Siapakah Yang Membawa Islam Di Hulu Melaka?

OLEH: Taufiq Tuah

Artikel ini ingin membawa para pembaca untuk mengetahui siapakah yang membawa dakwah Islam ke Hulu Melaka. Melaka secara umumnya menerima Islam sejak awal lagi apabila  Parameswara, pengasas Melaka sendiri yang memeluk Islam pada tahun 1409 Masihi. Kemudiannya, nama Parameswara lebih dikenali sebagai Raja Iskandar Syah. Umum juga mengetahui bahawa seluruh orang Melayu dan orang laut di Melaka telah memeluk Islam selepas keislaman Parameswara.

Namun keislaman Melaka secara umumnya tidak lah sampai memperngaruhi orang-orang asli. Ketika zaman berganti waktu, Melaka dipegang oleh Sultan Muzaffar Syah. Seperti yang kita tahu, zaman Sultan Muzaffar Syah ialah zaman kegemilangan Melaka.

Selepas berberapa waktu, Sultan Muzaffar gusar kepada serangan Orang Asli dari Hulu Melaka. Sebenarnya kawasan Hulu Melaka ialah tempat pendudukan Orang Asli. Namun ia dipanggil 'Hulu Melaka' kerana ia terletak di bahagian hulu empayar Melaka.

Bagi membendung sebarang penyerangan daripada Orang Asli, Sultan Muzaffar berfikir untuk mengislamkan penduduk Orang Asli kerana umumnya, Islam tidak akan menyerang Islam. Lalu dijemput seorang tokoh kenamaan daripada Pagar Ruyong untuk mengislamkan penduduk Hulu Melaka. Tokoh yang dimaksudkan ialah Datuk Perpatih Nan Sebatang iaitu pengasas kepada adat perpatih bagi orang Minangkabau.

Lalu Datuk Perpatih pun mempersiapkan rombongannya beserta berberapa suku Minangkabau. Suku awal yang dibawa oleh Datuk perpatih ialah, Seri Melenggak (Semelenggang / Somolenggak / Ular-Ular), Tiga Batu (Tigo Batu / Tonggo) dan Mungkal (Utar-Utar). Perlayan mereka melalui Selat Melaka menggunakan Lancang Kuning. Di mana dikatakan ada seekor lebah telah mengekori puncak layar Lancang Kuning tersebut.

Sesudah sampai ke Melaka, Sultan Muzaffar menitahkan untuk berdakwah di Hulu Melaka dan ingin memberi gelaran 'Sultan' kepada Datuk Perpatih. Namun gelar itu ditolak dengan baik oleh Datuk Perpatih dengan alasan "Tidak ada dua nakhoda di atas satu kapal". Lalu Sultan Muzaffar memberikan gelar 'Penguasa Hulu' kepada Datuk Perpatih. Gelar 'Penguasa Hulu' itu diberikan dengan kedudukan sedarjat sebagaimana Bendahara Melaka. Namun, lama kelamaan istilah 'Penguasa Hulu' itu dipendekkan menjadi 'Penghulu'

Perletakan Penghulu daripada Sultan Melaka di Hulu Melaka akhirnya membuktikan bahawa Hulu Melaka ialah milik kerajaan Melaka.  Namun sejarawan masih memperbincangkan hal ini kerana Naning mempunyai adat yang berbeza daripada Melaka umumnya. Kemudian Datuk Perpatih pun meneruskan perjalanan ke Hulu Melaka. Perjalanan bukan sahaja diikuti 3 suku Minangkabau tadi, malah ada beberapa keluarga dari Melaka sendiri ikut serta rombongan itu. Akhirnya golongan ini dinamakan sebagai suku 'Anak Melaka' atau 'Anak Molako'. Sesampai di destinasi, Hulu Melaka diberi nama "Naning" bersempena nama lebah yang mengekori Lancang Kuning itu.

Datuk Perpatih pula digelar 'Dato Penghulu Undang Naning' atau juga Dato Naning. Benar, Datuk Perpatih merupakan Dato Naning yang pertama. Akhirnya Hulu Melaka (Naning) telah berjaya di Islamkan dan mereka hidup mengikut acuan Adat Perpatih.

Maka kesimpulannya, Datuk Perpatih Nan Sebatang lah yang telah mengislamkan Hulu Melaka. Juga fahamlah kita bahawa adat Perpatih pertama sekali bertapak di Semenanjung Tanah Melayu ialah di Naning, Melaka.
Wallahualam.


Rujukan:
1. Sejarah Naning, Luqman Nulhakim Harzamar, Geroda Merah, 2018

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments