Siapa Yang Merancang Penubuhan Pusat Penyelidikan Atom di Malaysia?

OLEH: Taufiq Tuah



Tun Dr Ismail Abdul Rahman
• Dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor dan beliau datang dari keluarga elit
• Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah kemudian beliau belajar di English College (Maktab Sultan Abu Bakar).
• Belajar di ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935 sehingga 1937.
• Tamat pengajian dalam bidang Perubatan di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945.
• Beliau merupakan seorang ahli profesional dan tokoh politik Melayu yang menyertai perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
• Pada tahun 1971, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Abdul Razak.
• Beliau terkenal sebagai seorang ketua yang tegas dan tidak pilih kasih.
• Beliau mula merancang untuk menubuhkan pusat penyelidikan atom di Malaysia selepas beliau pulang dari lawatannya ke Pusat Penyelidikan Nuklear, Bandung, Indonesia.
• Beliau merupakan pengerusi Majlis Jawatankuasa Tindakan Kerja Negeri yang bersetuju dengan cadangan Institut Sains dan Industri Kebangsaan (NISIR) untuk menubuhkan pusat nuklear di Malaysia.
• Meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 disebabkan oleh serangan jantung di rumahnya dan dikebumikan di makam pahlawan, Masjid Negara.
• Beliau pernah berkata “Tidak adil saya menolong seorang sedangkan 10 juta orang penduduk memerlukan pertolongan".

Pada Ogos 1973, Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara mencadangkan untuk menamakan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan telah diiktiraf sebagai pusat kebangsaan. PUSPATI telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE). Tahun 1983 merupakan detik penting bagi agensi apabila diberikan identiti baru iaitu Unit Tenaga Nuklear (UTN). Pada 13 April 2005 agensi mengalami perubahan entiti apabila digazet dengan nama baru iaitu Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Agensi Nuklear Malaysia bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi yang telah termaktub dalam punca kuasa seperti berikut, iaitu: • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat dan latihan dalam bidang teknologi nuklear bagi pembangunan negara; • Menggalakkan penggunaan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi nuklear; • Menyelaraskan dan menguruskan hal ehwal nuklear di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai agensi penghubung bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) • Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi perlaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).


___________________________
 Taufiq Tuah
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments