OLEH: Saufy Jauhary
Pengasas Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu juga memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh pejajah British. Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa. Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan sistem pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan untuk mengembangkan Islam, menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam terhadap perubahan sekitar, khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimanapun, madrasah Al-Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau Lingga. Pada tahun 1916 Syed Syeikh Al-hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan agama dan akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab di madrasah itu. Madrasah Al-Hadi telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya termasuklah masalah kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan dan fenomena pemikiran masyarakat sekitar yang masih kolot. Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi menutup madrasah itu pada tahun 1918. Satu lagi sebab penutupan madrasah itu ialah pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Selain itu, golongan anti Kaum Muda di Melaka turut memulau syarahan Syed Syeikh Al-Hadi. Pada tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang. Pertentangan di antara Kaum Muda dan Kaum Tua telah mencetuskan pergaduhan.
Kaum Muda yang menerima pengaruh dari Indonesia itu menentang Kaum Tua yang mengikut satu mazhab saja manakala Kaum Muda menyeru supaya ijtihad dikembalikan untuk mencari sumber Islam. Di Pulau Pinang Syed Syeikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu pada tahun 1919. Antara pelajar lepasan madraah itu termauklah Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang kemudian muncul sebagai tokoh agama dan perjuang kemerdekaan tanahair. Seorang lagi bekas pelajar madrah itu ialah Haji Abu Bakar Al-Shaari. Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar. Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Syeikh Al-hadi ialah Jelutung press. Melalui syarikat itu, beliau telah menerbiktan majalah bulanan Al-Ikhwan dan akhbar dwi-mingguan, iaitu Saudara. Satu keistimewaan Syed Syeikh Al-Hadi yang hampir sama dengan Hamka ialah beliau juga membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan menghasilkan novel saduran yang laris pada zamannya. Salah satu daripada novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum.
Pengaruh gerakan reformasi yang dipelopori oleh Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya berkembang ke beberapa buah negeri, termasuklah Perak. Seorang anak didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934. Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang.
___________________________
~ Saufy Jauhary ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment