DIWALI PADA AGAMA SIKH

OLEH: Abu Amru



Diwali atau Depavali dari Bahasa Sanskrit 'dipavall' yang berarti deretan lampu. Justeru ia dapat dianggap sebagai 'pesta cahaya'.

Dalam agama Hindu, diwali dikaitkan dengan kembalinya Raja Rama ke Ayodhya setelah berlalu saat pengasingan selama 14 tahun. Juga merupakan kesempatan untuk sambutan menyembah Laksmi, dewi keberuntungan, keindahan dan kekayaan.

Pendek kata, diwali menandakan berakhir masa kegelapan lantaran datangnya cahaya.

Tetapi berbeza pula kepada penganut Sikh kerana mereka tidak beriman kepada dewa dewi dan aqidah mereka banyak berbeza dengan keyakinan Hindu.

Sikh merupakan ajaran monotisme, dimana mereka menyebutnya 'Ik Onkar' yang bermaksud 'Satu Tuhan Pencipta'. Tuhan yang tunggal ini dipanggil sebagai Waheguru (vahiguru).

Agama Sikh sebenarnya merayakan Bandi Chhorh Divas pada hari Depavali. Perayaan tersebut bertepatan dengan hari Diwali, disambut sebagai hari pembebasan.

Ia bersempena Guru Hargobind (1595 - 1644) tiba di kota Amritsar yang sebelum itu telah ditahan di Penjara Gwalior oleh Sultan Jahangil (1570-1627), pemerintah Dinasti Mughal.

Guru Hargobind yang merupakan guru ke 6 dalam agama Sikh sampai di bandar Amritsar pada hari Diwali lalu Sri Harmandir Sahib - yang dikenali sebagai "Kuil Emas" - dinyalakan ratusan pelita bagi menyambut pembebasan guru tersebut.

Bapanya Guru Arjan yang merupakan guru ke 5 mengambil keputusan untuk 'syahid' bagi mempertahankan agama Sikh dari 'penindasan' Empayar Mughal dan merupakan 'syahid' pertama.

Jadi, pesta Diwali pada agama Hindu dan Sikh jatuh pada hari yang sama, namun dengan maksud yang berbeza.




___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments