Migrasi atau Pelarian Masyarakat Banjar

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Entah apakah ia akan disebut migrasi atau pengungsi (pelarian) kepada masyarakat Banjar yang keluar dari Banua (sebutan untuk Kesultanan Banjar) yang berlaku sebanyak tiga kali.

Perpindahan ini berlaku secara besar-besaran setelah tewas dalam perlawanan atau peperangan.

Pertamanya berlaku pada kurun ke 18 sekitar tahun 1780 yang dilakukan oleh para penyokong Pengiran Amir bin Sultan Muhammad Aliuddin Aminullah. Mereka telah melarikan diri ke Sumatera setelah gagal dalam cubaan mendapatkan semula tahta yang dirampas oleh bapa saudara Pangeran Amir iaitu Pangeran Nata Dilaga (Sultan Sulaiman Saidullah I).

Kemudiannya pada kurun ke 19 sekali lagi berlaku migrasi atau pelarian setelah pasukan Pangiran Antasari tewas kepada Belanda dalam Perang Banjar. Dianggarkan ia berlaku selepas tahun 1862. Kali ini ada dari pengungsi itu mendarat di Semenanjung Melayu.

Kali ketiga berlaku pada kurun ke 20 selepas kemangkatan Sultan Muhammad Seman (m 1905) ditangan Belanda. Kemangkatan baginda menandakan berakhirnya Perang Banjar yang berlanjutan selama 47 tahun, sejak 1859 hingga 1906.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman




Comments

  1. Perpindahan "kerabat" kerajaan Banjar terbahagi kepada 2. 1 golongan "Utoh" bergerak dari Borneo ke Bahagian Pantai Timur Endau, menyelusuri Sungai Endau dan Semberong hingga ke Hulu Batu Pahat (Air Hitam). Terdiri daripada golongan Gusti dan Pangeran keturunan Antasari sekitar 1862.

    Golongan bangsawan dari belah "perempuan" pula menghala ke Sumatra berpusat di Siak, Lampung Timur dan Kuala Tungkal. Gelombang kedua golongan bangsawan Perempuan ini berhijrah ke Batu Pahat, Selangor dan Perak selepas letusan Gunung Krakatoa 1883, bergabung dengan gelombang pertama.

    Gelombang ketiga pula semasa Al-Sagoff diberi konsesi di Kukub 1885 puncak dimana Orang Banjar mengambil peluang berkerja dan menukarkan gaji selama 2 tahun kepada peluang menunaikan Haji ke Mekah.


    ReplyDelete

Post a Comment