OLEH: Muhammad Haris Ismail
Maksud al-ghargharah (الغرغرة) dari segi BAHASA sebagaimana dalam al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (273/18):
جعل الشراب في الفم وإدارته إلى أصل الحلقوم فلا يبلع
Maksudnya: "Menuangkan minuman pada mulut dan melalukannya pada saluran kerongkong tetapi tidak diteguk."
Dalam erti kata lain Ia bermaksud “membobok” iaitu seperti kita meletakkan ubat kumur di dalam mulut lalu kita menggelobokkan di ruang kerongkong.
Adapun al-ghargharah dari segi ISTILAH menurut Markaz al-Fatwa
بلوغ الروح الحلقوم، والوصول إلى حد لا تتصور بعده الحياة
Maksudnya: "Saat sampainya ruh di kerongkong, apabila sampai pada had ini ia dianggap tidak bernyawa lagi selepas itu."
(Rujuk: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=275311)
Maka disini al-ghargharah dalam bahasa mudahnya bermaksud disaat nyawa dicabut/disaat kematian atau saat hembusan nafas terakhir.
Ini turut dinyatakan oleh Ibn ‘Allan [wafat 1057H] dalam Dalil al-Fallahin Lituruq Riyadh al-Salihin (101/1) ketika mensyarahkan matan hadith (إن الله يقبل توبة العبد ما لم يغرغر):
تصل روحه حلقومه من الغرغرة: وهي جعل الشراب في الفم، ثم يديره إلى أصل حلقومه فلا يبلعه... والحاصل أنه متى فرض الوصول لحالة لا تمكن الحياة بعدها عادة لا تصح منه حينئذٍ توبة ولا غيرها، وهذا مراد الحديث بيغرغر، ومتى لم يصل لذلك صحت منه التوبة وغيرها
Maksudnya: "Ruhnya telah sampai ke halqumnya di saat al-ghargharah: iaitu suatu keadaan di mana minuman dituangkan pada mulut dan melalukannya pada saluran kerongkong tetapi tidak diteguknya…hasilnya apabila ditakdirkan sampai keadaan begini, kebiasaannya selepas itu ia sudah tidak mungkin bernyawa lagi, tidak diterima taubatnya serta lain-lain pada ketika ini, dan inilah maksud hadith yugharghir (يُغَرْغِرْ), (akan tetapi) apabila tidak sampai keadaan ini maka taubatnya dan lain-lain masih diterima lagi.
✔Maka jelas disini al-ghargharah bukan bermaksud seakan suara binatang yang sedang disembelih, tetapi ia bermaksud disaat kematian yang mana nyawa seseorang itu sedang dicabut.
SAAT KEMATIAN MUAWIYAH
=======================
Peristiwa Muawiyah mengalami saat al-ghargharah (الغرغرة) ada diceritakan di dalam:
✔Ibn al-Jawzi [wafat 597H], al-Muntazam fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam (243/5)
قَالَ ابن سيرين: فبلغنا أنه لما حضرته الوفاة جعل يغرغر بالموت ويقول: يومي منك يا حجر يوم طويل
✔Ibn Kathir [wafat 774H], al-Bidayah wa al-Nihayah (58/8)
وروى ابن جرير: أن معاوية جعل يغرغر بالموت وهو يقول: إن يومي بك يا حجر بن عدي لطويل، قالها ثلاثا.فالله أعلم
✔Al-Tabari [wafat 310H], Tarikh al-Tabari (257/5)
قَالَ ابن سيرين: فبلغنا أنه لما حضرته الوفاة جعل يغرغر بالصوت ويقول: يومي مِنْكَ يَا حجر يوم طويل
Wujud 2 'illah di dalam riwayat ini:
1. SANAD TERPUTUS & LEMAH
✓ Riwayat ini diambil oleh al-Tabari [224H-310H] dari Ibn Sirin [33H-110H]. Ibn Sirin adalah Tabi’in manakala al-Tabari lahir 114 tahun selepas kewafatan Ibn Sirin. Maka riwayat ini TERPUTUS.
✓ Muawiyah wafat pada 60H pada saat Ibn Sirin berumur 27 tahun. Akan tetapi Ibn Sirin dalam al-Muntazam dan Tarikh al-Tabari tidak menyebut dari siapa beliau mendengar Muawiyah berkata demikian. Maka riwayat ini juga TERPUTUS dan menjadikan status riwayat ini LEMAH.
2. MUSTAHIL SESEORANG ITU BOLEH BERTUTUR LANCAR SAAT AL-GHARGHARAH
✓ Islam menyuruh untuk menalqinkan (لا إله إلا اللَّه) pada seseorang sebelum saat kematiannya agar beliau mudah mengulanginya. Ini kerana, pada saat al-ghargharah, adalah mustahil seseorang itu boleh bertutur lagi. Ini disebut dalam Hasyiah Ibn ‘Abidin (570/1) dan al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (79/2):
ويكون التلقين قبل الغرغرة، جهرا وهو يسمع؛ لأن الغرغرة تكون قرب كون الروح في الحلقوم، وحينئذ لا يمكن النطق به
Maksudnya: “Talqin itu hendaklah dilakukan sebelum al-ghargharah, secara jahar dan dia mendengarnya, kerana al-ghargharah itu terjadi pada keadaan ruh hampir di halqum, pada ketika itu beliau tidak mungkin boleh bertutur."
✓ Pandangan di atas dapat disimpulkan bahawa seseorang pada saat al-ghargharah sudah tidak dapat bercakap atau bertutur lagi. Justeru, adakah boleh diterima akal bahawa Muawiyah pada saat al-ghargharah beliau bertutur atau berkata: “hari untuk menjawab pembunuhanmu sungguh panjang wahai Hujr bin ‘Adiy!” sebanyak 3 kali?
Wallahualam
[ Segala latar belakang, sifat dan pandangan oleh penulis artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian PENA ]
___________________________
~ Muhamad Haris Ismail ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment