Institusi Penghulu Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

 OLEH: Raja Adley Paris


2. KATA 'ADAT

A. Penghulu

1. Ada pun Penghulu:

Kayu besar di-tengah padang,

tempat bertedoh hari hujan,

tempat bernaung hari panas,

urat-nya boleh tempat dudok,

batang-nya boleh tempat bersandar.


2. Penghulu ia-lah kaya,

bukan kaya kerana emas,

kaya kerana 'adat dan pusaka,

kaya kerana undang dahulu kala.


3. Pantangan penghulu;

memerahkan rupa di-muka rapat,

menggertak menghantam tanah,

menyinsing lengan baju,

memanjat pohon,

menjunjong barang yang berat,

berlari

mengait.


4. Penghulu (berdiri) di-pintu 'adat,

malim di-pintu ugama,

pegawai di-pintu susah,

hulubalang di-pintu mati.


5. Kata raja melimpahkan,

kata penghulu memperselesai,

kata malim kata hakekat,

kata menteri kata berulang,

kata hulubalang kata mengeras,

kata banyak kata berchampor.


6. 'Adat tiada lapok dek hujan,

tiada kering dek panas.


7. 'Adat di-atas tumboh,

pusaka di-atas tempat,

'adat sa-panjang jalan,

chupak sa-panjang betong.


8. Takaran 'adat lima rupa,

Ukor dan jengkal,

Baris dan belebas,

Chupak dan gantang,

Bungkal dan neracha,

Suri dan benang.


9. Balai balai rong yang panjang,

di-balai Puteri Jamilan,

tempat minta hukum yang 'adil,

bungkal dan piawai,

teraju yang tertuah.


10. Balai Gadang,

lantai-nya bumi,

atas-nya langit,

dinding-nya bukit,

tikar-nya gurun.


(Perbilangan ini saya dedikasikan khas buat:

i. Almarhum Moyangdaku, Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin

bin Raja Dagang Mahmud, mantan Penghulu Bagan Serai,

ii. Almarhum nendaku, Raja Lope Zainuddin bin Toh Seri Indera Jaya Raja Shahbudin, mantan Penghulu Teja.

iii. Seluruh penghulu yang berkhidmat di negeri Perak Darul Ridzuan).


SUMBER:

Tardjan Hadidjaja. (peny.). (1964). 'Adat Raja-raja Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara., hlm. 87-88. 

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments