Perang Kastila Kesultanan Brunei VS Sepanyol

OLEH: Haziq Azhar
Perang Kastilia merupakan perang yang tercetus antara Empayar Brunei Darussalam dan Sepanyol dimana Gabenor Sepanyol di Manila, Francisco de Sande telah menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sultan Saiful Rijal bagi mengadakan hubungan yang baik dengan Empayar Brunei.

Selain itu, Gabenor Francisco de Sande meminta kebenaran daripada Sultan Brunei untuk menyebar agama Kristian dan menghentikan dakwah - dakwah Islam di rantau Borneo dan Kepulauan Sulu. Niat Francisco de Sande sebenarnya adalah untuk menghapuskan ancaman Brunei supaya kekuasaan Sepanyol dapat diperluaskan tanpa mempunyai sebarang halangan.Ini menyebabkan Sultan Saiful Rijal berasa murka diatas tindakan Gabenor Francisco de Sande yang amat biadap kerana dirasakan menghina kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Empayar Brunei. Sebelum itu, pengaruh Empayar Brunei juga mulai merosot Manila telah dibawah kekuasaan Sepanyol pada tahun 1571 setelah Rajah Sulaiman berjaya dikalahkan oleh Sepanyol.

Oleh itu, Gabenor Francisco de Sande telah menyerang Brunei dengan menyerang bandar Brunei dengan membedil dan memusnahkan pertempatan orang Brunei dan masjid juga turut dibakar oleh tentera Sepanyol. Pada masa yang sama, Sultan Saiful Rijal dan Seri Paduka Begawan Sultan Abdul Kahar berserta tentera - tentera Brunei berjaya menyelamatkan diri dan berundur ke Sungai Baram. Selepas berundur ke Sungai Baram, Seri Paduka Begawan Sultan Abdul Kahar telah mangkat pada tahun 1578. Selepas itu, Bendahara Sakam telah bersama - sama dengan Sultan Brunei memimpin ribuan tentera Brunei bagi berjihad fisabililah melawan tentera Sepanyol. Akhirnya, Sepanyol berjaya dikalahkan dan memfokuskan perjuangan mereka untuk mengalahkan Muslim Moro di Filipina. Walaubagaimanapun, kuasa Brunei mulai merosot apabila satu demi satu jajahannya terlepas ketangan kuasa asing dan ketibaan James Brooke di Sarawak telah memperkecilkan wilayah kekuasaan Empayar Brunei sehinggalah Brunei merupakan sebuah negara yang kecil seperti yang kita kenali sekarang.

Rujukan:
1. Dasan, J. (2008). Pengaruh Kesultanan Brunei kepada masyarakat Sabah (Siri I). Utusan Borneo.
2. Saunders, G. (2013). A history of Brunei.



Artikel asal di: http://haziqamal92.blogspot.com/2018/07/perang-kastilia.html?m=1


___________________________
Haziq Azhar ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments