OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Ketika beliau berumur sekitar 50 tahun, iaitu pada 1480M Hang Tuan telah mendapat laporan bahawa sebuah kapal Ryukyu tersadai di Annam, Champa lalu menghantar pasukan penyiasat ke sana kerana desas desus menyatakan bahawa kapal terbabit terlibat dalam pertempuran.
Dapatan siasatan menunjukkan kapal tersebut terputus bekalan dan anak kapal sakit. Maka Hang Tuah menulis surat kepada Raja Ryukyu di Okinawa untuk memberi makluman dan kemudian menyatakan bahawa hubungan dagang antara Jepun dan Melaka bertambah akrab. Tidak ketinggalan Hang tuan memohon sebilah pedang samurai, busur panah dan pelana kuda. Ketiga-tiga barang ini barangkali akan digunakan untuk tujuan penyelidikan ketenteraan.
Setahun kemudian iaitu pada 1481, Hang Tuan menulis surat lagi untuk menyatakan terima kasih kepada Raja Ryukyu lantaran hadiah yang diminta telah selamat sampai dan Melaka membalas hadiah kepada Raja Ryukyu.
Dua surat ini tercatat dalam laporan Istana Jepun. Barangkali ketika ini, Hang Tuah telah mendapat anugerah pangkat yang tertinggi seperti para laksamana sebelumnya sehingga namanya adalah Laksamana Tun Tuah.
Pada 1511, Alfonso menyatakan dalam Komentator nya bahawa seorang Laksamana Melaka tinggal di Singapura, telah berumur 80 tahun, merupakan pendekar ulung dan telah meraih kemegahan serta punya hikmah kepandaian.
JIka dilihat dari catatan Alfonso dan Ryukyu, maka ia selari dengan catatan dalam Sejarah Melayu. Pertamanya membuktikan kewujudan Laksamana Tun Tuan. Keduanya adalah menunjukkan kisah dalam Sejarah Melayu itu benar dimana Tun Tuah hidup dalam masa 3 pemerintahan Sultan Melaka. Keempat, Puteri Li Po dari Istana Nangking dijemput oleh Laksamana Tun Perpatih Putih, bukannya Hang Tuah kerana pada masa ini beliau belom menjadi laksamana, dan barangkali baru sahaja lahir.
Akhirnya, bagi Melayu yang Insaf kepada bangsanya, hendaklah mereka ketahui bahawa Sejarah Melayu itu adalah catatan sejarah bangsa kita yang benar pada umumnya. Dan ia bukanlah kitab yang lepas bebas dari kesalahan, malah dia semacam kitab sejarah-sejarah lain yang terkadang ada termuat kisah dhaif dan maudhu. Lihat sahaja Tarikh At Thabari, atau Thabaqat Ibnu Saad dan sebarang kitab lain; pasti akan ada tersisip kesalahan. Maka begitulah Sejarah Melayu.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment