Pejuang Alam Sekitar Tak Realistik

 OLEH: Taufiq Tuah



Antara hak kemanusiaan yang berlegar dan diperjuangkan ialah penjagaan alam sekitar. Saya rasa tak salah, tapi apa yang saya nampak, perjuangan ini nampak tak realistik.

    1. Menggalakkan kenderaan eletrik kononnya untuk kurangkan penggunaan karbon. Sedangkan untuk membina sebuah kereta eletrik mengeluarkan 8.8 tan CO2.

    2.Menggalakkan kitar semula kononnya mengurangkan bahan pembuatan. Tapi akhirnya barang daripada bahan kitar semula dijual lebih mahal berbanding bahan biasa.

    3.Menggalakkan memakan sayur berbanding haiwan demi menjaga populasi haiwan. Tetapi ketika menanam tumbuhan juga peladang perlu membunuh merpati, lebah, musang dan beberapa haiwan lain. Tidak termasuk meracun serangga.

    4.Kononnya memakan tumbuhan lebih sihat tetapi mereka mencipta 'burger sayuran' yang lebih tidak berkhasiat berbanding burger biasa.

    5.Mengutuk 'global warming' sambil berkempen, sambil merokok (pencemaran rokok 10 kali ganda dari ekzos kereta diesel).

    6.Menakutkan orang dengan nipisnya lapisan ozon yg akan mencairkan antartika dan menenggelamkan beberapa kawasan darat. Ini sunatullah yang biasa sejak zaman berzaman. Tak perlu gusar, malah manusia pandai menambak tanah siap buat pulau sendiri lagi.

    7.Menolak proses perbandaran kawasan. Kononnya memusnah habitat haiwan. Habis tu kepadatan manusia ni nak letak kat mana?

Pejuang alam sekitar ni memang berlebihan sampai satu tahap mereka menolak kemajuan dan pemodenan. Saya takde lah 'claim' saya pejuang alam sekitar.

Kalau taknak hutan ditebang untuk dijadikan bandar, manusia nak duduk mana? Kalau tak boleh dijadikan ladang, mana nak dapat 'mass production' makanan? Kalau tak bagi nelayan pakai jala, sampai kesudah nelayan kumpau.

Hanya sebab video penyu tersumbat 'straw plastik' dalam hidung, manusia terpaksa menerima risiko tercekik serdak straw kertas. Ya kalau air dari cawan kertas kami boleh togok. Tapi kalau air kotak?

Saya suka teknologi kereta eletrik, tapi bukan sbb alam sekitar. Tapi sebab itu kemajuan teknologi. 

Kalau nak makan sayur je, mana nak dapat protin yang baik untuk tubuh?

Saya simpan surat khabar lama setahun lebih lamanya. Bertimbun lah surat khabar dalam stor, hanya dapat RM13 je mcm tu. Sementara nak beli balik beg kertas, buku kertas 'rescycle' ni jadi harga dua kali ganda mahal. Kononnya "for environment".

Saya tak tahu yang kononnya nak jaga alam sekitar ni, adakah benar nak jaga atau ini macam membuka 'franchise' perniagaan blok hijau sahaja.

Saya suka ketika air diosmosiskan. Atau tadahan hujan dimanfaatkan. Juga ketika saya gunakan surat khabar lama saya untuk alas sesuatu. Sebab benda² ni lebih realistik. Apa yang biasanya media perjuangkan, maaf cakap lah.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments