OLEH: Ilham Yusuf
Beberapa hari lepas, tersiar satu pautan yang dikongsikan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) berkenaan 25 peratus bahagian barat Antartika akan runtuh dalam masa terdekat. Apabila kita bercakap tentang barat Antartika (West Antartica), maka kita akan merujuk dua bahagian glasier terbesar di kawasan itu iaitu ‘Thwaites Glacier’ dan ‘Pine Island’ yang khabarnya sedang mencair lima kali lebih cepat sejak tahun 1992 yang lepas. Ancaman utama yang sebenarnya ingin diutarakan oleh penulis ialah berkaitan kenaikan paras air laut!
Berdasarkan kajian yang dilakukan sejak tahun 1992, paras air laut bumi telah meningkat sebanyak 0.2 inci bersamaan 5 mililiter. Terlihat kecil pada angka, namun dengan fasa pencairan ais masa kini yang tersangat cepat, sudah pasti paras air laut bakal meningkat dengan lebih drastik. Berkaitan ‘Thwaites Glacier’ (rujuk gambar), dalam beberapa artikel ada menyebut bahawa glasier yang seluas Florida, USA ini bakal bertanggungjawab dengan kenaikan paras air laut yang sangat signifikan sekiranya ia runtuh. Sesetengah tulisan menyebut bahawa glasier ini ialah dalang di sebalik peningkatan 4 peratus paras lautan. Sekiranya bahagian barat Antartika ini sahaja yang runtuh sepenuhnya, kenaikan paras laut global dijangka meningkat mencecah 16 kaki.
Berbicara tentang punca, semestinya yang utama ialah disebabkan oleh ‘Climate Change’ atau perubahan iklim. Suhu dunia terus meningkat dengan pelepasan gas karbon dioksida yang kritikal jumlahnya! Kehadiran gas ini di atmosfera majoritinya berasal dari tangan-tangan manusia. Pelbagai usaha, namun masih misteri tentang solusi utamanya. Dari pelbagai wacana hingga ke persidangan global dianjurkan, tapi jika mentaliti masyarakat dunia tidak berubah maka tiada juga hasilnya. Ibarat mencurah air ke daun keladi kata pepatah lama.
Rujukan
1.https://www.livescience.com/65524-antarctica-ice-unstable.html?fbclid=IwAR07Ei-Eo4XeHAmhC2CN32ppdAoZaCE2FVeygz6UUa2L95UaHt_cxKFaCKM
2.https://www.livescience.com/64645-giant-void-in-antarctica.html
3.https://www.nytimes.com/2019/02/01/climate/thwaites-glacier-antarctica-cavity.html
https://www.usatoday.com/story/tech/news/2019/01/31/thwaites-glacier-antarctica-melting-could-impact-sea-levels-nasa/2729840002/
___________________________
~ Ilham Yusuf ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment