Pemerintahan Raja Kelantan Di Patani

OLEH: Muhammad Zamri


SETELAH tamatnya pemerintahan yang berketurunan seri wangsa,maka terputuslah pemerintahan beraja di patani,para para pembesar patani telah bersepakat untuk melantikkan raja patani daripada raja berketurunan kelantan yang bermula daripada raja bakal sehingga ke raja sultan muhammad.maka negeri patani telah di perintah oleh raja kelantan selama 98 tahun.


RAJA BAKAL I ( 1688 - 1690)
PUTUSNYA zuriat keturunan raja Seri Wangsa tidak meninggalkan pegganti yang benar-benar layak memerintah. Ini telah menyebabkan para pembesar negeri merundingkan siapakah yang mesti ditabalkan bagi mewarisi takhta Kerajaan Islam Patani. Seorang anak raja dari keturunan raja-raja Kelantan yang tinggal di kampung bernama Raja Bakal akhirnya dipilih dan ditabalkan menjadi Raja Patani. Dengan itu bermulalah keturunan Kelantan memerintah Patani. Ra ja Bakal pernah menyelamatkan Raja Hujan iaitu cucu Raja Kali yang menceroboh istana Raja Kuning. Oleh kerana usia baginda telah menjangkau tua dan semakin uzur, Raja Bakal hanya sempat memerintah selama dua tahun dan mangkat pada tahun 1690. Selepas itu baginda dikenali sebagai Marhum Telok.

RAJA MAS KELANTAN II (1690-1707)
SEKALI lagi pembesar negeri Melayu Patani menghadapi masalah pemilihan bakal raja untuk meneruskan pemerintahan bercorak monarki. Ini disebabkan kemangkatan Raja B akal tidak meninggalkan kerabat yang layak memerintah. Seorang lagi kerabat diraja Kelantan yang bernama Raja Mas Kelantan telah dilantik menjadi Raja Patani. Semasa pemerintahan baginda, sekali lagi orang-orang Siam yang pada ketika ini dibawah pemerintahan raja S iam Phetracha (1688-1703) telah melancarkan serangan ke atas Patani dan di sekitarnya pada tahun 1691 hingga 1692 . Bagaimanapun keretakan antara kedua-dua kerajaan ini telah dapat dipulihkan. Dalam tahun 1694 Siam telah mengeksport beras ke Patani sebagai memenuhi keperl uan perdagangan walaupun orang-orang Melayu Patani dianggap bersaudara. Ketika pemerintahan Raja (E) Mas Kelantan barulah orang-orang Kelantan dibenarkan bebas di Palani.
Baginda Raja (E) Mas Kelantan mangkat setelah 17 tahun memerintah dan dikenali sebagai Marhum Kelantan..

RAJA MAS JAYAM III (1707-1710)
SEORANG lagi anak raja keturunan Kelantan ialah Raja (E) Mas Jayang yang telah dilantik menjadi Raja Patani dengan gelaran Baginda. Raja Mas Jayang merupakan anak perempuan pertama keturunan Kelantan di Patani. Adindanya Nang Rogayah telah berkahwin dengan Tun Jenal (Tun Zainal Abidin ) bergelar Paduka Maharaja anakanda bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (1637-1693) dari Johor. Semasa pemerintahan Raja (E) Mas Jayam sekali lagi musuh tradisi bangsa Melayu dari Utara iaitu orang -orang Siam telah cuba untuk menghancurkan Patani dalam serangan kali keempat. Oleh kerana pada masa itu Raja Mas Jayam Patani dengan bendahara Johor mempunyai pertalian saudara, bantuan telah diminta dalam surat yang dikirimkan bertarikh 30 April 1709. Kemaraan tentera-tentera penjajah Siam ini melalui darat berjumlah 5000 orang. ini dibantu pula oleh kekuatan tentera laut yang mengandungi 400 buah perahu perang dan dua buah kapal perang terbesar atas titah Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718), orang-orang johor telah bergabung dengan orang-orang Patani untuk menentang Siam. Penentangan terhadap Siam yang telah berlaku selama 12 hari terhenti kerana kematian Raja Siam Pra Chao Sua (1703-1709)setelah kira-kira tiga tahun memerintah,para pembesar negeri patani seperti datok bendehara,katarab,datok wang kabual dan raja laksamana dajang telah memutuskan agar raja E mas jayam yang bergelar baginda turun dari takhta.

