Tunas Peradaban Mesapotamia

OLEH: Muhammad Hasif

MESAPOTAMIA
Mesapotamia dalam Bahasa Greek membawa maksud ‘di antara dua sungai’, merupakan wilayah kuno yang terletak di belahan timur mediterenean dan di sempadani oleh pergunungan Zagros di timur laut, dan jazirah arab di barat daya. Dua sungai yang dimaksudkan adalah Sungai Tigris dan sungai Euprates.

Di zaman ini, wilayah Mesapotamia meliputi besar bahagian di Iraq, Syria, Iran dan sebahagia Turki.

TUNAS PERADABAN
Tunas peradaban yang amat terkenal dalam lembaran sejarah dan dipercayai wujud se awal 10 000 BCE dan terletak di kawasan bulan sabit yang meliputi teluk Parsi, selatan Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Palestine dan utara Mesir. Maklum bagi mereka yang mengkaji sejarah peradaban pasti amat mengenali kawasan ini yang banyak menyumbang dan mempengaruhi kepada beberapa aspek kebudayaan yang berasal dari wilayah Mesapotamia, Mesir dan bahagian timur Mediterranean (Levant). Ini termasuk kepada wilayah Assyria, Sumeria , Babilonia, Mesir, dan Pheonicia dan yang terlibat dalam pembentukkan dan pengembangan budaya.


Secara am nya, pengembangan sosial, ekonomi dan politik di kawasan tersebut adalah seperti,

Sains dan teknologi.
Penulisan dan kesasteraan.
Agama.
Pertanian.
Matematik dan astronomi.
Penternakan haiwan.
Perdagangan jarak jauh.
Perubatan.

Menjelang tahun peradaban 9 000 BCE, kultivasi gandum mula berkembang dengan meluas. menjelang 5 000 BCE sistem pengairan pertanian mula wujud dan dimajukan dan menjelang 4 500 BCE, industri kultivasi biri - biri (bulu wol) di praktikkan secara meluas. Ini disebabkan faktor iklim kawasannya yang kondusif dan bersesuian untuk pertanian (iklim separa arid dan berkelambapan).
Perkembangan agrikultur dan penternakan domestik ini menjurus kepada pembentungan bandar pertama di wilayah Sumer iaitu bandar Uruk pada 5 400 BCE, di ikuti Eridu, Lagash, kish, Ur, dan lainnya di sepanjang sungai Tigris dan Euprates.

 Lokasi Bandar Awal Sumeria

Gambar Eridu

Atas faktor kesuburan tanah, pengembangan kultivasi tanaman dari gandum dan bijian, bertambah dengan penanaman barli, rai dan kekacang.  Kebangkitan bandar negeri ini menggalakkan lagi pengaruh sosial , ekonomi dan politik bagi bandar - bandar ini. 

Dari masyarakat pertanian dan pemburu, pembentukkan hiraki kekuasaan berlandaskan keagamaan wujud di mana Raja pendeta atau 'priest king' akan memegang  kepemimpinan.

Peranan Raja atau penguasa hanya wujud pada 3 600 BCE. Yang mana Sang Raja adalah berkuasa mutlak dengan undang – undang yang di amalkan. Sebelumnya Raja pendeta berkuasa dan mengamalkan undang – undang berlandaskan dengan norma keagamaan dan kepercayaan ( petanda baik dan buruk) berbeza dengan konsep Raja berkuasa mutlak yang masih mengamalkan dan menghormati konsep keagamaan dengan meletakkan nilai dan norma keagamaan dalam bentuk institusi yang berpengaruh, yang mana institusi ini mengiktiraf kepimpinan sebagai wakil dewa – dewa bagi satu – satu kerajaan.

Maklum, kepercayaan mereka terhadap keagamaan adalah kuat, terdapat bukti yang institusi keagamaan dan kedewaan mewakili bandar – bandar yang ada di sekitar wilayah Sumer dan Akkad. Kami tidak membahaskan konsep dewa dalam artikel ini.


Tablet Cuneiform

SEJARAH MESAPOTAMIA

1.Era pra Neolitik ( tembikar)
Zaman batu (10 000 BCE), bukti dari perubahan sosio – ekonomi, komuniti pemburu, tapak – tapak kependudukan dan perebutan kawasan subur untuk pertanian dan meragut untuk binatang ternakan.

2.Era Neolitik (tembikar)
7 000 BCE, penggunaan alatan moden seperti alatan memotong diperbuat dari batu yang lebih maju, focus kepada penternakan binatang domestic bagi produksi makanan.

3.Era Tembaga 
5 900 – 3 200 BCE, era chalcotic, peralihan dari zaman batu ke zaman lebih moden, peralatan banyak diperbuat dari tembaga. Pada era ini, kebanyakan komuniti yang hidup bertebaran berubah kepada kependudukan setempat. Membentuk tamadun dan urbanisasi di era Uruk (4 100 – 2 900 BCE), di waktu banyak bandar – bandar dibina (Eridu, Uruk, Ur, Kish, Nuzi, Lagash, Nippur, and Ngirsu, dan di Elam dengan bandarnya Susa. 

Penciptaan roda (3 500 BCE) dan tulisan (3 000 BCE). Pertukaran dari kepimpinan pendeta kepada Raja berkuasa mutlak dan peperangan besar di antara Sumeria dan Elam, dengan Sumeria sebagai pemenang.

