Tentera Penglipurlara Turki Ketika Perang Dunia I


OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Dalam era pemerintahan Mahmud II (1808 - 1839M), diwujudkan sebuah jawatan imam rasmi untuk pasukan tentera yang turut berperanan sebagai pemberi semangat dan pendidikan di dalam ketumbukan askar. Dalam peperangan Dunai Pertama, Izmirli Ismail Hakki dan Ali Vahid Uryanizade telah menulis buku teks yang digunakan secara rasmi dalam tentera.

Perkara ini dilakukan kerana semangat pasukan tentera Turki semakin menjuman akibat kekalahan yang sering terjadi, hinggakan usaha untuk menaikkan semangat mereka perlu dilaksanakan, termasuk mengobarkan semangat jihad dan mati syahid.


PENUBUHAN BATILION SUFI MEVLEVI

Pada tahun 1915 di Konya, dibentuk pasukan Batilion Sukarelawan Mevlev dengan kekuatan 800 orang yang disebut Mevlevi Gonullu Taburu atau Mevlevi Alayi. Matlamat utama pembentukan pasukan ini adalah untuk memberi semangat kepada pasukan tentera Turki di mendan tempur.Malah ia adalah bahan propaganda Turki untuk menarik dokongan kaum muslimin agar mendokong tindakan perang yang dilancarkan oleh Turki Uthmaniyah.

Lantaran itu, akhbar rasmi Turki bagi misi peperangan - agen propaganda Turki - yang berjodol Harb Mecmuasi (Jurnal Perang) sering memaparkan gambar para sufi ini di medan tempur. Pada sekitar Mac 1915, jumlah batilion ini mencecah lebih 1000 orang sufi yang kebanyakannya datang dari Anotolia, kemudian dari tempat-tempat yang lain seperti Jerussalam, Tripoli, Homs dan Lakatia.

Pada Mac 1915 setelah mencapai jumlah yang banyak, maka batilion ini di hantar menuju ke Damsyik untuk bergabung dengan Pasukan tentera Ke-4 di bawah Kamal Pasha. Rejimen Mevlevi ini ditugaskan untuk memberi ceramah keagamaan dan meningkatkan semangat perjuangan para tentera, serta tugas-tugas logistik seperti mengawal, melakukan kerja transportasi dan pembinaan.

Kerajaan Turki tidak mewujudkan pasukan Sukarelawan Sufi selain dari 2 tarikat ini. Maka wujud keinginan dari beberapa tarikat untuk turut masuk dalam medan tempur, mengakibatkan mereka terpaksa bergabung dengan Batilion Mevlevi di bawah Kamal Pasha. Ini dilakukan oleh Tarikat Kadiri dan Rifai.


PENUBUHAN BATILION SUFI BEKTASI

Dalam masa yang sama, diwujudkan juga Rejimen Sukarelawan Bektasi pada 1915 di bawah pemimpin mereka yang bernama Celebi Kamaluddin Efendi. Rejimen ini diserap masuk kepada Pasukan Tentera Ke-3. Dianggarkan jumlah para sufi tarikat ini sekitar 1500 orang.

Pada 15 Mac 1916, Wahib Pasha yang menguatai Pasukan Ke-3 mengutus telegram kepada Menteri Peperangan untuk menyatakan "Batilion Bektasi yang dipimpin oleh Celebi Efendi tidak memberi kegunaan yang memuaskan" lalu meminta untuk menghantar pulang Celebi Efendi ke kampungnya semula di Kirsehir.

Terdapat banyak kritikan dilontarkan oleh para petinggi tentera terhadap Batilion Sufi ini. Saya tidak akan bawakan perkataan Kamal Pasha yang mengetuai Pasukan ke-4, untuk mengelakkan pandangan serong sehingga pihak pendokong sufi akan menganggap saya berat sebelah.

Saya akan ceritakan bahawa sesungguhnya petinggi tentera menganggap batilion Sufi sebagai "tidak berguna sama sekali" malah tidak berdisiplin dan sukar diurus, seperti pengakuan dari Major Vecihi Bey yang mempertahankan Palestin. Beliau menyebutkan bahawa Batilion Sufi ini tidak mampu menaikkan semangat juang para tentera sebaliknya mereka seolah-olah para artis yang menjadi 'pasukan penghibur' dengan nyanyian dan tarian di meja makan!

Justeru Batilion Sufi ini tidak pernah menembak dan terlibat dalam membunuh musuh, sehingga ia dihapuskan pada penghujung September 1918. Sesungguhnya keterlibatan Batilion Sufi ini hanyalah untuk 2 matlamat iaitu menaikkan semangat juang pasukan tentera Turki dan menyemarakkan jihad serta mati syahid namun ia gagal dilaksanakan sebaliknya mereka menjadi penyanyi dan penari, dan matlamat kedua adalah sebagai bahan propaganda agar rakyat dan dunia Islam mendokong hasrat Turki dalam Perang Dunia 1.

Dan nampaknya matlamat kedua ini hampir berjaya sehingga rakyat Turki meredhai keterlibatan negara mereka dalam kancah perang dunia pertama.





Rujukan:
1)  The Ottoman Mobilization of Manpower in the First World War: Between Voluntarism and Resistance (Ottoman Empire and It's Heritage)  oleh Mehmet Besikci
2) http://www.turkeyswar.com/army/organisation.htm


Mustafa Kamal Pasha bersama Batilion Mevlevi


Petinggi Pasukan Ke 4 yang diketuai oleh Mustafa Kamal Pasha


Batilion Mevlevi sedang bergerak untuk bergabung dengan Pasukan ke 4 sambil meniup Ney


Okestra Tentera Diraja yang mempersembahkan lagi pada 1917, setahun sebelum pembubaran Batilion Sufi


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .





Comments