OLEH: Haziq Azhar
Perkara 3(2) juga memperuntukkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negerinya dan diperakui dalam Perlembagaan negeri masing-masing.
Bagi negeri bukan beraja, Perlembagaan turut memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Bagaimana dengan Perjanjian Malaysia 1963 berkenaan agama rasmi di Sabah dan Sarawak? Setakat ini penulis tidak menemui apa-apa agama rasmi di Sabah dan Sarawak dan Perlembagaan turut menyentuh Perkara 161E (d) berkenaan agama di Sabah dan Sarawak mengatakan tiada pindaan berkenaan agama tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri tetapi kita rujuk balik kepada Perkara 3(3) turut memberi kuasa kepada YDPA sebagai Ketua Agama Islam di negeri bukan beraja termasuk Sabah dan Sarawak. Nampak tak dua perkara tersebut? Agama apa hendak dipindakan?
Okay, kalau tidak puas hati lagi, kita rujuk kepada Musa, Nurhafilah. (2019) mengatakan hujah yang dikemukakan bahawa Sabah dan Sarawak perlu dikembalikan kepada kedudukan asal semasa Perjanjian Malaysia 1963 tidak mempunyai asas yang kuat.
Perkara 1 dalam MA63 mengatakan tiada bantahan terhadap agama rasmi iaitu Islam namun Sabah dan Sarawak tiada agama rasmi. Jadi, tiada bantahan bukan bermaksud agama rasmi tidak boleh diamalkan. Jika tidak, mengapa institusi Islam seperti Majlis Islam Sarawak dan Sabah diwujudkan? Ini kerana Sabah dan Sarawak perlu menghormati agama rasmi Persekutuan kerana segala urusan melibatkan Islam di negeri tidak beraja termasuk Sabah dan Sarawak tetap dibawah kuasa YDPA.
Perjanjian Malaysia 1963 sebenarnya adalah Perlembagaan Persekutuan yang kita kenali pada hari ini.
Kesimpulan, Malaysia tetap sebuah negara semi sekular yang mempunyai agama rasmi iaitu agama Islam. Namun, agama lain tetap bebas diamalkan tanpa sebarang sekatan.
Rujukan:
Musa, Nurhafilah. (2019). ULASAN PERUNDANGAN PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 31. 334.
___________________________
Haziq Azhar
Varia Kini - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Perkara sebenarnya adalah Islam (الإسلام) itu bukan Agama (الدين). Ulama', To Guru mana yang mengatakan bahawa Islam (لا : اله : له - الإسلام) itu Agama (رب : وجود : احد - الدين) ?
ReplyDeleteIslam (الإسلام) itu wajib bukan Agama (الدين) melainkan salah salah satu dari I'ttiqad (اعتقاد - yakin qalbu yang benar terhadap hak dan kekuasaan mutlak zat Allah) yang berbilang-bilang... Yahudi (اليهود), Nasrani : Kristian (النصارا), Islam (الإسلام), Syiah (الشعاءيه), Wahhabi (الوههابيه)... dan hanya I'ttiqad (اعتقاد - yakin qalbu golongan الإسلام) Islam sahaja yang diredhoi Allah kerana tidak berlaku @ tidak melakukan Syirik (merampas, mendahului, sekutui serta tidak mengadakan tandingan dan bandingan) terhadap hak dan kekuasaan mutlak zat Allah...
ReplyDeleteGolongan yang berI'ttiqad (اعتقاد الإسلام) yang melakukan Syirik ??? terhadap hak dan kekuasaan mutlak zat Allah, maka gugur : gelincir lah Ia dari golongan yang diredhoi Allah Islam (الإسلام) menjadi golongan yang dilaknati Allah (kerana berlaku Syirik) jadi Yahudi, Nasrani, Syiah, Wahhabi - Non Muslim walau pun masih lagi berAgama Tauhid (الدين) BERSYARAT - Selama mana tidak zahir cara, sifat, kata-kata, perbuatan Murtad (يرتد : يرتدد معكم عن دينه) berpaling tadah dari tauhidkan zat Allah maha Esa (رب) wajib Ada (وجود) hanya Satu (احد)...