OLEH: Pen Merah
Pada kali ini, penulis akan meneruskan bahagian yang kedua bagi membincangkan dengan lebih mendalam mengenai isu program F35 dan sistem pertahanan udara s400. Sistem s400 memang dikenali sebagai salah satu sistem pertahanan yang terbaik di masa sekarang. Digelar sebagai S21 oleh NATO, sistem ini mula dibuat pada tahun 1990 oleh Almaz Central Design Bureau dan diserap ke dalam perkhidmatan tentera Rusia bagi menggantikan sistem s300 yang sudah lama beroperasi. Pada peringkat awal, sistem ini dirempatkan di sekitar kawasan yang berhampiran dengan sempadan bagi menjaga ruang udara Rusia dari pencerobohan oleh negara asing. Namun, agensi Rosobronexport atau dikenali sebagai syarikat yang menjual aset Rusia mula memasarkan sistem s400 pada awal 90 an. Negara terawal yang membeli sistem ini adalah Greece ( Sekutu Nato ) bagi menjaga ruang udara Greece dari pesawat pejuang Turki. Diikut dengan negara Belarus yang kemudian membeli sistem s400. Negara yang menyatakan minat untuk membeli ialah Arab Saudi, Pakistan dan juga India.
SPESIFIKASI SISTEM S400
400 HP dan dilengkapi dengan 6 buah misil. Terpadapat empat variasi misil s400 dan berbeza bagi setiap jarak yang boleh disasarkan oleh peluru berpandu s400.
Contoh variasi misil yang terdapat pada s400:-
380 km (40N6E missile)
250 km (48N6 missile)
120 km (9M96E2 missile)
40 km (9M96E missile)
Untuk sistem radar, terdapat pelbagai jenis radar yang digunakan seperti 98ZH6E yang boleh menjejak sebanyak enam objek dalam satu masa dan boleh beroperasi pada jarak 40 kilometer jika digabungkan dengan 2 Batilion. Sistem radar 98ZH6E, 48N6E, 48N6E2, 48N6E3, 48N6DM, 9M96E, merupakan sistem radar yang paling panjang jarak pengawasan dan sistem radar 92N6E (atau 92N2E) merupakan sistem udara pelbagai fungsi dan mampu menjejak 100 objek dalam jarak 400 kilometer.
cara misil s400 dioperasikan adalah dengan diaktifkan gas system di mana misil tersebut diterjah keluar ke udara setinggi 30 meter sebelum bergerak menuju ke aras sasaran. Ini bertujuan menambahkan lagi kelajuan pada misil untuk memusnahkan sasaran. setiap misil s400 dilengkapi dengan peledak untuk meningkatkan lagi peluang kemusnahan sasaran.
Sistem s400 dicipta bukan sahaja untuk memusnahkan sasaran malah memintas peluru berpandu pada jarak dan altitud yang tinggi
Jenis-jenis sasaran misil s400
• Pesawat pengebom B-1, B-2,FB-111 and B-52H
• Kapal pengangkut EF-111A dan EA-1
• Kapal terbang pengawasan TR-1
• Pesawat pejuang seperti F-15, F-16, F-35[100] and F-22
sistem s400 juga turut ditempatkan di Syria bagi mengekang kemaraan jet pejuang Amerika dan peluru berpandu Tomahawk yang telah disasarkan ke Syria semasa kempen menentang keganasan. Namun pihak Rusia menegaskan bahawa peluru berpandu tersebut sebenarnya mensasarkan lapangan terbang dan fasiliti ketenteraan regim Syria.
Atas faktor ini menyebabkan Turki membeli sistem s400 walaupun dikritik kuat dari sekutu Nato, US.
ADAKAH WAJAR SISTEM S400 DIBELI?
Perjanjian sebanyak 2.5 Bilion antara Ankara dan Moscow juga bukanlah suatu angka yang besar sekiranya dibandingkan dengan jumlah program F35 yang jauh lebih tinggi dan kontroversi. Kerajaan Turki pernah memohon agar dapat membeli sistem Patriot sebelum ini namun ditolak oleh Amerika semasa pentadbiran terdahulu atas alasan kerahsiaan sistem Patriot dan kemudian dibuka semula kepada Turki setelah pembelian s400 telah dibuat. Presiden Turki Edrogran menyatakan bahawa pembelian satu sistem s400 bersamaan tiga biji sistem Patriot. Ini kerana teknologi s400 lebih jauh dari sistem Patriot dari segi jarak pengawasan radar dan jarak pemusnah.
Turki telah membuat satu tindakan dengan bertindak satu langkah ke hadapan bimbang bahawa pengganas boleh menyasarkan kawasan terutamanya dari selatan Turki. Selatan Turki adalah kawasan konflik antara pengganas YPG dan Isis. pengganas boleh mengambil peluang untuk melancarkan roket yang mensasarkan mana-mana kawasan Turki. Oleh sebab itu, wajar bagi Kerajaan Turki untuk membeli sistem s400 walaupun dikritik kuat oleh Amerika.
Rujukan
1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/S-400_missile_system
2. https://www.quora.com/Was-there-any-NATO-objection-to-S-300-purchase-of-Greece-at-early-2000s-If-there-was-how-did-it-resolved
3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/S-300_missile_system
4. https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/russian-s-300s-used-by-3-nato-member-countries/1449436
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment