OLEH: Muhammad Haris Ismail
2. Saya kira mungkin ES tidak tahu siapakah al-Baihaqiy ini. Mungkin juga ES terkeliru dengan Imam Abu Bakar al-Baihaqiy [wafat 458H], pengarang al-Sunan al-Kubra. Bagaimanapun, kisah di dalam kitab itu tertolak atas dua sebab:
2.1 KISAH ITU DITULIS OLEH ULAMA SYIAH
Menurut Sheikh Sulaiman bin Salih al-Khurasyi (“al-Khurasyi”) dalam bukunya berjudul: Kisah-Kisah Tidak Tsabit (قصص لا تثبت), juz. 6, halaman 30 berkata al-Baihaqiy adalah Syiah:
وممن ذكر القصة: الشيعي ابراهيم البيهقي صاحب كتاب المحاسن والمساوئ
Maksudnya: “Diantara yang pernah menyebut kisah ini: al-Syi’i Ibrahim al-Baihaqiy, penulis kitab al-Mahasin wa al-Masawi’.”
Pengarang Mu’jam al-Muallifin (89/1), ‘Umar Ridha Kahhalah [wafat 1408H] menyebut:
ابراهيم البيهقي كان حيا قبل 320هـ (932م) ابراهيم بن محمد البيهقي نبغ في خلافة المقتدر (295هـ - 320هـ = 908م - 932م .له المحاسن والمساوي
Maksudnya: “Ibrahim al-Baihaqiy hidup sebelum tahun 320 Hijriyyah bersamaan tahun 932 Masihi. Ibrahim bin Muhammad al-Baihaqiy (nama penuh) muncul pada zaman Khilafah al-Muqtadir (295H-320H) (908M-932M). Beliau mempunyai kitab al-Mahasin wa al-Musawi’.”
2.2 AL-BAIHAQIY MERIWAYATKAN KISAH TANPA SANAD
Jika dilihat dalam kitab al-Mahasin wa al-Musawi’, al-Baihaqiy tidak menyebut sanad kisah tersebut. Dalam syarat penerimaan sesuatu periwayatan, seseorang hendaklah membawa sanad yang sahih. Justeru kisah yang dinukilkan dalam kitab beliau itu secara automatik tertolak.
Al-Baihaqiy juga turut menukilkan nama al-Sya’biy [wafat 104H], seorang tabi’in yang turut meriwayatkan kisah itu. Kata Sheikh al-Khurasyi dalam kitab beliau menyebut:
هذا من الكذب على الشعبي رحمه الله حيث لم يذكر من رواها عنه. ومما يدل لهذا أن الشعبي كان من ألد أعداء الرافضة، وكان يقول عنهم: لو كانوا من الطير كانوا رخما. لو كانوا من البهائم كانوا حمرا
Maksudnya: “Ini adalah pendustaan ke atas al-Sya’biy rahimahullah di mana penulis (al-Baihaqiy) tidak menyebut dari siapa al-Sya’biy meriwayatkan kisah ini. Diantara bukti bagi keadaan ini juga bahawasanya al-Sya’biy antara musuh keras Syiah Rafidhah dan beliau pernah berkata: kalaulah Syiah Rafidhah itu burung, maka mereka itu burung yang memakan bangkai. Kalaulah Syiah Rafidhah binatang ternakan, maka mereka adalah keldai.”
Kata-kata di atas turut dinukilkan Ibn Taimiyyah dalam Minhaj al-Sunnah (23/1). Persoalan timbul: bagaimana Tabi’in seperti al-Sya’biy yang berkata nista terhadap Syiah boleh meriwayatkan kisah tasyayyu’ seperti ini? Ini sesuatu yang tidak masuk akal! Justeru, dapat disimpulkan bahawa kisah ini tidak boleh diterima kerana:
✓ Al-Baihaqiy, pengarang kitab al-Mahasin wa al-Musawi’ seorang penganut Syiah, yang mana kita maklum Syiah memuji dan membela Ali, tetapi mencela dan merekayasa kisah palsu demi mentohmah sahabat lain.
✓ Al-Baihaqiy menceritakan kisah ini tanpa sanad. Kisah atau riwayat tanpa sanad akan tertolak sama sekali. Sekalipun ada sanad, ia perlulah diperiksa secara terperinci bagi mengesahkan ketulenannya.
3. BK juga turut menukilkan kisah yang diriwayatkan oleh al-Mas’udiy [wafat 346H] dan juga Ibn al-Athir [wafat 630H] pada perenggan terakhir tulisan beliau. Setelah diteliti, saya gagal untuk mengenal pasti nas kisah itu dalam mana-mana kitab. Ini juga merupakan gaya penulisan BK yang suka menukilkan kisah tanpa rujukan yang tepat dan kemas.
