Salasilah Raja-Raja Pemerintah Kerajaan Indragiri

 OLEH: Raja Adley Paris

1. Raja Kecik Mambang @ Raja Merlang I @ Sultan Alauddin Inayatsyah ibn Raja Kecik Besar Malikul Muluk @ Sultan Muhammad Shah Melaka (berkahwin Raja Putri Emas Jauhari) – Raja Indragiri 1 (1298-1337).

2. Raja Nara Singa I @ Raja Iskandar Pahlawan @ Sultan Mansyursyah ibn Raja Kecik Mambang – Raja Indragiri 2 (1337-1400).

3. Raja Merlang II @ Sultan Djamaluddin Inayatsyah ibn Raja Iskandar Pahlawan (berkahwin dengan Raja Putri Bakal binti Sultan Mansur Shah Melaka – Sultan Indragiri 3 (1400-1473).

4. Raja Nara Singa II @ Sultan Alauddin Iskandarsyah Johan Berdaulat Zilullah fi A’lam ibn Sultan Djamaluddin Inayatsyah (Pekan Tua / Kota Lama) – Sultan Indragiri 4 (1473-1532).

5. Sultan Usulluddin Hasansyah ibn Sultan Alauddin Iskandarsyah Johan Berdaulat Zilullah fi A’lam – Sultan Indragiri 5 (1532-1557).

6. Raja Ahmad @ Sultan Mohammadsyah I ibn Sultan Iskandarsyah Johan Zilullah fi A’lam (berkahwin Tun Emas Bongsu ‘Ancak Raja’ binti Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali) – Sultan Indragiri 6 (1557-1599).

7. Sultan Djamalluddin Keramatsyah ibn Sultan Mohammadsyah – Sultan Indragiri 6 (1599-1658).

8. Sultan Djalaluddin (Djamaluddin?) Sulaimansyah ibn Sultan Djamalluddin Keramatsyah – Sultan Indragiri 8 (1658-1669).

9. Sultan Djalaluddin (Djamaluddin?) Mudayatsyah ibn Sultan Djamalluddin Keramatsyah – Sultan Indragiri 9 (1669-1676).

10. Sultan Usulluddin Ahmadsyah ibn Sultan Djalalluddin Mudayatsyah – Sultan Indragiri 10 (1676-1687).

11. Sultan Abdul Jalilsyah ibn Sultan Usulluddin Ahmadsyah – Sultan Indragiri 11 (1687-1700). Pekan Tua.

12. Sultan Mansyursyah ibn Sultan Djamalluddin Keramatsyah – Sultan Indragiri 12 (1700-1704).

13. Sultan Mohammadsyah II ibn Sultan Mansyursyah – Sultan Indragiri 13 (1704-1707).

14. Sultan Muzafarsyah ibn Sultan Mohammadsyah – Sultan Indragiri 14 (1707-1715).

15. Raja Ali (Mangkubumi Indragiri) @ Sultan Zainal Abidin ibn Sultan Djalaluddin Suleimansyah – Sultan Indragiri 15 (1715-1735) – Kota Lama.

16. Raja Hassan @ Sultan Hassan Salehuddin Keramatsyah ibn Sultan Muzafarsyah– Sultan Indragiri 16 (1735-1765) – Pencipta Undang-undang Adat Kerajaan Indragiri. Makam baginda di Kampung Tambak, di hilir Kota Rengat.

17. Raja Kecik Besar @ Sultan Sunan ibn Sultan Salehuddin Keramatsyah – Sultan Indragiri 17 (1765-1784). Makam baginda di Masjid Daik, Lingga.

18. Sultan Ibrahim ibn Sultan Salehuddin Keramatsyah – Sultan Indragiri 18 (1784-1815) – Pendiri Kota Rengat. Makam baginda di Masjid Raya Rengat.

19. Raja Mun @ Sultan Mun Marhum Bongsu ibn Sultan Sunan – Sultan Indragiri 19 (1815-1827) – Baginda bertapa di puncak Gunung Daik, Lingga.

20. Raja Umar @ Sultan Berjanggut Keramat Gangsal ibn Sultan Sunan – Sultan Indragiri 20 (1827-1838).

21. Raja Said @ Sultan Said Mudoyatsyah ibn Sultan Ibrahim – Sultan Indragiri 21 (1838-1876) – Sultan Indragiri pertama yang mengadakan perjanjian (Traktaat van vrede en vriendchaap) dengan Pemerintah Belanda pada 27 September 1838.

22. Raja Ismail @ Sultan Ismailsyah ibn Sultan Said Mudoyatsyah – Sultan Indragiri 22 (1876). Baginda hanya satu minggu sahaja menaiki takhta Kerajaan Indragiri, gering dan mangkat.

23. Sultan Abdullah ibn Raja Abdul Rahman Engku Busu ibn Sultan Ibrahim - Sultan Indragiri 23 (1876-1877) - mangkat pada tahun 1888. 

24. Tengku Husin @ Tengku Bujang @ Sultan Husinsyah ibn Sultan Said Mudoyatsyah – Sultan Indragiri 24 (6 Sepember 1877 – 1883) – Makam baginda di Raja Pura (Japura).

25. Tengku Isa @ Sultan Isa Mudoyatsyah ibn Sultan Husinsyah – Sultan Indragiri 25 (6 September 1887 – 1902 / 1885-1902). Makam baginda di Masjid Raya Rengat. Raja Mudanya ialah Raja Yusuf dan Resident Riau, Antonie Henric Gysbertus Blokzyl.

26. Tengku Mahmud @ Sultan Mahmudsyah ibn Sultan Isa Mudoyatsyah – Sultan Indragiri 26 (3 September 1912 – 17 Mac 1963). Makam baginda di Masjid Raya Rengat. Mayor Honorair Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Semoga Allah SWT mencucurkan rahmat dan keampunan khas buat roh-roh Paduka Almarhum Sultan Indragiri.

SUMBER

Raja Haji Abdullah Osman (Mier al-Karimoon). (1969). Sala Silah Sedjarah Radja-radja Melaju Percjampuran Darah dengan Anak-anak Radja Bugis., hlm. 24-27.

Tengku Arief S.H. (tanpa tahun). Rakit Kulim Menjemput Raja ke Melaka: Sili Sila Raja-raja dan Sari Sejarah Kerajaan Indragiri., hlm. 39-44.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments