Adakah Muawiyah RA Mencela Saidina Ali RA?



OLEH:  Muhamad Haris Ismail



1. Entiti Syiah (ES) di dalam tulisannya (https://bit.ly/2PitKed) ada menyebut:

 “Adakah ini dikira sebagai mencela sahabat? Ini adalah fakta dan sejarahnya”


Kenyataan di atas dibuat setelah ES menyebut pelbagai kisah yang mana Muawiyah RA ada Mencela Ali RA yang dinukilkan dalam kitab sejarah Islam.

TIADA SATUPUN KISAH DENGAN SANAD SAHIH MUAWIYAH MENCELA ALI


2. Kenyataan ES dalam point no.1 di atas adalah salah, ini kerana bukan semua yang dicatatkan oleh sejarawan Islam adalah betul dan tepat. Mereka sekadar menukilkan tanpa membezakan yang mana benar dan salah.

Al-Hafiz Al-Qurtubiy [wafat 656H] dalam al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim (278/6) telah menghuraikan panjang lebar mengenai hal ini:

وعند ذلك يبعد على معاوية أن يصرح بلعنه وسبه، لما كان معاوية موصوفًا به من الفضل والدين، والحلم، وكرم الأخلاق، وما يروى عنه من ذلك فأكثره كذب لا يصح. وأصح ما فيها قوله لسعد بن أبي وقاص: ما يمنعك أن تسب أبا التراب؟ وهذا ليس بتصريح بالسب، وإنَّما هو سؤال عن سبب امتناعه ليستخرج ما عنده من ذلك، أو من نقيضه، كما قد ظهر من جوابه، ولما سمع ذلك معاوية سكت، وأذعن، وعرف الحق لمستحقه، ولو سلمنا: أن ذلك من معاوية حمل على السَّب، فإنَّه يحتمل أن يكون طلب منه أن يسبَّه بتقصير في اجتهاد، في اسلام عثمان لقاتليه، أو في إقدامه على الحرب والقتال للمسلمين، وما أشبه ذلك مما يمكن أن يقصر بمثله من أهل الفضل، وأما  التصريح باللعن، وركيك القول، كما قد اقتحمه جهَّال بني أمية وسفلتهم، فحاش معاوية منه، ومن كان على مثل حاله من الصحبة، والدين، والفضل، والحلم، والعلم، والله تعالى أعلم

Maksudnya: “Apa yang telah diriwayatkan mengenai kisah kenyataan Muawiyah secara terangan mengharuskan laknat dan celaan pada Ali adalah suatu yang tidak boleh dipercayai, ini kerana Muawiyah disifatkan sebagai seorang yang berkelebihan, beragama, bertoleransi dan berakhlak mulia. Apa yang diriwayatkan mengenai kisah beliau mencela Ali kebanyakannya adalah dusta dan tidak sahih sama sekali. Yang paling sahih ialah pertanyaan beliau kepada Sad bin Abi Waqas: apa yang menghalangmu dari mencela Abu al-Turab (Ali RA)? Ini bukanlah suatu kenyataan secara jelas beliau mengharuskan celaan, akan tetapi ia adalah pertanyaan akan sebab apa yang menghalang Sad bin Abi Waqas untuk tidak mencela Ali atau menentangnya, sebagaimana yang telah dizahirkan pada jawapannya. Ketika Muawiyah mendengar jawapan itu beliau terdiam dan bersetuju serta menyedari kebenaran pada yang selayaknya. Kita menerima kritikan terhadap Muawiyah pada ijtihad, penyerahan saksi pembunuh ‘Uthman atau pendekatan ketika peperangan dan pembunuhan orang Islam dan perkara yang serupa dengannya yang terjadi pada orang yang berkelebihan sepertinya. Adapun kenyataan Muawiyah secara terangan melaknat ini adalah khabar angin yang lemah sebagaimana dicanangkan oleh puak-puak bodoh Bani Umayyah dan orang yang hina dalam kalangan mereka. Moga Muawiyah dijauhi dari segala pembohongan ini kerana kedudukan beliau adalah sama seperti kedudukan para sahabat lain dari segi kelebihan, agama, toleransi serta ilmu dan hanya Allah yang Maha Mengetahui.”



3. Begitu juga kata-kata Abu al-Mu’aliy al-Alusiy [wafat 1342H] dalam Sob al-‘Azab ‘ala man Sab al-Ashab (421/1):

لأن المؤرخين ينقلون ما خبث وطاب، ولا يميزون بين الصحيح والموضوع والضعيف، وأكثرهم حاطب ليل

Maksudnya: "Sesungguhnya para sejarawan sekadar menukilkan kisah yang buruk dan baik. Mereka tidak mengklasifikasikan mana yang sahih, palsu dan dhaif. Kebanyakan kisah mereka hanya ditulis dan dikumpul tanpa kritikan mengenai kesahihannya."



PENUTUP

1. Diharapkan BK merujuk pandangan sejarawan Islam secara holistik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghina dan mencela sahabat Nabi s.a.w.

2. Agak aneh orang seperti BK bertungkus-lumus memutar belit kalam ulama ahli sunnah demi menunjukkan Muawiyah mencela Ali, sedangkan pada masa yang sama meninggalkan kalam ulama lain yang mengatakan bahawa tiada satupun kisah dengan sanad sahih bahawa Muawiyah melaknat & mencela Ali!


BACA SIRI 1 dan SIRI 2

[ Segala latar belakang, sifat dan pandangan oleh penulis artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian PENA ]

___________________________
~ Muhamad Haris Ismail ~





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments