wafak.
Oleh itu, pandangan kedua sebenarnya lebih tepat kerana bukti jasad di bawah batu megalitik belum pernah ditemui. Namun, itu tidaklah menafikan untuk pandangan ketiga iaitu,
Pandangan Ketiga: Mungkin sahaja ia merupakan makam orang kenamaan yang kemudiannya datang orang-orang selepas itu berdoa di situ atas alasan bertabaruk dengan kubur orang kenamaan. Generasi ke generasi 'tabaruk' ini berterusan dan akhirnya menjadi suatu ritual pemujaan. Saya kira mungkin juga hal ini yang berlaku memandangkan 2 pandangan ini boleh timbul dikalangan masyarakat setempat dan sejarawan.
Perlu juga diketahui bahawa batu megalitik bukan sahaja ada di dalam Nusantara. Luar Nusantara juga terdapat batu megalitik tersendiri dengan kepercayaan versi mereka sendiri.
Stonehenge di Sweden juga merupakan salah satu contoh batu megalitik di luar Nusantara.
Stonehenge.
Islam tidak pernah menetapkan sebarang ritual untuk berhubung dengan tuhan melainkan solat dan berdoalah di dalam solat tersebut. Kewujudan batu megalitik di dalam sirah moyang kita bukanlah asbab perlu kita mempertahankan budaya syirik tersebut. Malah sebenarnya perlu kita banteras agar, cucu-cicit kepada moyang kita akan kembali ke jalan yang benar. Semoga Allah SWT mengampuni dosa moyang-moyang kita yang telah tersilap pilih haluan budaya ketika itu. Wallahualam.
Rujukan:
1. Sejarah Naning, Luqman Nulhakim Harzamar, Geroda Merah, 2018
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment