Selekoh 2018 Perubahan Politik Global


OLEH: Amirul Mukminin

.
Sungguh sejak 2013 saya mula meneliti politik antarabangsa setelah jelak dengan politik domestik Malaysia. Pada 2015 saya merasakan dunia sedang berada di sebuah perubahan drastik, dari soal ekonomi sehingga persoalan agung seperti orde dunia. Dan 2018 antara selekoh tajam dalam perubahan besar ini.
.


1-⚡️‘PERGESERAN’ GEOECONOMICS CHINA-US⚡️

💳Perang perdangangan (trade war) diantara Amerika-China meletus sejak Januari 2018 apabila Presiden Trump mengumumkan kenaikan tariff kepada barangan Import dari China bermula dari barangan eletrik seperti alat solar dan mesin basuh sehinggalah 25% besi 10% aluminium sebelum bermulanya permainan serang balas dari China pada bulan April keatas 120 produk dari US.

💳Perang ini reda sementara pada Summit G20 dengan pengumuman genjatan senjata selama 90hari sejak 2disember. Malangnya Amerika terus menggasak Canada untuk memberi tekanan pada Huawei milik China. Perang perdagangan ini bukan sekadar perlawanan kenaikkan tariff tetapi ia juga memberi impak kepada golongan pemodal, pelabur dan pemilik syarikat sekaligus menyinggung ketumbuhan ekonomi 2 negara , bahkan ia turut bermain dalam sector perlumbaan dan persaingan teknologi. Maka peperangan Perdangangan tidak patut hanya dilihat sekadar perang perdangangan akan tetapi wajar diamati melalui gambaran lebih besar , ia merupakan pergeseran geo-ekonomi antara dua kuasa besar dunia.  Ia tentu sekali memberi impak skala gergasi !
.



2- PENGIMBANGAN SEMULA ASIA-TIMUR 

Asia memperlihatkan beberapa perubahan geopolitik yang positif antaranya:

🔺Sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Donald Trump dan Presiden Kim Jong Un di Singapura pada 12 Jun membuka dialog mengenai program nyah-nuklear. Walaupun ia menemui jalan buntu buat seketika ini tetapi positifnya  ia telah membuka Korea Utara untuk berunding dengan negara luar. Ini termasuk pemulihan dan dialog antara Korea Utara dan Selatan.

🔺 Momentum positif hubungan bilateral Sino-Jepun setelah 7 tahun yang suram.  China-Jepun telah menandatangani perjanjian bernilai US $ 2.6 bilion dan bersetuju untuk mengurus isu-isu sensitif yang lebih baik. Ini termasuk perebutan wilayah dan kepulauan sino-jepun. Presiden Jepun Shinzo Abe setapak kehadapan meninggalkan ikatan pengawasan Amerika keatas Jepun.

🔺 Malaysia menukar kerajaan setelah 60 tahun lebih dibawah regim yang sama sejak kemerdekaan. Malaysia akhirnya berani bereksperimentasi dengan demokrasi merupakan sebuah pemecah tradisi dan penambah-baik pulih untuk pendemokrasian mereka terutama bagi sebuah negara pasca-kolonialisma. Transisi kuasa ini walaupun kurang stabil menunjukkan hala tuju diplomasi yang tegas dengan China melalui penilaian semula perjanjian dan perlindungan etnik Uygur-Singapura melalui penuntutan kedaulatan laut dan udara dan Amerika – melalui ketegasan untuk menyelar pengunduran Trump dari Pasaran terbuka serta kesediaan Malaysia membuka lebih dialog di pentas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).



3- POPULISM GOLONGAN KANAN 
.
Kemenanggan dan kebangkitan golongan kanan (right wings) memainkan sentiment agama, bangsa dan nasionalism bermain diseluruh dunia.
.
🇧🇷 Antaranya di Brazil , Presiden Jair Bolsonaro, memenangi 55% undi mengalahkan calon  Fernando Haddad mewakili Parti Pekerja kiri yang telah berkuasa selama dua dekad yang lalu. Kemenangan Bolsanaro merisaukan China kerana perdangangan mereka dan melalui kempen-kempen Bolsonaro yang anti dengan pelabur luar. Beliau yang juga mantan tentera mengembalikan sentiment Regim Junta yang sudah pudar dalam ingatan politik Brazil terutama golongan muda. Bolsonaro dahulunya ahli kongres yang terkenal dengan retorik ultra-konservatif dan sangat menyinggung perasaan penganut agama lain dan golongan minority.
.
🇬🇧 Di Britain pula lain ceritanya sebahagian golongan kanan yang mengundi untuk keluar dari EU mula merasai tekanan politik dan kesempitan ekonomi akibat penarikkan keahlian Britian dari EU. Britian dijadualkan untuk keluar dari EU dalam 2020 tetapi nampaknya  PM Theresa May terpaksa menghadapi rintangan dari dalam Parlimen, dari EU yang menuntut ‘wang tebus talak’ , dan kesan dari pasca-brexit yang akan memberi impak pada import-export dan harga rumah dalam Britian.
.
Di Indonesia 🇮🇩 , India 🇮🇳 , Malaysia 🇲🇾 sentimen kanan cenderung pada keagamaan. Ketiga-tiga negara ini terutama Indonesia dan Malaysia berkongsi sentimen ‘islam berada dalam ancaman’. Ini terzahir dalam himpunan 212 dan anti-ICERD. Di Eropah pula kajian oleh Poll of Poll EU  sejak Jan 2013-2018 . menunjukkan sentiment anti-islam, budaya islam mengancam budaya krisitian dengan datangnya immigrant dan pelarian semakin meningkat. Di Poland miningkat sebanyak 50%, Itali dan Austria 33%, Sweden 20%
.
Secara peribadi jika dihalusi punca utama sebenarnya merupakan  permasalahan sosio-ekonomi tetapi gagal difahami oleh orang kebanyakkan. Maka politikus kanan memanipulasi dan menyimpulkannya secara simplistik dengan menyulamkannya dengan sentiment agama-bangsa-nasionalisma agar mudah diterima.
.


4- Sino-phobia ,  ‘sial’ CHINA 🇨🇳 ?

Pakistan 🇵🇰– menerima PM baharu , Imran Khan akibat sentiment anti-china

Malaysia  🇲🇾 – Mantan PM Najib Razak jatuh akibat sentiment anti-china di mana pemegangan saham dan tanah dan projek mega oleh China selain skandal 1MDB. PM ke 7 , Mahathir menyelar China agar tidak menjadi neo-imperialism,

Gambar via -vaultz-
Bangladesh 🇧🇩 ,  Tanzania 🇹🇿 , Hungary 🇭🇺-  telah membatalkan atau  menangguhkan projek BRI (dahulunya OBOR) .

 Myanmar 🇲🇲- berharap untuk mendapatkan infrastruktur yang diperlukan tanpa terjebak dalam jerangkap  hutang China, telah menggunakan ancaman pembatalan agar dapat rundingan semula pengurangan kos pelabuhan Kyaukpyu yang dirancang dari $ 7.3 bilion hingga $ 1.3 bilion.

Walaupun China berusaha menjadi kuasa yang kompiten dengan Amerika. Malangnya gaya imperialism ekonomi mereka kurang menyenangkan rakyat beberapa negara sehingga menyebabkan berlakunya perubahan politik. Jerangkap hutang menjadi igauan buruk kepada banyak negara.




5- ASIA BARAT BAHARU .

- Saudi Arabia 🇸🇦 kehilangan legitmasi setelah kematian Jamal Khashoggi. Putera Mohammad Bin Salman (MBS) dan Saudi diletakkan dibawah suluhan dek perlanggaran hak asasi manusia di dalam perang Yaman dan pembunuhan Jurnalis Khashoggi.

- Pengaruh Iran  🇮🇷 di Asia Barat makin mengukuh dalam perang Syria, Yamen dan mendapat sokongan EU dalam Perjanjian Nuklear . Kendatipun Trump menarik diri, kelihatan EU bersungguh memasukkan Iran dalam peta baharu mereka di Asia barat , mengapa? – saya terangkan secara rinci nanti.

- Syria 🇸🇾: Turki telah kalah perang tetapi mengekalkan kepentingan negaranya. Urusan Amerika telah selesai setelah polisi flip-flop mereka sejak 2014 (sekejap mahu sokong Asad sekejap jatuhkan Asad), Russia dan Iran telah menang perang dengan jayanya dan mengekalkan regim Baath. UAE, Bahrain sudah mula membuka semula kedutaan mereka 2 hari lalu. Tetapi Asad bukanlah pemenang sebenar, kemenangan Asada amat rapuh.
- .


6- PERUBAHAN IKLIM YANG DIANAK-TIRIKAN 🌪🌎🔥🌊☃️

Agenda PBB untuk mendesak semua negara menangani perubahan Iklim menjadi hambar. Conference of the Parties to the United Nations Framework Convention on Climate Change , Katowice, Poland (COP 24) telah diadakan Dis 2018 dilihat tetap gagal mengariskan satu gerak kerja bersepadu dari semua negara-bangsa. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu António Guterres sejak awal tahun dan diulangi pada Sept 2018 bahawa Perubahan Iklim merupakan ancaman yang jelas langsung kepada kemanusiaan sejagat dan kewujudan sepsis manusia di muka bumi.
.
Malangnya tidak banyak negara yang prihatin dan mengambil serius hal ini sedangkan dengan pembangunan lestari PBB 2020, dunia bukan sekadar dapat diselamatkan bahkan ia menyelamatkan permasalahan sosio-ekonomi dan pelarian perubahan iklim. 10 bencana alam pada 2018 akibat perubahan iklim di Karela, Jepun, Argentina, Eropah, AS, sehinggalah Australia telahpun menyebabkan kerosakkan bernilai 85 Billion USD .
.
Isu-isu ini tiada ragu memberi impak langsung pada masa mendatang  2019 -2025. Jika mahu dianalisa tentulah panjang berjela pula jadi. Apapun samaada kita di simpang atau selekoh, semua terserah dipundak  kita mentukannya. Saya tinggalkan anda disini, jumpa lagi tahun depan .

___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA

Comments