4.Era awal gangsa
3 000 – 2 119 BCE, kemajuan metalurgi, penggunaan tembaga diganti dengan penggunaan gangsa bagi pembuatan senjata dan peralatan lain. Atas pondasi kekuatan dan kestabilan ekonomi dan politik, akhirnya menjurus kepada kemuncak dan ini dizahirkan dengan Bangunnya kerajaan Akkad. Hasil dari kestabilan dan pengaruh ini, kesenian dan kesusasteraan berkembang.
Sargon memperkenalkan konsep multi national dan anaknya sebagai orang pertama yang menggunapakai nama penulis sebagai literasi dan penulisan.

5.Era gangsa pertengahan
2 119 – 1 700 BCE, Pengembangan kerajaan Assyrian (Assur, Nimrud, Sharrukin, Dur, dan Nineveh). Kebangkitan kerajaan Babilonia dan Chaldea. Kejatuhan empayar Akkad oleh puak Guti dan mendominasi politik Mesapotamia untuk beberapa ketika sehingga mereka dikalahkan dengan perikatan Raja Sumer.

Hammurabi, Raja babilonia, bangkit dari polisi ketidaktahuan kepada polisi penaklukan wilayah dan berkuasa selama 43 tahun. Antara tindakan terkenalnya adalah pengenalan kepada kod Hammurabi. Menjadikan Babilonia sebagai pusat budaya, kesenian dan intelektualisme. Walaubagaimanapun, ianya tidak bertahan apabila Hittites menjarah pusat tamadun intelek ini.

6.Era gangsa hujung
1 700 – 1 100 BCE, Kebangkitan Dinasti Kassite (warisan hittites) mengambil tampuk kepimpinan sebagai pusat kekuasaan, budaya dan intelektual dengan menakluk Babilonia. Keruntuhan era gangsa dan diwarisi dengan perlombongan besi. Atas factor ini, Hittites dan Kassites mendapat kelebihan dari rencana peperangan. 

Pengekangan budaya Babilonia oleh dinasti Kassite. Ini berterusan sehingga Elam menumpaskan dan menghalau dinasti Kassite.

Kebangkitan Aramean, siri kempen ketenteraan Assyria, ditubuhkan dan stabil di bawah kekuasaan  Tiglath-Pileser I (1115-1076 BCE) dan diwarisi, Ashurnasirpal II (884-859 BCE). Hasil dari kejatuhan dan keruntuhan zaman gangsa ini, kebanyakan negeri - negeri Mesapotamia runtuh dan membawa kepada zaman kegelapan.

7.Era besi
1 000 - 500 BCE, Kebangkitan empayar Neo - Assyrian, di bawah kepimpinan Tiglath-Pileser III (745 - 727 BCE). Empayar ini mendapat kekuasaan dan penaklukan dengan pantas sekali hasil dari kepimpinan yang berkaliber seperti Sargon II (722 - 705 BCE), Sennacherib (705 -681 BCE), Essarhadon (681 - 669 BCE) dan Ashurbanipal  (668 - 627 BCE).  Yang menakluk Babilonia, Syria, Israel dan Mesir. Meskipun memperoleh wilayah, penaklukan dan pengembangan dangan pantas, empayar ini tidak dapat mengembangkan kebudayaannya kerana kerapkali menghadapi konflik dari Babilonia, Medes dan Barbar Schytian.

Puak Hittites dan Mitani mengukuhkan kekuasaan mereka dan hasilnya empayar Neo - Hittites dan empayar Neo - Babilonia bangkit.

Nebuchadnezzar II (605/604 - 562 BCE) dari Babilonia menakluk Baitulmaqdis (588 BCE) dan menghalau Bani israel dari Baitulmaqdis. Kisah kejatuhan Baitulmaqdis akan kami bicara secara tuntas di isu lain, InshaAllah. Nebuchadnezzar II juga adalah pemimpin yang bertanggungjawab membina 'Gerbang Isytar' dan 'Menara Babil'.

Namun penguasaan Babilonia ini ditumbangkan oleh Cyrus II dari Parsi yang menghapuskan terus budaya Babilonia.

8.Antikuiti Klasik 
500 BCE - Kurun ke 7, selepas Cyrus II ( 530 BCE) menakluk Babilonia, sebahagian besar wilayah Mesapotamia adalah di bawah kekuasaan dan pengaruh empayar Acheamid Parsi, dan di bawah pengaruh Parsi, kebudayaan setempat (Babilonia, Akkad, Sumer) sama sekali dicantas dari pengembangan dan pengaruhnya (penghapusan dan kehilangan manuskrip cuneiform)
Alexander (331 BCE) dari Macedonia yang menakluk Parsi, membawa pengaruh Helenisme ke rantau itu dan cubaan untuk membangkitkan kembali Babilonia.

Selepas kematian Alexander, Seleceus, panglima Alexander mengambil wilayah kekuasaan Alexander dan menjenamakannya sebagai  dinasti Seleucid sehingga 126 BCE, Orang - orang Parthian yang didominasi oleh Sassanian.

115 - 117 BCE, penaklukan empayar  Rome ke atas Mesapotamia, dan rantau ini menerima pengaruh budaya Helenisme, tiada nilai muafakat antara komuniti dan bangsa. Orang rome memperbaiki dan membaikpulih infrastruktur setempat seperti jalan, sistem pengairan dan pengenalan terhadap Undang - undang Rome. Sering terjadi peperangan hasil dari polisi Raja - raja Rome.
Akhirnya, segala pengaruh kebudayaan yang dahulu adalah Mesapotamia dan percampuran kebudayaan Greek, Rome ditiup dengan kebangkitan kerajaan islam dari jazirah arab yang sekaligus menggantikan dengan bahasa, budaya, agama, dan undang - undang berlandaskan keagamaan.

Bibliografi
Joshua J. Mark, ancient.eu/Mesopotamia/
Researchgate.net / mesapotamia

___________________________
Muhammad Hasif



Comments