Kepalsuan Manaqib Muawiyah Dalam Kitab Al-Balazuri

OLEH: Muhamad Haris Ismail


[Kepalsuan Manaqib Muawiyah Dalam Kitab al-Balazuri]

1. Sesiapa yang meneliti kitab al-Balazuri [wafat 279H] Ansab al-Ashraf pada bab manaqib Muawiyah ini pasti akan menemui banyak hadith palsu Rasulullah ﷺ melaknat & mengarahkan sahabat membunuh Muawiyah bin Abi Sufyan.

2. Orang yang belajar asas hadith akan tahu ini bukan dari Nabi ﷺ, tetapi ia adalah mulaffaq (direka) atau palsu. Sebab itu tiada ulama yang menilai al-Balazuri sebagai tsiqah, kecuali ulama Syiah sahaja! (Rujuk: https://bit.ly/2qSjGde )

3. Bahkan bagaimana mungkin Nabi ﷺ berkata demikian pada Muawiyah sedangkan pada masa yang sama terdapat riwayat sahih Nabi ﷺ mendoakan padanya seperti (اللَّهُمَّ عَلِّمْ مُعَاوِيَةَ الْحِسَابَ، وَقِهِ الْعَذَابَ) dan (اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ) yang diriwayatkan oleh al-Bukhari [wafat 256H] dalam al-Tarikh al-Bukhari? Malah banyak lagi riwayat sahih mengenai kelebihan Muawiyah.

4. Lebih teruk lagi, guru al-Balazuri sendiri iaitu Hisyam bin 'Ammar [wafat 245H] yang juga merupakan guru al-Bukhari turut berkata hadith manaqib Muawiyah yang direkodkan al-Balazuri kebanyakannya direka/palsu, dan ia dicatatkan sendiri oleh al-Balazuri dalam kitab beliau:

قال لي هشام بن عمار: نظرت في أحاديث معاوية عندكم فوجدت أكثرها مصنوعا

Maksudnya: "Berkata padaku Hisyam bin 'Ammar: aku telah melihat hadith-hadith Muawiyah di sisimu dan aku dapati kebanyakannya adalah direka (palsu)."

5. Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq (211/59) melalui sanad 'Abd Allah bin al-Mubarak berkata:

معاوية عندنا محنة فمن رأيناه ينظر إليه شزراً اتهمناه على القوم يعني، يعني الصحابة

Maksudnya: "Muawiyah disisi kami adalah mihnah (ujian). Sesiapa yang kami lihat orang yang memandang Muawiyah dengan rasa benci maka kami akan menuduhnya membenci para sahabat."

Jauhi Syiah pencela sahabat dan golongan al-Ruwaibidhah!





[ Segala latar belakang, sifat dan pandangan oleh penulis artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian RMB ]

___________________________
~ Muhamad Haris Ismail ~
Sahabat PENA







Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments