‘Peristiwa Kepupusan Besar-Besaran’ (Major Extinction Events)

OLEH: Ilham Yusuf



Pelbagai episod yang telah bumi kita lalui. Demikian juga dengan hidupan yang menjadikan bumi ini sebagai atap untuk berteduh. Bumi telah melalui 5 peristiwa kepupusan besar-besaran atau ‘Major Extinction Events’ atau disebut juga sebagai ‘The Big Five Mass Extinctions’ yang telah mengubah landskap bumi secara total. Antara tokoh yang menjelaskan peristiwa ini ialah Jack Sepkoski dan David M. Raup dalam satu prosiding yang diterbitkan pada tahun 1982. Berikut ialah 5 peristiwa tersebut:

Silures-Ordovic (Ordovician-Silurian Extinction); Berlaku pada 439 juta tahun yang lalu yang mengakibatkan 86% hidupan pupus, sebahagian menyebut 60-70%. Daripada 5 peristiwa besar, peristiwa ini ialah yang kedua terbesar. Dikatakan, punca utama yang menyebabkan kepupusan pada era ini ialah penurunan paras air laut yang drastik kerana majoriti hidupan pada ketika itu hidup di air laut seperti Trilobites, Brachiopod dan sebagainya. Sebahagian teori juga menyebut bahawa bumi pada ketika itu sedang berlaku ‘Short but Intense Ice Age’ yang membentuk glasier sehingga paras air menurun.

Devonian Akhir (Late Devonian); Berlaku pada 364 juta tahun yang lalu dengan membinasakan hampir 75% hidupan bumi. Sebahagian teori menyebut, punca utama yang menyebabkan kepupusan pada era ini ialah kurangnya oksigen di lautan. Sekali lagi, hidupan akuatik mendapat kesan. Terjadi perbahasan di kalangan sarjana, samaada peristiwa ini berlaku secara ‘single strike’ atau berlangsung dalam jangka masa yang lama. Penulis cenderung dengan pendapat yang mengatakan ia berlaku dalam jutaan tahun iaitu 20 juta tahunn berdasarkan bacaan-bacaan peribadi.

Permian-Trias (Permian-Triassic); Berlaku pada 251 juta tahun yang lalu dan mendapat gelaran ‘The Worst Extinction Event in History’ kerana mengakhibatkan 96% hidupan pupus. Terumbu karang purba dikatakan pupus sepenuhnya. Punca utama yang menyumbang kepada peristiwa ini ialah ‘enormous volcanic eruption’ atau letusan gunung berapi yang dahsyat. Bumi menjadi panas dan lautan menjadi berasid. Dikatakan, hidupan yang berjaya ‘survive’ telah mula berevolusi menjadi siput, ketam dan sebagainya setelah peristiwa ini.
Trias-Jurrasic (Triassic-Jurassic); Berlaku pada 199 hingga 214 juta tahun yang lalu yang dipercayai berlaku secara berfasa telah memadam 70% dari pelbagai keluarga spesis hidupan. Majoriti hidupan yang bukan keluarga dinosour seperti Therapsids, Archosours dan lainnya telah pupus. Puncanya masih diperdebat sarjana, namun mereka percaya ianya disumbangkan pelbagai faktor yang berlaku secara berfasa.

Cretaceous-Paleogene; Berlaku pada 65 juta tahun yang lalu yang mahsyur dengan peristiwa kepupusan dinosour. Punca utama yang mengakibatkan kepupusan dinosour pada era ini ialah hentaman asteroid, perubahan iklim dunia serta aktiviti letusan gunung berapi. Peristiwa ini telah membenarkan hidupan seperti mamalia dan jerung untuk berevolusi.

Demikianlah 5 peristiwa dahsyat yang pernah melanda bumi. Walaupun ia sekadar teori, namun berdasarkan bukti penemuan, ia tidaklah mustahil. Apakah akan wujud yang ke-6? Kalau ditanya kepada penulis, penulis menjawab ‘YA’. Tapi bukan sebab alam, melainkan tangan-tangan jahat manusia sendiri. Sifat tamak , ego dan pentingkan diri sendiri yang tertanam pada watak jahat manusia akan terus menekan pelbagai spesies hidupan ke lembah kepupusan.


Sumber:
1. Cosmos: https://cosmosmagazine.com/palaeontology/big-five-extinctions
2. Worldatlas: https://www.worldatlas.com/articles/the-timeline-of-the-mass-extinction-events-on-earth.html
3. Phys.Org: https://phys.org/news/2017-07-earth-major-mass-extinction-events.html
4. Endangered Species International: https://www.endangeredspeciesinternational.org/overview.html


___________________________
~ Ilham Yusuf ~
Sahabat PENA

Comments