Sebelum Tutup Enjin Kereta, Kene Tutup Aircond Tak?

 OLEH: Taufiq Tuah

Pernah dengar tak orang bagi petua, "tutup aircond, tutup radio dulu baru tutup engine. Nanti kang engine cepat rosak". Betul ke?

Jawapannya: BETUL dan SALAH

Aikkk kok bisa?

BETUL : Jika kereta anda ialah kereta-kereta enjin lama. Terutamanya yang kaberator punya zaman.  Sebab 'engine' perlukan bateri untuk 'crank' atau orang kita kata 'start' lah. Dalam masa yang sama, aircond dan radio juga perlukan bateri untuk start. Jadi jika kita 'start engine', serentak aircond dengan radio pun nak start, bateri akan 'under power', semput dan engine pun kadang kala susah nak start.

Jadi kalau kita siap² off aircond dan radio dari kereta, masa start engine tu bateri boleh 'fully powered' dekat engine sahaja. Engine pun mudah start dan tak semput. Lepas engine dah start, barulah one radio dan aircond supaya bateri boleh fokus power dekat situ pula.

Jadi kereta zaman ni ada dua kelemahan.

1. Bateri kurang efisen.

2. Tiada ECU.

SALAH: Bila menggunakan kereta moden. Kereta yang bateri dah lebih efisen. Malah dah ada ECU (Electronic Control Unit). Fungsi ECU ialah untuk control bateri tu fokus power dekat mana. Kereta moden bila kita start engine, ECU akan auto 'cut-off' aliran power ke aircond dan radio. Kemudian akan auto 'connect' balik aliran power tu. Sebab tu untuk kereta moden, dah tak perlu sebenarnya ikut petua tutup aircond sebelum off kereta.

Kalau nak tau kereta zaman² Proton Wira pun jenis dah ada ECU dah. Proton Wira pun ada ECU.  Tapi apa pun better check sendiri lah detail tentang kereta masing². Masalahnya bila ada certain jenama kereta memang terkenal dengan ECU senang rosak. Tak mau lah sebut jenama apa. Kang kena pula.

Tapi aku sarankan kalau bawa kereta member ke apa kan, tutup je lah aircond tu sebelum off engine. Bukan apa, kadang² ada setengah owner kereta yang tutup aircond tu termasuk dalam pantang larang dah. Boleh bergaduh nanti kalau kita tak off. 

Personaly, saya tak off pun aircond sebelum off engine. Apa pun semua kembali kpd individu.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments