Perbezaan Di Antara MCA Dengan DAP?

OLEH: Haziq Azhar


Ramai dikalangan orang kita hanya mengetahui kedua - dua parti tersebut adalah parti politik cina di Malaysia. Namun, adakah rakyat Malaysia sedar akan ideologi kedua - dua parti tersebut? Rasanya rakyat Malaysia perlu lagi mengkaji lebih mendalam apakah ideologi kedua - dua parti tersebut.

DAP
Democratic Action Party (DAP) merupakan sebuah parti politik yang diasaskan oleh Devan Nair, seorang kaum India (Presiden Singapura yang ketiga dan Chen Man Hin. DAP pada asalnya merupakan sebuah Parti PAP (People Action Party) yang berpecah setelah Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965. Devan Nair merupakan Setiausaha Agung DAP yang pertama dan Ahli Parlimen Bungsar, Selangor. 

Untuk pengetahuan anda, DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan ideologi demokrasi sosial yang mempunyai hampir persamaan dengan ideologi komunis dan sosialis. Antara tokoh sosial demokrat seperti Ferdinand Lassalle walaupun bukan seorang Marxis tetapi seorang sosialis yang kagum dengan Karl Marx dan Friedrich Engels dan amat menyokong idea perjuangan kelas. Walaubagaimanapun, Ferdinand Lassalle hanya menyokong perjuangan sosialis dalam bentuk yang lebih moderate dan sederhana berbanding komunisme yang lebih radikal. Untuk pengetahuan anda, DAP juga pernah menyertai affiliation dengan Socialist International (Pertubuhan Sosialis Sedunia) yang mempromosi demokrasi sosial dan perjuangan centrist - left. Jangan disalahfahami dengan Socialist International dengan komunisme kerana komunisme mempunyai pertubuhan mereka sendiri iaitu International Meeting of Communist and Workers' Parties yang dianggotai Parti Komunis Kesatuan Soviet, Parti Komunis China dan beberapa buah parti politik komunis diseluruh dunia. DAP juga bukanlah sebuah parti Cina walaupun ia didominasikan oleh kaum Cina tetapi DAP sebuah parti multiracial (berbilang kaum). 

Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti sosialis demokrasi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan condong kearah centrist - left. 


MCA (Malaysian Chinese Association)
MCA merupakan sebuah parti Cina di Malaysia yang mengamalkan ideologi konservatif sosial dan cenderung kearah kanan. Ideologi konservatif sosial adalah sebuah ideologi yang dikatakan centrist, apolitikal, dan kadang kala agak liberal terutamanya dalam ekonomi. Walaubagaimanapun, ideologi konservatif sosial hampir tiada perbezaan dengan ideologi konservatif kerana ia mendukung penuh nilai - nilai tradisi dan budaya lama dan pada asalnya ideologi tersebut merupakan respon kepada ideologi liberalisme yang semakin meresahkan masyarakat dimana menolak nilai - nilai kemasyarakatan yang sudah menjadi pegangan semenjak dahulu lagi. Begitu juga dengan UMNO yang mempunyai persamaan dengan MCA berdasarkan ideologi konservatif sosial

Kesimpulannya, perbezaan BN dan PH adalah BN mempunyai hampir kesemua parti - parti yang komponen yang sama ideologi manakala PH pula mempunyai perbezaan ideologi. Buktinya, DAP adalah parti demokrasi sosial, Bersatu adalah parti Konservatif Sosial (pecahan UMNO) dan Amanah adalah parti Islam Progesif (pecahan PAS). Tujuan artikel ini adalah memberi informasi dan kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai ideologi politik di Malaysia. 

Rujukan:
1. "Conservatism - By Branch / Doctrine - The Basics of Philosophy". (July 4, 2017).  Retrieved from: https://www.philosophybasics.com/branch_conservatism.html
2. Eduard Bernstein (1893). Ferdinand Lassalle
as a social reformer. Retrieved from: https://www.marxists.org/reference/archive/bernstein/works/1893/lassalle/index.htm
3. Matlamat Penubuhan. (n.d.) Retrieved from: /https://amanah.org.my/matlamat/
4. International Solidarity. (n.d) Retrieved from: https://dapmalaysia.org/en/about-us/international-solidarity/
5. PRINSIP-PRINSIP PERJUANGAN (n.d.). Retrieved from: http://www.bersatu.org/prinsip.php
6. Rowland, Howard S. (2010). Things to Think About. Xlibris Corporation.
7. Shaw, M. (1999). Social democracy in the unfinished global revolution. In Conference Paper.
8. Singh D.,  L Smith. A (2002) Southeast Asian Affairs 2002. Institute of Southeast Asian Studies
9. The Party. (n.d) Retrieved from: https://dapmalaysia.org/en/about-us/the-party/


___________________________
~ Haziq Azhar ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .



Comments