RAJA DEWI IV (1710-1719)
MERUPAKAN Raja Perempuan kedua tetapi bukanlah keturunan Raja Kelantan. Raja Dewi ialah anakanda Raja Putera dan Kerabat diraja Kedah yang lari ke Patani sewaktu Acheh menyerang Kedah Raja Dewi telah menggunakan semula gelaran Siam Phrachao atau Peracau yang dipakai oleh seorang raja perempuan. Semasa pemerintahan raja dewi,negeri patani telah di kunjungi oleh seorang penulis yang terkenal iaitu kapten alexander hamilton pada tahun 1718 ,Jelas Hamilton berkata, negeri Patani menguasai 43 buah jajahan termasuk Kelantan dan Terengganu. Oleh sebab perkahwinan anak raja Patani dengan putera Mahkota Johor maka Terengganu telah dipindahkan di bawah pentadbiran Johor. Sultan Johor kemudiannya telah menghantar kerabatnya untuk memerintah Terengganu dan ini telah menjadikan negeri Patani tinggal sebanyak 42 buah jajahan sahaja lagi. Pelabuhan Patani mempunyai dua buah kuala iaitu Kuala Patani dan Kuala Bekah. Bandar Patani dipanggil Kota Kedi. Ketika ini penduduk yang mendiami bandar Patani dianggarkan berjumlah 150,000 orang dan berumur di antara 16 hingga 60 tahun. Pelabuhannya begitu terkenal dan merupakan yang terbesar. Dalam bidang perdagangan dan perkapalan pula patani telah mengusai perairan sekitarnya. Umat Islam Patani pula begitu taat kepada raja yang memerintah. Ini menyebabkan para saudagar asing dapat memunggah barang-barang merekadan menempatkannya dengan selamat. Memandangkan suasana aman di Patani di mana tidak ada penyamun ataupun pembunuh maka para pedagang asing menggunakan kesempatan ini untuk singgah di Patani setiap kali palayaran mereka

RAJA BENDANG BADAN V(1719-1723)
PERLANTIKAN Raja Bendang Badan atau Along Betong mendapat sokongan daripada para pembesar Patani. Setalah ditabalkan menjadi Raja Patani baginda memakai gelaran Paduka Syah Alam.. Tempoh pemerintahannya selama4 tahun itu tidak mancatatkan sebarang perubahan dalam pemerintahan. Akhirnya baginda tclah diturunkan dari takhta oleh Raja Laksamana Dajang
.
RAJA LAKSAMANA DAJANG VI (1723-1724)
KINI Raja Laksamana Dajang pula menaiki takhta dan bersemayam di suatu tempat yang bernama Dajang. Baginda sempat memerintah selama 11 bulan sahaja. Pada masa pemerintahan baginda, telah berlaku perebutan kuasa di antara Datok Kun Pangkalan Pauh dengan Raja Sai. Ini menyebabkan baginda lari ke Singgora tetapi telah dibawa pulang ke Patani. Beberapalama setelah permaisuri Nang Puteri gering dan mengkať Raja Laksamana Dajang pula gering lalu mangkat. Datok Pujud telah memakamkannya di Dukrak.

RAJA MAS JAYAM VII(1724-1726)
RAJA (E) Mas Jayam yang bergelarBaginda telah dilanlik menjadi Raja Perempuan Patani untuk kali keduanya. Apabila bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, baginda telah dimakamkan di Padang Saujana. Oleh itu anakandanya yang tua iaitu TunAbdul Jalil telah dilantik menggantikan ayahandanya dengan gelaran Bendahara Paduka Raja pada masa Sultan Mahmud Syah 11 (1685-1699) Johor. Beberapa lama kemudian Sultan Mahmud Syah yang dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Di Julang mangkat. Baginda tiada meninggalkan waris. Dengan itu putuslah zuriat keturunan Sultan Melaka yang berasal dari Bukit Si Guntang. Bendahara Paduka Raja telah dilantik dengan gelaran Sultan Abdul Jalil RiayatSyah IV (1699-1718). Dengan perlantikan ini baginda telah menjemput adindanyaTun Zainal Abidin yang pada ketika itu berada. di Patani untuk menyerahkan negeri Terengganu kepadanya. Tun Zainal Abidin merupakan ipar dan pernah menjadi anak angkat kesayangan Raja Mas Jayam Patani. Apabila Raja Mas Jayam mengetahui adinda iparnya akan dilantik menjadi pemerintah maka suatu rombongan dari Patani yang terdiri dari Raja Mas Jayam, Tun Zainal Abidin dan isterinya Nang Rogayah serta seramai 80 keluarga turut bersama mengiringi rombongan itu. 
Upacara pertabalan itu telah diselenggarakan Oleh Tok Raja Kilat iaitu seorang pembesar Terengganu. Turut sama menghadirinya ialah Raja Upu Daeng Menambun dari Kerajaan Mempawah, Kalimantan Barat. Sebagai merestui pengiktirafan itu juga Raja Mas Jayam Patani telah menganugerahkan sebilah pedang dan keris panjang yang dikenali sebagai Keris Panjang Mas Jayam untuk dijadikan alat kebesaran Kerajaan Terengganu turun-temurun ,Dengan i tu berlangsunglah pertabalan S ultan Zainal Abidin ( 1725-1733) dengan permaisurinya Nang Rogayah. Adinda Raja Patani telah mendapat empat orang putera dan salah seorang daripadanya telah mewarisi Terengganu sehinggalah ke hari ini.
Setelah kira-kira dua tahun memerintah Patani untuk kali yang ke 2, Raja (E) Mas Jayam mangkat di tempat bersemayamnya iaitu di Jambu pada tahun 1726 dan dimakamkan di Telok.

ALONG YUNUS VIII (1726-1729)
DENGAN kemangkatan itu Along Yunus telah ditabalkan menjadi Raja Patani yang bergelar Yang Di Pertuan dan baginda bersemayam di Air Lilih. Sungguhpun tempoh pemerintahan baginda adalah singkat namun baginda amat dikenali sebagai seorang yang kuat berpegang pada ajaran agama Islam. Istana Raja Laksamana Dajang telah dibina semula dan diubahsuai menjadi masjid tempat umat Islam Patani beribadat. Pemerintahannya juga dikatakan telah mengembalikan detik-detik zaman. Kegemilangan Patani sebagai pusa tperdagangan dan penyebaran islam di Nusantara. Ramaı para ulama dan cendikiawan İslam seluruh Nusantara telah bertumpu di Patani untuk mempelajari serta meningkatkan Patani sebagai pusat tamadun islam. 
Menjelang akhir pemerintahan Along Yunus telah timbul persengketaan dengan Datok Pangkalan Pauh iaitu saudara berlainan ibu. Along Yunus juga terpaksa berhadapan dengan saudaranya yang lain seperti datok pujud, Raja Sai dan along Tarab sehingga berlaku suatu pertempuran sengit sesama mereka. Akhirnya Datok Pangkalan Pauh telah membedil Raja Patani Along Yunus dari atas belakang gajah. Bedilan itü telah mengenai dadanya dan baginda rebah lalu mangkat dan dimakamkan di Pujud pada 12 Ogos 1729. Sejajar dengan kemangkatan itu takhta kerajaan terbiar kerana tidak ada pengganti yang benar-benar layak. Pada ketika ini saudaranya yang lain iaitu Datok Pujud sedang sakit. Raja Sai dan AlongTarab juga tidak sesuai kerana mereka lebih mementingkan diri.



___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments