Hubungan Patani - Johor

OLEH: Muhammad Zamri

DALAM tahun 1641, rombongan diraja yang terdiri dari Sultan Abdul Jalil syah 111 (1623-1677) Johor, Raja Bajau Yamtuan Muda Johor,yang DiPertuan Muda suami Raja Kuning dan bonda Marhum mereka, Pahang. tiba di Patani untuk menziarahi makam raja ungu .Ketika ini seorang penulis Belanda menganggap hubungan antara keluarga diraja Patani dan johor berada dalam situasi yang begitu erat sekali. Bagaimanapun dalam kunjungan yang singkat itu Sultan Abdul Jalil Syah Johor telah belayar pulang meninggalkan bonda dan adindanya di Patani.

Pada masa itu istana Patani merupakan pusat institusi yang mempelopori kebudayaan Melayu. Semasa pemerintahan Raja Hijau baginda telah memperkenalkan permainan Mak Yong. Sementara itu semasa pemerintahan Raja Ungu baginda memperkenalkan permainan tarian Asyik. Mereka dianggotai oleh perempuan istana yang cantik terdiri daripada anak para pembesar dan bangsawan negeri sebagai penari dan penyanyinya. Permainan Asyik ini sungguh mengasyikkan para penonton kerana mereka dihidangkan dengan pelbagai cerita seperti (Seri Rama menambak tasik pergi ke Langkapuri, Datok Bendahara Paduka Raja Melaka berjuang dengan Feringgi, Datok Paduka Seri Maharaja Johor hendak menyerang Jambi ) dan sebagainya. Di antara penyanyi-penyanyi itu DANG SIRAT ikatakan mempunyai suara yang paling merdu ibarat buluh perindu, bagaikan kumbang menyeri bunga. Sebenarnya Dang Sirat mempunyai sifat-sifat yang tidak baik, kulitnya hitam, mukanya dipenuhi parut puru dan tubuh badannya besar. Beliau mempelajari ilmu guna-guna(sihir) dari dang Jela jurumandi. yang Di Pertuan Muda Johor suami baginda Raja Kuning Patani. apabila saja diselitkan ubat guna-guna di sanggulnya, rupa beliau yang hodoh itu akan bertukar menjadi jelita bahkan suaranya menjadi merdu. Kejelitaannya ini telah mempersonakan Yang Di Pertuan Muda. Baginda dikatakan telah hilang akal kerana terlalu kasih pada Dang Sirat. Akibat godaan palsu ini Dang Sirat telah dijadikan gundik dan ditempatkan khas di sebuah istana berasingan di sebelah matahari terbenam.

Suami Raja Kuning yang tergila-gilakan Dang Sirat tidak Iagi bersemayam di istana besar tetapi sering bersendirian di taman diraja Rangkai Raksi siang dan malam. Melihatkan keadaan ini Bendahara Patani telah mengirimkaan sepucuk surat yang tiba dari Johor pada 13 Mei 1644 yang menyatakan permaisuri Yang Di Pertuan Muda Johor sedang sarat mengandung, tetapi tidak menyatakan tentang pesona Dang Sirat ini. Kesempatan ini diambil oleh adinda Sultan Johor untuk mula berbaik-baik dengan orang-orang Aceh dan johor di Patani. Dang Sirat terus mendesak dan menggoda supaya mengadakan cuping emas seberat 50 tahil, baju daripada emas, kemudian meminta supaya ianya ditabalkan. Yang Di Pertuan Muda sendiri menggelarnya CikPuan. Dalam pada itu persiapan dibuat untuk menabalkan Cik Puan di Tambangan, tetapi para pembesar Patani enggan menyertai istiadat pertabalan walaupun diperintahkan oleh Bendahara Datok Sakur. Ini telah menimbulkan bemurkaan-YangDi Pertuan Muda. Dengan menaiki gajah bersama pengikutnya orang-orang Johor dan Aceh mereka telah mengejar para pembesar patani Pada ketika itu tangkal guna-guna yang dipakai oleh Dang Sirat telah terjatuh ketika ia menunggu gajah, dengan serta merta wajahnya bertukar menjadi hodoh Bila dilihat oleh Yang Di Pertuan Muda, baginda sendiri telah bertindak membunuh dang sirat yang selama ini menjadi kesayangannya. Mayatnya telah dikebumikan di Kampung Tabih di hujung bukit tabih.

Pada era pemerintahan raja kuning berdasarkan catatan John Nieuhoff itu jelas menunjukkan kesibukan bandar pelabuhan Patani di mana kapal-kapal dagangan sentiasa keluar masuk berdagang dengan negeri-negeri dan pelabuhan yang disebutkan. Di sepanjang abad ke 17 ini Patani bukan saja merupakan kotaraya yang pesat mem bangun malah keadaan ini telah mengkagumkan penulis Belanda Godinho de Eredia. Beliau ada menyebut bahawa Patani adalah bandar besar dan ibu kota bagi orang-orang Melayu di abad ini. Perluasan negara atau empayar Melayu-lslam Patani menurut John Nieuhoff bersempadan di utara ligor dan di selatan bersepadanan dengan pahang.ketika ini kelantan dan terengganu menjadi sebahagian pada negara patani. Gambaran kepadatan penduduknya mengikut Hikayat Patani, Pada masa dahulunyakucing berjalan daripada Payung Hujung lalu ke KualaAru itu tiada turun ke tanah hingga meniti di atas bumbungan rumah orang itu juga. Kamus tertua Collier Dictionary edisi kedua tahun 1688 turut membuat catatan penerangan geografi dan sejarah yang penting. Tambahnya, ummat Islam penduduk Patani sentiasa bersikap mula dan berpegang teguh pada ajaran Islam dan dalam pergaulan sehari-hari dan berbudi bahasa. Masyarakat Cina dan Jepun ramai yang menetap di bandar Patani. Mereka adalah pelaut yang berpengalaman

Menjelang akhir pemerintahan Raja Kuning, zaman kemerosotan kegemilangan Empayar Melayu-lslam yang diperintah oleh Raja-raja Perempuan telah mula kelihatan. Baginda dianggap sebaagai pemerintah yang cuba berbaik-baik dengan Siam. penglibatannya sebagai usaha wanita dan kemuliaan hatinya mengakibatkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan pada urusan pentadbiran. Tekanan psikologi rentetan dari hubungan suaminya, Yang Di Pertuan Johor dengan seorang penari istana telah menyebabkan baginda tidak Iagi memberikan perhatian terhadap negeri terutama sistem pertahanan yang begitu lemah dan terdedah kepada ancaman musuh tradisi bangsa Melayu. Umpamanya dalam situasi yang lemah ini seorang(pembesar istana)Raja Kali bersama Tun Mir dan anak ucunya telah berjaya mujurlah baginda dapat diselamatkan oleh dayang-dayang istana dengan bantuan pembesar negeri seperti Bendahara Datok Tenteram , DatokWang ketakih dan pembesar yang lain. Selama 13 hari Raja Kali berjaya menguasai istana akhirnya beliau yang dianggap penderhaka itu telah dapat dibunuh.

Sekitar tahun 1671-1679, Patani juga telah terlibat sekali lagi dalam persengketaannya dengan Siam Singgora. Oleh itu Raja Siam Narai 1657-1688 yang memerintah ketika itu telah menghantarkan perwakilannya menyelesaikan pertikaian itu. Ramai orang-orang Melayu Patani bertindak menyerang Siam Singgora, dalam serangan balasanya tentera Siam telah menggempur Patani. Raja Kuning yang sudah lanjut usianya terpaksa berundur arah keselatan berhenti di Teradih kemudian berselindung di Kota Jimbal. Ketika ini diselatan Patani menghala ke negeri Kelantan, diperintah oleh Raja Sakti I Wijaya Indera atau Long Betong, 1632- 1662, Raja Kota Jimbal, Patani-Kelantan. disini Raja Kuning telah membuang seketul besar Di Sungai Golok sambil berkata, "Jikalau tidak timbul batil ini, keturunan aku tidak boleh memerintah lagi negeri Kelantan."» udah tentu batu yang besar itu tidak akan timbul, oleh itu seorang pembesar Raja Kubang Labu berkuasa memerintah Kota Jimbal, ketika ini Kelantan belum lagi mempunyai Raja. Baginda Raja Kuning mangkat disekitar tahun 1686 dalam usia yang sudah terlalu tua, baginda dipanggil Marhum bersuamikan yang Di Pertuan Besar Johor Dengan kemangkatan itu maka BERAKHIRLAH zuriat pemerintahan keturunan Raja Seri Wamgsa pengasas yang mendirikan Kerajaan Islam Patani.



___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments