Ringkasan Pemahaman terhadap Sejarah Alam Melayu

OLEH: Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin


1. Untuk membaca dan memahami sejarah kuno Alam Melayu atau Semenanjung -Suvarnadvipa; Suvarnabhoomi; Golden Khersonene- mestilah disekalikan dengan Sumatera dan Jawa, setidak-tidaknya. Dalam kitab-kitab Hindu-Buddha lama seperti Vayu Purana, Jhataka, Milinda-panha, Arthashastra; mahupun dalam bahasa Arab oleh Al-Biruni dan Ibn Khordadzbeh ataupun dalam Latin oleh Pomponius Mela dan Ptolemy, yang ditulis sekitar abad ke-5 SM hingga abad ke-8M semuanya membicarakan perihal Alam Melayu ini sebagai satu keseluruhan geografi yang sama serta identiti yang identikal. Hanya selepas abad ke-19, semuanya menjadi entiti tersendiri ke arah pembentukan negara-bangsa dan kemudian proses dekolonisasi.


2. Hubungan antara India-Alam Melayu wujud sejak sebelum Masihi atas urusan dagang. Ada juga serangan ketenteraan oleh Kerajaan Chola pada abad ke-11, kira-kira 800 tahun yang lalu. Mereka ini berbahasa Tamil, seperti kebanyakan orang India Malaysia hari ini. Tetapi bukanlah mereka ini terus tinggal menetap di Alam Melayu. Ia hanya merupakan ekspedisi tentera.

Ah, malas sebenarnya nak tulis panjang-panjang tentang hal ini kerana sudah berulang kali diulas sebelum-sebelum ini. Bacalah. Saya berikan sumbernya untuk ditelaah. Panjang-panjangkan kepada pihak berkenaan. Berikut adalah buku-buku yang anda boleh rujuk. Jangan malas membaca, nanti jadi bodoh. Bodoh saja tak mengapa, yang parahnya jadi bodoh sombong.

1. Sailendra Nath Sen, "Ancient Indian History and Civilization."
2. Kailash Chand Jain, "Lord Mahavira and His Times."
3. W.J. van der Meulen, "Suvarnadvipa and the Chryse Chersonesos."
4. Paul Wheatley, "The Golden Khersonese."
5. Sinnapah Arasaratnam, "Indians in Malaysia and Singapore."
6. George Coedes, "The Indianized States of Southeast Asia."

Ini semua antara buku-buku awal yang menyeluruh dan mantap. Sesetengahnya boleh diakses di internet dan yang lain di perpustakaan.

Sekian.

___________________________
Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin ~
Unit Sejarawan
_____________________________

Comments