4. Walau bagaimanapun, jika kisah itu diriwayatkan oleh al-Mas’udiy, tidak menghairankan kerana beliau sememangnya seorang tasyayyu’. Markaz al-Fatwa Islamweb.net telah menghuraikan maklumat ini dari Ibn Hajar al-‘Asqalaniy [wafat 852H] dan juga Ismail Basya al-Baghdadiy [wafat 1399H]:
ودلائل تشيع المسعودي كثيرة في كتابه المذكور، ولذا قال الحافظ ابن حجر رحمه الله في لسان الميزان: وكتبه طافحة بأنه كان شيعياً معتزلياً. وجزم الذهبي في السير بأنه كان معتزليا .وقال إسماعيل باشا البغدادي في كتابه هدية العارفين: المسعودي: علي بن الحسين بن علي الهذلي البغدادي أبو الحسن المسعودي المؤرخ نزيل مصر الأديب كان يتشيع توفي بمصر سنة 346 له من الكتب إثبات الوصية
Maksudnya: “Bukti-bukti bahawa al-Mas’udiy seorang yang tasyayu’ terlalu banyak di dalam kitabnya sebagaimana telah disebutkan, oleh kerana itu al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah dalam Lisan al-Mizan (225/4) berkata: 'kitab-kitab beliau dipenuhi (kisah palsu dan mungkar) kerana beliau seorang berfahaman Syiah Muktazilah.' Ia juga turut dijazamkan oleh al-Zahabi dalam Siyar bahawasanya beliau berfahaman Muktazilah. Kata Ismail Basya al-Baghdadiy dalam kitabnya Hadiyyah al-‘Arifin (679/1): 'al-Mas’udiy: ‘Ali bin al-Husain al-Huzaliy al-Baghdadiy Abu al-Hasan al-Mas’udiy, seorang sejarawan bermukim di Mesir, seorang yang hebat dengan penulisan dan kesusasteraan, seorang yang tasyayyu’.
Beliau wafat di Mesir pada tahun 346 Hijriyyah. Beliau mempunyai kitab berjudul Isbat al-Wasiyyah.” (Rujuk: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=112119)
Manakala Ibn Taimiyyah turut berkata mengenai beliau dalam Minhaj al-Sunnah (84/4):
والحكاية التي ذكرها عن المسعودي منقطعة الإسناد.وفي تاريخ المسعودي من الأكاذيب ما لا يحصيه إلا الله تعالى، فكيف يوثق بحكاية منقطعة الإسناد في كتاب قد عرف بكثرة الكذب؟
Maksudnya: “Hikayat-hikayat yang disebutkan oleh al-Mas’udiy mempunyai isnad yang terputus. Dalam kitab Tarikh al-Mas’udiy terdapat banyak kisah bohong yang tidak terkira kecuali Allah Taala yang mengetahuinya. Lalu bagaimana boleh mempercayai dengan hikayat yang terputus isnad di dalam kitab yang diketahui banyak kisah bohong?”
Manakala Ibn al-Athir mengenai kitabnya al-Kamil fi al-Tarikh mempunyai kecondongan kearah tasyayyu’, sekalipun tidak tepat untuk menisbahkan Ibn al-Athir kepada Syiah kerana beliau pernah memuji tokoh ulama ahli sunnah sebagaimana dalam disebut dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan juga Siyar ‘Alam al-Nubala’, kecuali di dalam kitab beliau terdapat beberapa perkara yang perlu berwaspada iaitu pendirian beliau mengenai al-Daulah al-‘Ubaidiyyah atau Khilafah Fatimiyyah yang mana beliau banyak memuji pemerintahan itu tanpa sedikitpun menceritakan keaiban pada zaman pemerintahan tersebut. Begitu juga pendirian beliau mengenai riwayat fitnah terhadap para sahabat yang beliau berlembut dengannya dan beliau juga turut memuji sebahagian musuh para sahabat yang mana ia merupakan suatu perkara yang perlu berjaga-jaga oleh pembaca kitabnya. (Rujuk: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=112119)
Maka dapat disimpulkan disini bahawa:
✓ Al-Mas’udiy seorang Syiah Muktazilah sebagaimana kata Ibn Hajar, Ismail Basya al-Baghdadi dan al-Zahabi.
✓ Kisah yang dinukilkan oleh al-Mas’udiy dalm kitabnya dipenuhi kisah dusta serta isnad yang terputus.
✓ Tahzir ulama terhadap karya Ibn al-Athir seperti pandangan beliau yang mana perlu diteliti dan berhati-hati sekiranya ingin memetik dan menukil riwayat dari kitabnya. Beliau juga tidak adil dalam meriwayatkan kisah fitnah terhadap para sahabat serta memuji musuh-musuh mereka.
PENUTUP:
Nasihat saya kepada ES, hentikanlah dari budaya copy-paste tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu kisah atau dakwaan. Banyakkan membaca karya ulama ahli sunnah bagaimana mereka meluruskan pandangan mengenai isu Muawiyah dan juga Ali.
BACA SIRI 1 dan SIRI 2 dan SIRI 3
[ Segala latar belakang, sifat dan pandangan oleh penulis artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian RMB ]
___________________________
~ Muhamad Haris Ismail ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment