OLEH: Shahrul Aiman
Bismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu masa dahulu, institusi agama Islam di Malaysia di gegarkan dengan isu memodenkan pengajian pondok. Maka hadirlah tohmahan dan dan penolakkan yang kuat terhadap cadangan ini. Antara yang selalu dicanang-canangkan oleh "pejuang pondok jawi" ialah:
1) Pemodenan akan menyebabkan hilangnya kaedah talaqqi,
2) Pemodenan akan menjadikan seorang pelajar terasa lebih alim daripada gurunya.
3) Akan hilangnya kaedah pembelajaran orang-orang lama.
Semua permasalahan yang diatas, akan saya jawabkan disini. Jawapan berdasarkan turutan no soalan.
1) Pemodenan sebenarnya tidak akan menghilangkan kaedah menuntut ilmu secara berhadapan dengan guru. Pemodenan yang disebut adalah dengan menambah baikkan tulisan jawi, daripada jawi lama kepada jawi moden. Saya bersetuju sekiranya mereka ini menentang pemodenan huruf iaitu dari jawi kepada rumi. Akan tetapi mereka tidak mahu pemodenan kepada bahasa moden. Maka ini adalah sebahagian besar motif mereka ingin menolak pemodenan pondok ketika masa itu.
2) Pemodenan juga tidak akan menjadikan seseorang itu menjadi lebih alim daripada gurunya. Masalah no 2 wujud akibat daripada salah faham antara sikap individu dengan pemodenan. Mereka menyamakan sifat sebahagian manusia dengan pemodenan dan ia satu kiasan yang terlalu lemah. Sebagaimana mereka bersangka buruk kepada Syeikh al-Albani tidak mempunyai guru, sebegitu jugalah mereka ini bersangka terhadap pemodenan pembelajaran.
Sebagai contoh kita lihat pendidikan formal di negara kita Malaysia, yang mana buku rujukannya menggunakan kaedah moden, selaras dengan pemodenan negara. Maka adakah kita mendapati bahawa anak-anak ini hanya perlu baca teori tanpa praktikal bimbingan guru? Merkea tetap memerlukan panduan daripada guru mereka. Sama juga kaitannya dengan pembelajaran agama moden. Meskipun si pelajar mampu membaca kitab jawi atau arab moden, bahkan mampu memahami dengan baik tanpa guru pada setiap bab yang dia baca, dia tetap akan timbul beberapa soalan yang mana akhirnya dia terpaksa merujuk kepada gurunya juga.
3) Permasalahan no 3 sama juga seperti no 1. Mereka takut generasi akan datang, lebih berilmu sehingga melenenyapkan fungsi guru. Sebenarnya itu hanyalah sangkaan dangkal mereka. Kerana dunia sentiasa berubah, namun sifat manusia itu tidak. Iaitu manusia disifatkan dengan sifat yang berbeza. Tidak semua manusia diberi ilham untuk memahami agama dtanpa berguru, dan begitulah sebaliknya. Manusia yang mampu berijtihad pun, ketika dia kecil, dia masih memerlukan bimbingan guru.
Kelebihan Pemodenan Institusi Agama:
1) Mampu menarik lebih ramai manusia untuk bersama dengan islam.
2) Memberikan fasiliti yang lebih baik dan selesa seperti meja, kerusi, bilik air dan sebagainya.
3) Menunjukkan Islam menyukai kemajuan umatnya dalam kehidupan dunia.
4) Menambahkan kemegahan Islam itu sendiri.
Terdapat banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi daripada pemodenan ini. Namun tidaklah saya berhasrat untuk menceritakannya semua disini.
Nasihat:
Saya faham dengan apa yang dirasai oleh golongan "lama" bekenaan dengan isu pemodenan ini. Tapi kita kena sedar, bahawa manusia tak sama macam kita mengikut zaman. Jika ada usaha untuk memberikan kemajuan atau kemodenan terhadap cara belajar, tempat belajar dan semisalnya, perlulah kita terima dengan hati yang terbuka. Ingatlah, Islam bukan agama yang miskin, Islam mempunyai kemegahannya tersendiri. Maka majulah, bagi memberi ruang kepada Islam untuk bersaing dengan yang lain.
Comments
Post a Comment